Part 6

62 1 0
                                    

Di luar nampak kuat tapi didalam hati hanya Allah yang tahu perasaan Datin Aisha. Kecewa pada suami kerana kesetiaanya dibalas dengan racun berbisa yang bernama kecurangan. Bertambah hancur mendapat tahu suaminya ingin berkahwin lain.

Kekuatannya kini hanya anaknya sahaja. dia akan berusaha bangkit dari kedukaannya demi anak.

"Mama.. mama jangan nangis. nanti cempaka pun sedih..." ujar Cempaka. Gelaran Princess hanya dipanggil oleh atuk dan nenek di kedua belah pihak.

Cempaka menghapuskan air mata mama dengan tangan munggilnya.
Datin Aisha tersenyum melihat kelakuan anaknya itu.

"Mama hanya ada Cempaka seorang aje tau. Cempaka jangan tinggalkan mama tau." Datin Aisha membawa tangan anaknya ke bibir dan mencium tangan mungil tersebut.

  Cempaka hanya diam. tidak membalas kata-kata dia. Melihat kelakuan anaknya yang diam itu Datin Aisha berasa hairan. Dia bimbang takut kesan daripada terhantuknya kepala cempaka itu memberi kesan seperti ini.

Sebelum Sempat dia bersuara. Suara Kak Siti memeranjatkannya.

"Ada apa Siti?"

"Datuk panggil Datin." Kak Siti menyampaikan pesanan Datuk Rafhan.

Datin Aisha hanya mengangguk.
Sebelum pergi dia sempat mencium dahi anaknya.

💛💛💛

"Abang nak apa lagi ni?"

"Aku nak kau tanda tangan borang keizinan aku nikah satu lagi." borang itu diserahkan kepada isterinya.

Tangan dia bergetar menerima borang tu.

"Kalau saya tak izinkan awak nak buat apa?" tanya Datin Aisha dengan suara yang serak. Lelah menangis seharian suntuk. Panggilan abang yang selama ini digunakan sudah tidak digunakan lagi

Datuk Rafhan menghampiri susuk tubuh isterinya. Tangannya perlahan terangkat untuk menyentuh bahu Datin Aisha. Namun tidak terjadi. Akalnya melarang untuk dia menyentuh tubuh itu.

"Kau kalau tak setuju pun aku masih boleh kahwin dengan Saila lah," ujar Datuk Rafhan dengan suara yang datar.

"Owh... kalau macam tu, tak payahlah suruh saya sign buat jabis dakwat pen aje." Datin Aisha hanya membuat muka tidak berperasaan membalas kata-kata suaminya.

'iskh.... perempuan ni boleh dia balas macam tu aje, dia tak sedih ke aku nak kahwin lain. Eh... kenapa lak aku nak marah kalau dia tak marah atau sedih...' kata-kata itu hanya berlegar-legar dalam hati Datuk Rafhan.

Tidak mendapat balasan daripada suaminya Datin Aisha terus berlalu dari situ.

Dia hanya dapat memerhatikan langkah isterinya tanpa dapat dicegah.. mulutnya seperti di gam uhu sahaja untuk memanggil isterinya.

@@@

Sakit dikepalanya semakin kuat sehingga Cempaka mencengkeram erat kepalanya. Tanpa terasa ada cairan yang mengalir keluar dari hidungnya.

Cairan itu menitik-nitik jatuh ke cadar. Barulah Cempaka menyedari ada darah yang keluar dari hidungnya. Dia mengusap cairan merah itu dari hidungnya.

Cempaka bangkit dari katil dengan perlahan-lahan kerana kepalanya terasa mahu pecah menahan sakit. Dia ingin meminta kak Siti ubat sakit kepala.

Belum Sempat Cempaka sampai ke pintu. Tubuhnya telah rebah di lantai bersamaan dengan keluarnya darah dari hidungnya.

@@@@

Saila mencium pipi Faiz dengan manjanya. Faiz merupakan boyfriendnya setelah hubungannya dengan Rafhan terkandas dulu. Faiz ada disaat dia tidak memiliki sesiapa lagi Setelah Rafhan mencampakkanya dulu.

"Sayang macam mana dengan kerja yang I suruh buat tu?" tanya Saila sambil tangannya membelai-belai dada Faiz.

"Beres sayang...." Faiz membalas pertanyaan tersebut dengan suara yang meleret.

"Thanks sayang... I love you so much... sebab you sentiasa ada dengan I."

"I Love you to. So tak ada imbalan untuk I ke?"

"Mestilah ada..." meleret suaranya membalas perkataan Faiz. Sambil tangannya mengamit tangan Faiz untuk melangkah ke arah pintu bilik tidurnya.

P/s sambung esok yer..

CempakaWhere stories live. Discover now