part 3

66 1 0
                                    

Sinar matahari membangunkan Cempaka dari lena semalam. Dia menyentuh dahinya yang terasa perih lagi. Dia memandang sekeliling, dia hairan kenapa dia berada di bilik tidur mama dan papanya. Dia cuba untuk mengingatinya. Akhirnya dia teringat kembali dengan kejadian malam tadi. Bingkas Cempaka turun dari katil untuk mencari mamanya.

"Mama... mama... mama.." panggilnya dengan suara yang serak.

Dia berlari keluar dari bilik itu untuk mencari ibunya. secara tidak sengaja dia terlanggar pembantu rumahnya Kak Siti.

"Cik Cempaka kenapa berlari dalam rumah ni? Kan  tengah sakit tu" Kak Siti menegur cara Cempaka yang berlari di dalam rumah.

"Kak Siti nampak mama kita tak?" tanya Cempaka. Di hatinya sungguh risau dengan perkara yang berlaku semalam. Dalam benaknya bermacam-macam persoalan yang bermain di minda. Dia bimbang akan keadaan mamanya.

"Datin Aisha keluar dari pagi tadi Cik Cempaka."

"Papa?"

"Datuk dah ke pejabat  pagi tadi." ujar Kak Siti. Dia berasa kesian juga dengan Cempaka dan Datin Aisha. Cempaka masih kecil lagi tak tahu masalah yang berlaku di antara mama dan papanya. Sampai hati Datuk Rafhan buat anak dan isterinya sebegitu.

Cempaka hanya mengangguk. Dia  menuruni tangga untuk turun ke ruang tamu. Setelah sampai ke ruang tamu Cempaka melabuhkan punggungnya ke sofa itu. Lantas tangannya mencapai telefon rumah yang berada di sebelah sofa tersebut. Tangannya mendail nombor atuk dan neneknya. Dia ingin mengadu hal yang berlaku pada malam semalam.

"Assalamualaikum nekda. Selamat pagi. nekda dan atukda sihat?" tanya budak kecil yang berumur lapan tahun itu.

"Waalaikumussalam princess, nekda dan tukda sihat. Princess, mama dan papa sihat?" Tanya Datin Sri Khadijah nenek kepada Cempaka dan ibu kepada Datuk Rafhan. Princess gelaran yang diberikan Datin Sri Khadijah kepada cucunya.

Rafhan mendapatkan pangkat Datuk pada usia muda kerana keberhasilannya dalam meneraju syarikat.

"Nekda, kepala princess sakit nekda sebab papa tolak princess semalam. Prin...cess... cu...ma.." Akhirnya berderai air mata Cempaka. dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Datin Sri Khadijah sudah cemas apabila mendengar cucu kesayangannya menangis dan sakit. Amarahnya rasa sudah sampai ke kemuncak.

"Princess jangan nangis. Cuba cakap elok-elok, nekda nak dengar. Kenapa papa tolak princess."

Cempaka cuba menghentikan tangisannya sebelum berbicara. "Papa dan mama bergaduh semalam. Princess cuba nak hentikan mama dan papa. papa marah princess dan papa terus tolak princess nekda."

"Princess jangan sedih atau takut nanti nekda datang rumah. nekda akan  marah papa kamu." Datin Sri Khadijah berkata sebegitu kepada cucu kesayangannya.

"Okey nekda. Princess tunggu nekda datang."

"Princess..  nekda ada hal ni. Nanti kita jumpa ya. Assalamualaikum," ujar Datin Sri Khadijah di hujung talian.

"Waalaikumussalam.." Cempaka meletakkan telefon rumah di tempat asalnya.

Terdengar suara Kak Siti memanggil dia untuk sarapan

💜💜💜💜💜

Datin Sri Khadijah mematikan talian. Dia berjalan ke arah suaminya dengan muka merah menahan marah.

"Abang petang ni kita datang rumah Rafhan dan Aisha."

"Dah kenapa, sayang. tiba-tiba nak ke rumah Rafhan. Selalunya mereka yang ke rumah kita," tanya Datuk Sri Rizwan kepada isterinya.

"Sebab saya nak ke sana kerana cucu kesayangan kita kena tolak dengan anak awak tu."

"Rafhan buat macam tu? Mana pergi akal budak tu," ujar Datuk Sri Rizwan kepada isterinya.

Itu yang saya marah sangat ni. Siaplah anak awak tu nanti." Datin Sri Khadijah meramas tangannya. Geram dia dengan perangai anaknya. Tunggulah dia datang nanti.

"Awak siap dulu. nanti kita datang tanya Aisha dan Rafhan dulu."

Datin Sri Khadijah mengangguk lantas dia berlalu dari situ.

💛💛💛

"KAU kat sini lagi Aisha. Kau tak nak balik lagi ke?" tanya Dila. Dila merupakan sahabat baik kepada Aisha.

"Aku nak rehatlah. pleaselah aku tengah tension ni."

Datin Aisha cuba mencari ketenangan dengan bercuti ke pantai. Dia telah mengajak sahabatnya untuk menemani. Dia lupa akan anaknya yang telah ditinggalkan dirumah.

"Meh share dengan aku. Walaupun mungkin aku tak boleh tolong mana tahu dengan menjadi temah luahan hati kau dapat sikit melegakan sedikit ketensionan kau tu."

Datin Aisha hanya diam membisu setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia masih menjaga aib suaminya. masalah rumah tangganya biarlah dia yang mengatasi sendiri.

P/S idea dapat macam ni aje.. tiba-tiba tersekat idea

CempakaWhere stories live. Discover now