Puan Sri Arina dan Datin Aisha keluar dari wad tersebut kerana tidak ingin menganggu pemeriksaan itu.
"Princess sakit kat mana? Meh cakap kat uncle." Dafran bertanya kepada anak sahabatnya itu.
"Kepala kita sakit uncle, badan kita sakit. Semuanya sakit."
"Okey nanti, uncle bagi ubat supaya cik princess kita ni sihat."
"Uncle kita tak boleh balik ke?" Tanya Cempaka kepada uncle Dafran yang merupakan doktor peribadi keluarganya. Tangan mungilnya
"Buat masa sekarang ni belum boleh balik." Dafran mengusap kepala Cempaka.
"Uncle sebenarnya cempaka sakit apa?" Tanya Cempaka kepada uncle Dafran.
"Tak ada penyakit yang serius pun. Yang penting kena rehat dengan cukup."
"Okey Uncle."
Dafran menyambung kembali tugasannya memastikan kesihatan Cempaka.
Setelah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan Cempaka. Doktor Dafran meminta diri untuk keluar dari situ.
"Uncle keluar dulu princess Cempaka."
"Uncle!!!" Jerit Cempaka apabila Dafran dengki dengan memanggilnya princess Cempaka. Selalunya uncle Dafran hanya memanggilnya cempaka saja.
@@@
"Daf macam mana dengan keadaan Cempaka sekarang ni?" tanya Datin Aisha kepada Dafran ketika dilihatnya lelaki itu baru keluar dari ruangan anaknya.
"Daf akan buat pengesahan sekali lagi. insya-allah Cempaka tak alan apa-apa." Dafran memegang tangan Aisha. Seakan-akan ingin memberikan semangat untuknya.
Datin Aisha terus menarik tangan daripada terus dipegang oleh Dafran. Dafran yang melihat gerakan itu. dia meminta maaf kerana telah lancang memegang tangan perempuan itu.
Datin Aisha hanya menganggukkan kepala tanda sudah memaafkannya.
"Puan Sri Khadijah mana?"
"Dah balik. Aisha suruh balik. kesian mereka penat"
"Okeylah Daf pergi dulu."
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam" balas Dafran menyahut salam itu.
YOU ARE READING
Cempaka
القصة القصيرة"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka. "Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafh...