"Macam mana keadaan anak aku." Datuk Rafhan menanyakan keadaan Cempaka kepada sahabatnya itu. Setelah dia dan Dafran keluar dari bilik tidurnya."Cempaka tak ada apa-apa. Dia pengsan mungkin sebab terkejut. Lukanya pun tak dalam." Dafran membalas pertanyaan itu.
Datuk Rafhan menghembuskan nafas lega. 'Fuh... nasib baik anak aku okey kalau tidak...' Dia mengeluh didalam hati. Mana tidaknya, pasti keluarganya dengan keluarga isterinya akan menyalahkanya kerana telah menyakiti Cucu mereka.
"Ni kenapa boleh jadi macam ni? Kau bergaduh lagi dengan Aisha ke?" Dafran memandang mata Rafhan untuk mencari jawapan sahabatnya itu.
"Macam tak biasa pula. Aisha dapat tahu aku tidur dengan perempuan lain. Itu yang menyebabkan kami bergaduh dan Cempaka masuk untuk meleraikan pergaduhan aku dan Aisha. Aku tak sengaja tertolak anak aku. kepalanya terkena buncu meja kat bilik ni," ujar Datuk Rafhan kepada Dafran.
"Siapa perempuan tu? Kau kan dah ada isteri dan anak. kalaupun betul kau tak sukakan isteri kau jangan sampai kau melakukan perkara yang terkutuk ni. Kau tak takut dosa ke?" Dafran tidak percaya kawannya sanggup melakukan perkara yang dilarang agama.
"Saila bekas teman wanita aku dulu.Dia masih single. Aku tahulah.. kau ni, dah orang nak bagi takkan aku nak tolak. kalau dah ikan ada kat depan mata kucing mesti ngap punya. kalau soal agama belakang kiralah," ujar Datuk Rafhan.
Dafran hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan sahabatnya itu. Sudah ditegur tapi kalau tak masuk ke hati temannya tak guna juga.
"Terserah kaulah.. tapi satu aje nak cakap, hargailah apa yang kau ada sekarang. Sebelum semuanya hilang dalam sekelip mata. okeylah aku blah dulu." Dafran lantas berlalu daripada situ.
Datuk Rafhan menghayunkan langkahnya meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.
@@@DATUK Rafhan menghampiri Datin Aisha yang berada di atas katil. Dia memerhatikan isterinya berbaring disebelah anaknya.
"Aisha, Dafran kata, Cempaka tak apa-apa awak tak perlu susah hati." Suara itu memecah kesunyian.
"Senang aje awak cakapkan? Ini semua salah awak! awak dah fikirkan ke tentang permintaan saya tadi?" Datin Aisha memandang wajah Datuk Rafhan untuk meminta kepastian permintaannya tadi.
"Aku memang nak ceraikan kau. Tapi mesti keluarga aku tak izinkan dan mungkin aku takkan dapat satu sen harta keluarga aku pun," kata-kata itu menyakitkan hati Datin Aisha.
"Jadi awak anggap saya dengan Cempaka apa? Kenapa dulu awak kahwin dengan saya? Kalau memang awak tak cintakan saya."
"Aku kahwin dengan kau, sebab wasiat atuk aku. Dia suruh aku kahwin dengan kau. Keluarga kau aje yang tahu pasal wasiat tu. Aku suruh rahsiakan hal ini daripada kau. Aku terpaksa berlakon kononnya aku cintakan kau. Aku terpaksa ada anak daripada rahim kau. sampailah semalam adalah kemuncaknya ketika kau tahu aku tidur dengan Saila. Untuk makluman kau aku terpaksa bercinta senyap-senyap dengan dia sebab aku tak nak kau tahu."
Hancur luluh hati Datin Aisha mendengar jawapan suaminya. Selama ini dia diperbodohkan oleh suami dan keluarganya. 'Sampai hati awak buat saya macam ni..' dalam hati dia berkata-kata. Datin Aisha memejamkan matanya.
"Sampai hati awak buat saya macam ni? Saya cintakan awak," Kata Datin Aisha dengan air mata yang mengalir di pipinya.
Datuk Rafhan jatuh terdiam melihat air mata yang mengalir dipipi isterinya.
sambung lagi nanti.
YOU ARE READING
Cempaka
Short Story"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka. "Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafh...