Lonceng di tekan bertalu-talu dari luar membuatkan Kak Siti yang sedang membasuh bilik air itu terhenti dari membuat sebarang kerja. Tergesa-gesa dia berlari untuk membuka pintu rumah tersebut.
“Hah... Siti kenapa lama sangat nak buka pintu. Penat jari saya ni menekan pintu tau,” Kata Datin Sri Khadijah. Datuk Sri disebelah hanya mengeleng mendengar pertanyaan isterinya. dia dan isterinya berjalan ke arah sofa untuk melabuhkan punggungnya di situ.
“Maaf Datin Sri. Tadi saya tengah basuh bilik air. Itu sebab saya lama buka pintu Datin Sri.” Kak Siti membalas pertanyaan ibu kepada majikannya itu.
Datin Sri Khadijah hanya menganggukkan kepala merespon jawapan yang diberikan Siti kepadanya. Matanya ligat memerhatikan sekeliling. Dia mencari anak bertuahnya itu. “Siti, Rafhan mana?”
“Datuk Rafhan tak balik lagi.”
“Aisha..”
“Datin Aisha pun tak balik lagi.”
Belum sempat Datin Sri Khadijah bersuara lagi ada terus satu suara bertanya kepada Siti. “Siti mana cucu kesayangan saya.”
Kak Siti memandang ke arah wajah Datuk Sri Rizwan. “Cik Cempaka lagi mandi Datuk Sri.”
“Datuk Sri dan Datin Sri nak minum apa?” tanya kak Siti kepada kedua ibu bapa majikannya itu.
“Tak apa Siti kalau kami haus nanti saya boleh ambil sendiri. Awak boleh sambung kerja awak.”
Mendengar jawapan yang diberikan Datin Sri. Dia terus meminta diri untuk memyambung kerjanya balik.
“Abang... saya lihat Princess dulu ya?” Datin Sri Khadijah meminta izin untuk melihat cucunya.
“Pergilah..” ujarnya memberikan keizinan kepada isterinya itu. Datin Sri Khadijah tersenyum setelah mendapat keizinan. Sebelum melangkah kan kaki untuk melihat cucu kesayangannya itu dia menyempatkan diri untuk menberikan ciuman di pipi Datuk Sri Rizwan itu.
Datuk Sri hanya tersenyum melihat terlatah isterinya itu. Perkahwinan diatur keluarga Alhamdulillah kekal bahagia sehingga sekarang. Nikmat bercinta selepas bernikah. Zaman sekarang aje yang tidak boleh pernikahan yang dipilih keluarga. Katanya tanpa cinta dari dua belah pihak. Hubungan rumah tangga tak akan bahagia.
***
Datin sri Khadijah memulas tombol bilik itu. Separuh kepalanya sahaja yang dimasukkan. Dia hanya ingin memastikan bahawa cucunya memang berada di bilik itu atau tidak.
“Nekda kenapa dah macam kepala kura-kura aje tu? Kalau nak masuk. Masuk ajelah betul-betul.”
“Nekda ingatkan kamu dekat bilik air tadi?”
“Princess dah siap mandilah nekda.” Cempaka terus mendapatkan neneknya dan langsung terus dia memeluk nenekdanya tersebut.
“Rindunya nekda dengan cucu nenek ni.” Datin Sri mengusap kepala cucunya dengan penuh kasih sayang. ‘Kesian cucu aku. Apalah nak jadi dengan anak dan menantu aku ni.’
Dia terus membantu menyiapkan cucunya. Dia tidak sabar untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa yang berlaku semalam.
“Mestilah Princess rindu nekda dan atukda.” Cempaka membalas pertanyaan nekdanya itu, Mahu tidak rindu sudah lama mama, papa dan dia tak berjumpa nekda, oeharabeoji dan oehalmeoni. panggilan oeharabeoji dan oehalmeoni untuk atuk dan neneknya di sebelah keluarga mamanya.
“Dah jum kita keluar jumpa atukda. Atukda dah rindu tu.” Datin Sri Khadijah berkata kepada cucunya tersebut. Cempaka hanya menganggukkan kepalanya.
Dia ingin minta tolong kepada nekda untuk mendamaikan papa dan mamanya. Tak sanggup dia melihat kehancuran rumah tangga mamanya. Walaupun umurnya masih kecil tapi dia sudah tahu erti pergaduhan di dalam rumah tangga ibu dan bapanya tersebut.
Mereka menghayunkan kaki ke arah pintu keluar. Tak sabar bagi mereka untuk sampai ke ruang tamu rumah banglo itu.
“Leceh betul rumah kamu ni. Kenapalah papa kamu tak pasang lif aje senang tak payah pakai tangga. Nekda dah tak sabar nak dengar cerita kamu,” rungut Datin Sri Khadijah. Cempaka hanya tersengih mendengar rungutan nekda dia tersebut.
P/s
Datuk Rafhan
Datin Aisha
Cempaka a.k.a Princess
Saila
YOU ARE READING
Cempaka
Short Story"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka. "Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafh...