Part 5
"SAYANG... You dah nak balik ke? Tidurlah sini temankan I," ujar Saila perempuan simpanan kepada Datuk Rafhan. Dia merupakan kekasih Rafhan sewaktu zaman university dulu. Namun kerana perjodohan keluarga lelaki itu. Hubungan cintanya terkandas. Tapi jangan pernah meremehkan dia. Dia Saila lah. Dia takkan mengalah untuk mendapatkan apa yang dia impikan walau dengan apa cara sekalipun.
"Tak bolehlah.. mama I dah call suruh I balik cepat. Esok I janji akan temankan you baby.." kata Datuk Rafhan sambil tangannya mencuit hidung mancung Saila. Kalau boleh dia memang tak nak balik. Kerana dia tak tahu kenapa semenjak peristiwa semalam apabila dia menatap wajah isterinya hatinya berdetak dengan kencang. Adakah dia rasa bersalah terhadap isterinya. dia sendiri tidak dapat mendapat jawapan atas pertanyaan yang berlegaar didalam hatinya tersebut.
"Okey sayang.. pasti I tak lena malam ni tanpa you disisi I," ujar Saila dengan gediknya. Dia sengaja mendudukan dirinya di atas paha lelaki itu. Datuk Rafhan segera mengalihkan Saila daripada menduduki pahanya.
"Sorry dear. I have to go now." Datuk Rafhan mencium dahi Saila sebelum meninggalkan apartment tersebut.
Hilang sahaja lelaki itu daripada hadapan matanya. Dia tersenyum sinis sambil didalam hatinya berkata-kata. 'Kau silap aku masih lagi cintakan kau lah. Cinta aku dekat kau dah lama hilang. Aku Cuma nak harta kau aje...'
Dia terus berlalu pergi ke bilik tidurnya dengan senyuman yang penuh muslihat.
💜💜💜💜💜💜
"Kamu dari mana sahaja Rafhan? Kamu lambat balik dari masa yang mama tetapkan. Mana Isteri kamu?" Suara yang penuh aura ketegasan keluar dari mulut Datin Sri Khadijah. Lagaknya seperti seorang jeneral. Matanya memandang tajam kearah wajah anaknya.
"Jalan tadi sesak tu yang Rafhan lambat balik. Aisha tak balik lagi ke ma?" tanya Rafhan kepada mamanya.
"Yelah tu kamu ni jalan sesak, entah-entah kamu melencong ke tempat lain tak? Isteri kamu takkan kamu tak tahu kemana dia. Lebih baik Rafhan bagi tahu mama apa sebenarnya yang berlaku. Sampai isteri kamu tak balik." tempelak mamanya. Sedas dia kena mendengar kata-kata itu.
"Tak ada apa-apa yang berlaku lah mama.. kita orang okey aje." Sahlah anak dia dah mengadu ni. Habislah dia kena marah dengan 'Puan Besar.' Panas telingalah jawabnya.
"Rafhan jangan nak tipu mama yer. Mama dah tahu daripada princess yang kamu dan Aisha bergaduh semalam. Baik kamu cakap apa yang kamu buat sampai bergaduh kamu berdua?" tanya Datin Sri Khadijah kepada anaknya.
"Tak ada apa-apalah ma... biasalah gaduh-gaduh sayang aje." Sangkalnya cuba menutupi kesalahan yang dilakukan daripada ibunya.
"Mama tak ajar anak mama menipu orang tuanya. Baik kamu tak nak cakap. Mama akan cari tahu apa yang perbuatkan sekarang." Datin Sri Khadijah mengeluarkan telefon pintarnya dari tangannya. Sebelum sempat dia mendail nombor telefon seseorang anaknya telah menghentikannya.
"Okey ma.. Rafhan akan ceritakan. Sebenarnya semalam Aisha dapat tahu saya ada perempuan lain dan saya dah terlanjur. Dan Aisha juga Aisha tahu yang saya tak cintakan dia." Datuk Rafhan berkata-kata dengan suara yang perlahan.
Panggg. Bunyi tamparan kuat kedengaran. Tindakan reflek yang dilakukan Datin Sri Khadijah terhadap anaknya. Tidak dia sangka anaknya sanggup melakukan tindakan seperti itu. "Mama tak sangka anak yang mama sayang sanggup melakukan perkara seperti ini. Patutlah Aisha tak balik lagi sampai sekarang, kamu sebelum buat perkara ni. Ada kamu fikir pasal Isteri dan anak kamu. Mama kecewa dengan sikap kamu."
Datuk Sri Rizwan hanya terdiam. Dia sebenar terperanjat mendengar perbuatan yang dilakukan oleh anaknya. Tidak dia sangka anaknya tersilap dalam percaturan hidupnya.
"Papa tak sangka perangai kamu macam ni. Papa didik kamu dengan ilmu agama."
"Siapa perempuan tu?" tanya Datuk Rizwan.
"Saila.."
"Perempuan tak bermaruah tu yang kamu pilih. Mama tak suka dengan dia sebab dia tak baik seperti yang kamu sangka."
"Mama tak kenal dia. Saya akan kahwin dengan dia mama."
"Mama tak setuju kamu dengan dia."
"Tanpa persetujuan mama pun saya boleh kahwin dengan dialah. Tak ada siapa boleh halang saya." Datuk Rafhan tetap dengan keputusannya.
"Kalau kamu berkahwin dengan perempuan tu seluruh harta yang akan diwariskan ke kamu Rafhan akan dialih milikkan kepada Princess. Baik kamu buat keputusan yang tepat. Jangan hanya ingin ikut nafsu kamu aje." Datuk Sri Rizwan berkata dengan muka yang tegas. Itu keputusan yang dia ambil. Dia tahu perempuan yang anaknya sebutkan tadi bukanlah perempuan yang baik untuk dijadikan menantu selain Aisha.
"Saya tak kisahlah harta papa. Saya dah ada harta saya sendiri."
Dia langsung tidak kisah akan harta yang akan papa dia beri kepada anaknya. Cempaka anaknya. Pasti akan memerlukannya sebagai wakil sebelum berumur 20 tahun. Tapi tidak diketahui Rafhan yang papanya menetapkan Aisha sebagai wakil tersebut."Baik, jika kamu dah kata macam tu. Tapi kamu jangan menyesal dikemudian hari. Apa yang papa nak cakap dengan keluarga Aisha tentang perangai kamu ni." Sesal Datuk Rizwan melihat perangai anaknya. Dia memandang wajah cucunya. Air mata berlinangan di tubir mata Cempaka. 'Kesian cucu aku. Tak akan aku biarkan cucu dan menantu aku menderita."
Ruangan itu menjadi sunyi seketika. Bunyi pintu rumah terbuka menyentakkan keheningan itu. Cempaka lari mendapat sosok badan yang tadi telah membuka pintu rumah tadi. Datin Sri Khadijah juga menghampiri menantunya dan terus memeluk hangat tubuh itu. Datin Aisha sudah tahu pasti keluarga sudah tahu perihal masalah rumah tangganya.
P/s. Fahami maksud cinta itu sendiri. Cinta itu suci tapi manusia itu sendiri yang mengotori cinta itu. Perkahwinan pilihan keluarga tidak semestinya tidak bahagia. Kita yang membentuk cinta di dalam perkahwinan. Belajarlah untuk mencintai orang yang telah menjadi isteri kita kerana dialah ibu kepada anak-anak kita. Terimalah ketentuan yang ditentukan oleh yang maha kuasa. Belum tentu apa yang kita fikirkan baik untuk diri kita tapi sebenarnya tidak. dan apa yang kita fikirkan itu buruk tetapi sebaiknya baik untuk kita.
YOU ARE READING
Cempaka
Short Story"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka. "Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafh...