SESI PERSEKOLAHAN BERMULA...
Lynn ditempatkan di kelas 5 Sains I manakala rakan - rakannya pula ditempatkan di 5 Sains II . Di dalam kelas 5 Sains I , Lynn cuma kenal Farris seorang sahaja yang lain bole tengok bawah la ..
Hashrul pula sama kelas dengan rakan - rakan Lynn iaitu di 5 Sains II maknanya diorang akan jarang berjumpa...
Memandangkan di dalam 5 Sains I ,Lynn cuma kenal Farris jadi mereka duduk semeja apalagi Is bukan main lagi hari - hari jadi kerang busuk ! Dia selalu memandang Lynn apabila Lynn kusyuk membaca , tidur dan sebagainya seolah - olah Lynn ini akan jadi miliknya
Sedangkan dia tidak tahu bahawa Lynn bakal berkahwin pada Bulan 5 dan sekarang hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk perlangsungan majlis itu namun seorang pun rakan Lynn yang tahu bahawa dia bakal menjadi Isteri
Tapi yang lagi parah bila dia tidak tahu siapa dan bagaimana rupa bakal suaminya kerana dia tidak mahu mengambil tahu segalanya persoalannya sekarang siapa bakal suaminya itu ?
Lynn sudah nekad untuk merahsiakan perkahwinannya dari semua orang kecuali rakan rapatnya kerana bagi dia mereka berhak tahu. Pada masa yang sama juga dia begitu kecewa kerana dia bakal menjadi milik orang lain bukan milik crushnya Ash !
Lain pula keadaan Ash apabila dia sendiri pun menanti hari perkahwinannya yang bakal berlangsung tak lama lagi dan dia juga tidak tahu siapa menantu pilihan Mamy nya yang begitu beria - ria hendak mengawinannya..
Ash semakin terhimpit dengan pilihan hatinya dan pilihan hati mamynya . Jikalau dia memilih pilihan hatinya pasti mamynya kecewa dan jikalau dia memilih hidup dengan orang yang dia sendiri pun tak kenal .Adakah dia akan mengecapi kebahagiaan selepas membina masjid bersama pilihan hati ibunya?
SUASANA DI RUMAH LYNN...
"Rara sini kejap " panggil papa
"Ye papa kenapa ?" soal aku dari dapur minum air
"Sini sekejap " panggil papa
"Ye kenapa?" soal aku lalu melabuhkan punggung di sebelah Along yang leka menonton televisyen
"Papa nak tanya Rara ni , Rara dah ready nak kahwin ? Tinggal Dua bulan je lagi Rara ! Papa tak nak last minute nanti Rara buat keputusan tak nak kahwin. Sekarang jujur dengan papa ok?" ujar papa panjang lebar dan serius.
"Kalau papa tanya Rara ready ke tidok sampai bila - bila pun Rara tak ready nak berumah tangga ni .. Tapi nak buat macam mana ini kan pilihan mama lagipun tarikh majlis tu pun dah dekat jadi teruskan je la " ujar aku agak tidak merelakan
"Papa harap jawapan rara ni kekal hingga habisnya perlangsungan majlis ini ok ! Dan tolong jangan buat apa - apa yang akan memalukan keluarga kita Rara " nasihat papa lalu melangkah pergi ke bilik
"Baik la papa !" balas aku agak sedih lalu menaiki anak tangga dan masuk ke bilik . Tiada mood aku untuk menonton tv
SUASANA DI RUMAH HASHRUL...
"Daddy ni Abang nak minta izin daddy weekend ni nanti Abang nak duduk dekat rumah Izzat boleh tak sebab nak buat kerja khusus sikit " ujar Ash tenang
"Kalau pasal kerja sekolah daddy bagi tapi kalau boleh daddy nak Abang jaga perangai abang boleh ?" soal daddy Ash tegas
"Baik daddy ! Abang naik atas dulu ye daddy " tanya Ash meminta diri
Belum sempat dia melangkah pergi ke bilik .Mamynya sudah memanggil namanya dari dapur dan ingin membincangkan sesuatu..
"Hashrul ! Tunggu dulu " panggil mamynya lalu melangakah keluar dari dapur membawa satu gelas air lalu memberikan gelas itu kepada suaminya yang leka menonton tv
"Yes mamy ?" soal Ash
"Duduk sini kejap mamy nak discuss dengan abang ni!" ujar mamy tegas mungkin dia tahu anak lelakinya tidak akan mengambil serius tentang apa yang bakal diberitahunya nanti jadi dia perlu bersikap tegas
"Ok ok " balas Ash lalu melabuhkan punggungnya di Sofa lembut yang bertentangan dengan parentsnya
"Mamy nak tanya Ash . Ash dah ready nak pikul tanggungjawap sebagai seorang suami , Imam, Ayah , ketua keluarga ? " soal mamynya tanpa memanggil Ash abang lagi .. Dia ingin anaknya tahu apa yang ditanyanya ialah perkara serius
Seriusnya mamy aku ni tak pernah - pernah dia panggil aku Ash sekarang amboi muka pun macam nak telan aku "desis Ash di dalam hati
"Ash ! Mamy tanya ni ! Boleh pula Ash mengelamun !" tegas mamynya dengan suara yang agak keras
Ash tersentak dari lamunannya apabila mendengar suara mamynya seolah - olah menjerit " ye mamy Ash sanggup lagipun apa yang terbaik buat Mamy itulah yang terbaik buat Ashkan ok la mamy ash nak tidur dulu Goodnight mamy daddy !" ujar Ash lalu melarikan diri daripada mamynya daripada membuka topik perkahwinan lagi
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Crush Sekolah Ke Pelamin
RandomCerita yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Azlin lynn dalam memendamkan perasaan suka terhadap jejaka yang bernama hashrul sejak di zaman persekolahan lagi bagaimanakah kesudahan Azlin apabila mengetahui bahawa cintanya tidak seindah yang d...