Setelah 10 minit memandu Lynn pun sampai di hadapan butik Ibu mertuanya..Dia segera memakir keretanya dan terus bergegas masuk ke dalam butik tersebut..
Masuk sahaja Lynn terus ternampak
Ash sedang mencari baju ..
"Ash ! " panggil aku"Ha dah sampai pun ! Kenapa lambat ni lepastu tercunggap - cunggap lagi why baby why ? Hahaha !" Ash ketawakan aku kerana nampak macam orang baru lepas bersukan
"Biar la ! Cepat cari baju kita kena sampai sebelum jam 9 mama cakap so apalagi hurry up !" ujar aku lalu mencampakkan handbag di kerusi menunggu dan terus pergi mencari baju ..
Aku yang telah mencari tiba - tiba aku tertarik dengan satu baju jubah kosong ni yang berwarna yellow mustard hmm nice ! Aku terus mengambil dan menunjuk ke arah Ash.
"Ash ok tak ?"
"Hmm not bad ! Tengok la Ash punya baju ni sedondon tak ?"
"Eh sedondon la pandai Ash cari ! Dan jumpa kan jum bayar "
"Jom !"
Ash yang pergi ke kaunter terus meletak baju kemeja yang berwarna yellow mustard dan aku pun meletakkan jubah di sebelah baju kemejanya..
"Ni nak bayar sekali ke ? " soal pekerja di kaunter itu
"Ye bayar sekali !" balas Ash
"Tak bayar asing !" ujar aku
"Ya mana satu ni ? " soal pekerja itu lagi
"Bayar sekali ! Lynnn !" balas Ash lalu menarik baju jubah itu
Pekerja itu hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu dia mengambil baju itu diletakkan di dalam beg kertas yang tertulis nama butik itu ..
"RM240 semuanya encik " ujar pekerja itu lalu menghadiahkan senyumannya
Ash mengeluarkan duit not 100 dua keping dan sekeping duit 50 ringgit lalu dia menghulurkan ke arah pekerja itu..
"Nah bakinya encik dan terima kasih . Datang lagi !" ucap pekerja itu
Ash terus mengambil beg kertas itu lalu melangkah keluar dan aku hanya membuntuti Ash .. Baru sahaja aku mahu menekan button itu tiba - tiba Ash memanggilku
"Lynn ! "
"Ye ada apa ?"
"Naik dengan Ash lagipun satu kali je balik nanti lambat lagi Lynn sampai. Kereta tu nanti Ash suruh driver daddy ambil hantar pergi rumah..dah jom pergi !" ujar Ash panjang lebar
Aku yang mendengar terus mengangguk dan mengikuti Ash pergi ke arah keretanya...
********
Sampai sahaja di perkarangan rumah Lynn terus mengambil beg kertas dan menuju ke bilik persalinan sebab nak iron baju yang baru dibelinya.. Lynn langsung tidak menoleh ke arah Ash lantak dia lerr !
Habis sahaja iron baju aku terus pergi mandi . Dah siap mandi pakai baju t - shirt sebab baru jam 6:40 petang nanti jam 7 baru bersiap dan bla bla...
Mana laki aku ni ? Dalam bilik takde ! Seloroh aku dalam hati
Semasa menuruni anak tangga aku ternampak sekunjur tubuh sedikit sasa terbaring di sofa berhadapan dengan Tv tapi tv itu tidak berbuka jadi apa yang dia tengokk.
Aku pun pergi la dekat sofa tu tengok tengok ala sian tidur pula dia ni . Tak sampai hati pula aku nak kejutkan ...tapi sekarang dah jam 7:05 dah ni nak tak kena gerak la
"Ashhh.. Ash.. Hey bangun dah jam 7 ni nanti lambat pula " kejut aku lembut dan perlahan
Auww why jantung ni asyik dup dap dup dap laju sangat ni ! Aku ada masalah jantung ke ? Desis aku di dalam hati
Muka Ash aku tenung lama mencari kasih sayang disebalik wajah tegas itu ..hmm insya-Allah suatu hari nanti Ash akan ada sayang berputik..
Dup ! Dap !
Dup ! Dap !"Aik bunyi apa tu ?" soal aku sendiri
"Jantung aku ke ? " soal aku lagi terus memegang dada
Tak pula bunyi ha ! Entah entah jantung Ash manatau dia berdebar sebab aku tenung dia hahahha ! Sempat lagi aku kutuk Ash di dalam hati
Dup ! Dap !
Dup ! Dap !Aku yang mendengar degupan jantung itu terus meletakkan kepala di dada bidang Ash dan mendengar sendiri bunyi dengupan itu.
"Eh betul la bunyi jantung Ash la " bicara aku sendiri
"Lynn ? Apa yang Lynn buat ni ? " suara Ash yang sedikit garau itu terus membuat aku berdiri tegak
"Heh takde urm Ash pergi la mandi sebab dah jam tujuh ni nanti lambat pula nak pergi birthday party lagipun rumah Erman kan jauh! " terang aku panjang lebar
"Iye la sayang ! Shhh ! Dah jom pergi bersiap nanti lambat pulak !" ujar Ash lalu merangkul pinggangku
"Ha iya la " balas aku sambil menaiki anak tangga bersama - sama dengan Ash
Sampai sahaja di dalam bilik terus Ash mengambil towelnya dan menuju ke arah kamar mandi lalu membuat flying kiss.
Buang tabiat ke suami aku ni ! Kutuk aku di dalam hati
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Crush Sekolah Ke Pelamin
RandomCerita yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Azlin lynn dalam memendamkan perasaan suka terhadap jejaka yang bernama hashrul sejak di zaman persekolahan lagi bagaimanakah kesudahan Azlin apabila mengetahui bahawa cintanya tidak seindah yang d...