Tamat sahaja sesi persekolahan Lynn dan Ash terus pulang ke rumah dijemput oleh pak Samad .
Sampai sahaja di rumah Lynn mengambil keputusan untuk membersihkan diri disebabkan pagi di sekolah itu dia bersukan Pendidikan Jasmani .
Tanpa menghiraukan Ash Lynn teruskan rancangannya untuk mandi.
Setelah 10 minit dalam bilik mandi akhirnya ! Keluar juga dia..Leganya ! Huh ringan terus badan hmm time to bed Lynn ! Seloroh Lynn di dalam hati
Lynn yang melihat Ash terus teringatkan ibu mentuanya .. Ash sepatutnya cuma 3 hari sahaja di rumah Lynn tapi sekarang sudah 4 hari dia disini..
"Ash mamy cakap pasal Ash tinggal dekat sini dah 4 hari bukannya sepatutnya 3 hari je ke ?" soal aku meratakan losen di tanganku sambil memandang Ash yang sedang membelek ip nya.
"Erm mamy ada tanya tapi Ash cakap rumah mama takde orang jage then mamy cakap its okay asalkan nanti kita tidur rumah mamy pula!" habis ayat Ash dia memandang aku
"Ohh okay !" balas aku lalu melepaskan sanggul rambutku
"Lynn ?" panggil Ash
"Erm !" balas aku sepatah
"Lynn cuci muka pakai gula ke ? " kerut dahiku apabila Ash bertanyakan soalan begitu
"Kenapa ? " soal aku pula
"Sebab muka Lynn nampak manis harini !" tutur Ash pickup line
"Ash ni kan ! Macam - macam la !" ujar aku lalu melangkah ke arah katil
"Nak join ! " ujar Ash lalu berlari ke arah katil
"No way ! Pergi Mandi NOWW ! MUHAMMAD HASHRUL SHAH ISKANDAR BIN MUIZ HAIZAM A.K.A MY BELOVED HUSBAND plus SCHOOL MATE!" jerit Lynn kuat
"Hish ya la yala ! Nak mandi la ni tadi tu testimoni jerr " ujarnya terus pergi ke bilik mandi..
Ash yang dimarahi terus mengambil kain tuala dan meluru masuk ke dalam bilik mandi..
Lynn yang melihat terus ketawa kecil dan mengambil bantal lalu melelapkan matanya kerana dia rasa pada hari itu badannya sangat penat ...10 minit kemudian...
Ash yang keluar dari bilik mandi terus pergi ke arah Lynn yang terbaring di atas katil ..
Lama dia memandang wajah polos Lynn dan dia teringat apa yang dikatakan oleh Izzat masa dikelas pagi tadi selepas incident Lynn dengan Victoria..Throwback..
"So macam mana kau dengan Lynn ?" soal Izzat tanpa memandang ke arah Ash yang termenung sendiri
"Macam mana apa ?" soal Ash balik
"Ye la korang dah kahwin kan , jadi dia boleh terima kau jadi suami dia yang sah ke !" balas Izzat lalu menepuk bahu Ash
"Erm dia cakap dari segi zahir dia terima tapi dari segi batin belum lagi " balas Ash lalu membelek tangannya yang tersarung cincin kahwinnya
"Erm kau paham tak maksud ayat dia ? Dia cakap bukan saja - saja tau ! Dia ada sampaikan sesuatu tu " terang Izzat
"Erm maksud kau ? Apa yang dia cuba sampaikan ? " soal Ash lalu memusingkan badannya mengadap Izzat
"Maksud dia dari segi fizikal memang dia terima kau jadi suami dia tapi dari segi mental dia tak percaya kau lagi ! Sebab dia takut kau just layan dia sebagai seorang isteri bukan cinta hati kau !" penerangan Izzat membuat Ash sedikit keliru
"Tapi memang aku layan dia macam cinta hati aku tapi dia memang cinta hati aku pun ! Kau pun tahu tu kan ...aku memang dah lama crush kat dia pun !" Izzat menggelengkan kepalanya apabila mendengar pengakuan Ash
"Memang kau tahu ! Aku pun tahu tapi dia tahu ke ? Kau pernah confess kat dia ? Tak pernah kan ? Kau ni pun satu la harap muka je hensem macam putera raja tapi otak semut hahahah !" soal Izzat membuat Ash berfikir sejenak
"Aku bukan tak nak confess kat dia tapi aku takut dia tolak aku mentah - mentah ! Sekarang ni aku tengah tunggu masa yang sesuai untuk luahkan je !" balas Ash
"Tunggu masa sesuai ? Sampai bila ? Sampai si Farris rampas Lynn dari kau baru kau nak buat ? Kalau si Lynn tu tolak cinta kau sekali pun , dia still your wife la Ash ! Please think about it Ash , aku bukan nak masuk campur tapi aku nak kau sedar sekarang la masa yang sangat sesuai untuk kau ambil hati Lynn tu !" nasihat Izzat panjang lebar
End Throwback...
"Kalau la Lynn juga sukakan Ash.." bicara Ash sendiri
Lynn terus terjaga apabila mendengar suara Ash yang sedikit garau .. Lynn segera menoleh ke arah Ash lalu Lynn terus merebahkan kepalanya di bahu Ash dalam keadaan mata tertutup
Ash terus tersentak dari lamunan dia menoleh ke tepi melihat Lynn yang tidur duduk bersila dan merebahkan kepalanya di bahu kiri Ash ..
"Sorry la kalau Ash buat Lynn terjaga " ucap Ash perlahan dengan nada lembut
Krik ! Krik !
Lynn langsung tidak bergerak dari bahu Ash malahan lena lagi tidurnya di bahu Ash... Ash ketawa kecil dan berkata di dalam hati
Impian aku dah tercapai nak tengok Lynn tidur di bahu aku...Manja betul bini aku ni even though aku tak pernah confess perasaan aku ... Ash bermonolog di dalam hati
BERSAMBUNG.. -,-'
YOU ARE READING
Crush Sekolah Ke Pelamin
RandomCerita yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Azlin lynn dalam memendamkan perasaan suka terhadap jejaka yang bernama hashrul sejak di zaman persekolahan lagi bagaimanakah kesudahan Azlin apabila mengetahui bahawa cintanya tidak seindah yang d...