"Pada suatu hari , si kura - kura sedang berjalan - jalan bersama girlprennya di bawah matahari .Sedang si kura - kura bercekerama di bawah cahaya bulan purnama dengan girlprennya , si arnab datang dengan Vespanya...Vroom..vroom...arnab mengejek si kura - kura yang lembab macam kekura.Si arnab mencabar kura - kura mengadakan pertandingan lumba lari , si kura-kura buat muka redha dan menyahut cabaran si arnab . Disebabkan kelekaaan si Arnab , si kura - kura akhirnya menjadi juara dalam pertandingan lumba lari.
"Rara boleh tolong diam tak ?" kata angah
"Rara tolong hilangkan kebosanan along ngan angah je ! Angahkan minat arnab .. Angah kena la tahu sejarah arnab ni la ! Lagipun angah kan minat citer kura - kura dan arnab ni.."
"Mana adalah ! Arnab naik vespa kura-kura ada kekasih la .merepek la Rara ni !"
"Angahhh zaman sudah modenla so , Rara just nak sejarah tu upgrade sikit mengikuti peredaran masa
Along yang tengah drive pun ketawa terbahak bahak lepas dengar ayat aku mungkin dia rasa bahagia ada adik yang dapat menghilangkan stress
Angah menggelengkan kepalanya "apasal la aku ada adik yang bijaksana dalam berkata - kata !"
Kembang la juga aku sampai senyum ke telinga abang-abang aku ni baru tahu bijak aku macam mana tu la dont judge book by its cover kan ?
"Along lama lagi ke nak sampai shopping mall ? " tanya aku dengan penuh tanda tanya
"Ala kejap je lagi !" balas abang aku lembut
"Apasal la abang ni lambat sangat kalau bawa kereta ? Tanya aku lagi
"Biar lambat asal selammmatt !" balas abang ku semangat
Ha ni la abng aku along pandu kereta 50km/s tau aku pun tak tahu la nak cakap macam mana lembab betul kalau ikutkan siput laut lagi cepat tau ! Kalau angah aku pulak bawa macam kl drift ! Kalau ibu mengandung pun bole terberanak tau dalam kereta mau tak nyerr 100km/s katernyerr la kalau cepat awal sampai dan pastikan selamat sampai dan roh dan jasad masih ada ' yang itu prinsip abang ngah aku
"Dah sampai kita ayuh gegarkan shopping mall ni dengan jejaka hensem duaorang ni !" usik along aku
"Kita tengok wayang ye !" cadang aku
Lepas sampai je kitaorang terus masuk dalam shopping mall dan aku pun ulang ayat yang sama nak pergi tengok wayang !
"Kita tengok wayang ye ! Rara teringin nak tengok cerita horror la ! " aku cakap lagi
"Ye rara nanti kita pergi tengok wayang ye!" balas along
"Hish rara ni ! Asyik tengok horror je tak mahu la!" marah abang ngah
"Alongggg tengok abang ngah ni ! Rara tak kira rara nak tengok jugak! nak jugak nakkk !" rengek aku seperti budak kecik .. Aku memang kalau ada along aku memang aku gedik sebab dia kalau aku nak itu , itu juga bagi tapi angah aku lain sikit aku nak tu , tak dapat langsung
"Angah ok apa tengok cerita horror bukannya selalu lagi pun minggu depankan kau pergi overseas so tak salah kalau kita spent time dengan rara ni " bebel along memujuk
"Yeaaaa ! Padan muka angah wekkk! Dah jom ehh japp rara nak duduk dekat tengah ! Along ngan angah jadi bodyguard rara ok ?!" ucap aku lalu menarik lengan abang - abang ku..
"Hish rara ada je !" marah angah lagi
Setelah sampai di hadapan panggung wayang abang long pun suruh aku pilih movie then abang ngah pula beli popcorn dengan air untuk dijadikan bahan kunyah waktu tengok movie nanti
"Rara sila pilih movie anda ! Along belanja !!!!" teruja along
"Betul yeaa love u bebs ! Rara nak tengok cerita 'munafik ' ye along !"
"Ihh tak nak la angah nak tengok orang mat salleh punya cerita horror ! Rara pilih la cerita lain ! " ada je bantah abang aku ni
"Ih angah filem ni dah naik berjuta tau orang tengok salah ke kalau rara nak tengok cerita ni ! Rugi tau kalau tak tengok trending ni "bebel aku pula
"Aizam kau tengok adik kesayangan kau ni ! Bukan aku takut cerita tu tapi aku tak minat la !! Kau macam mana?" tanya angah
"Aku ok je !"
"Aduh susahla !" marah angah
Dari tadi asyik gaduh pasal wayang along pun ambil keputusan untuk tengok cerita finding Nemo muahahahha! Gaduh sangat
"Dah jom movie dah nak start !" ajak along
"Aizam kau beli tiket cer apa ? Perghh kartun ! Apa ni ? Jatuh la reputasi aku aduhhh makkk !" bebel angah
"Yeahh Finding Nemo pun syokk ! Jom along biar angah ni cerewet betul.! Wekk padan muka !" ejek aku
"Arh ! Takde kau pun masuk tengok juga aku dah beli tiket dah pun ! Nanti membazir pulak!" tegas along
"Bak sini rara punya popcorn dengan air ! " ambil aku dari tangan angah
Along nampak tangan aku sarat dengan popcorn bekas besar dengan Air along pun hulurkan bantuan suka lagi merelakan
"Rara nak along tolong ? Meh sini popcorn tu !" tolong along
"Thanks abang !" sengih aku hingga ke belakang telinga eh macam panjang je senyuman aku ni
Waktu kitaorang dalam panggung wayang aku tengok angah yang tadi bukan main berkeras tak nak tengok cerita ni ketawa amboi ! Bukan main sakan gelak dia sampai menangis nangis walawekkk ! Lepas je habis movie abang ad a.k.a angah aku ni belanja aku ngan along makan
Tengah syok makan tiba - tiba aku nampak kelibat Is aduh mataiii ! mana nak menyorok ni takkan bawah meja kot ke dalam tandas ehh tak ha aku pon ambil menu tu tutup muka walaupun makanan aku dah tersiap hidang tapi aku tetap baca menu tu
Angah ngan along pun pelik dengan perubahan drastik aku dari tadi elok je makan ayu ayu tiba-tiba je kelam kabut
"Rara kenapa ni ? Tiba - tiba je tutup muka kenapa ?" tanya along lembut
"Ha rara yang tutup muka macam pendatang asing tanpa izin ni pahal ? Ada polis ke nak datang " Bukan main lagi abang ngah aku ni berloyar buruk ngan aku
"Huh ! Nasib dia tak nampak kalau idok hancur la harapan negara ni nak kaya !" merepek la aku ni
Kuk!
"Aduhhh ! Erh sakit la angah !" terjerit kecil aku
"Sakit ke ?" tanya along
" along gila tak sakit bunyi kuk tu ! KUK! tau " cakap aku sengaja menekan bunyi kuk tu!
"Apa angah ni ketuk kepala rara ! Bagitau papa dengan mama biar papa potong duit bulanan ngah herh !" ugut aku
"tu la orang tanya dia loyar buruk lagi maunya tak kena kuk! hahahahhah ! rara bagitau la papa nanti abang bagitahu papa yang rara ada crush.!" ketawa angah sambil menjelirkan lidahnya
"apa Rara ada crush ! sampai hati rara tak bagitahu along nanti along tak belikan rara apa yang rara nak !" merajuk pula abang long aku ni
tengah syokk tengok abang long aku berdrama tiba - tiba ada seorang jejaka menegur kami semua
"assalamualaikum hai ? " ucap salam dari jejaka tu
"waalaikumusalam ! " balas kami serentak dengan nada yang sama
aku pun mendongak ke atas nak tengok juga siapa yang bagi salam sebab suara dia macam familiar
"Ash ! ap apa ka kau bu buat si si sini ? tanya aku gagap
pasti korang pelik kenapa pulak aku ni tergagap - gagap bercakap dengan si Hashrul sebab tunang aku a.k.a abang ngah aku ada dekat situ tambahan pula Along aku ada ! pecah tembelang la matii la !
"Rara kenapa rara gagap ? dan siapa ni ? " tanya along
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Crush Sekolah Ke Pelamin
De TodoCerita yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Azlin lynn dalam memendamkan perasaan suka terhadap jejaka yang bernama hashrul sejak di zaman persekolahan lagi bagaimanakah kesudahan Azlin apabila mengetahui bahawa cintanya tidak seindah yang d...