Majlis Akad Nikah ..
Majlis akad nikah yang diadakan di rumahku berlangsung pada jam 1 petang tapi sekarang baru jam 10 pagi .
Mama mengejutkan aku yang malas hendak bangun mungkin terlalu penat angkara bedak sejuk yang ditempek di badan aku agak tebal dan lambat kering jadi jam 2 pagi baru la aku boleh tidur .
"Eh Lynn bangun cepat nanti nak mandi lagi nak mekap lepastu pakai baju lagi ! Bangun cepat Lynn ! Pap !" mama mengejutkan ku lalu menampar lengan ku kuat kerana membiarkan panggilan mama
"Mama besok je la kawin ngantuk arhh ! Cakap kat tok kadi tu kalau dia datang juga mama suruh je tok kadi tu yang kahwin dengan janda sebelah rumah ni Single lagi tu !" ujar aku lalu menarik selimut
"Eh banyak la esok kawin Lynn pikir kawin ni macam pegi sekolah arh ! Dah bangun kalau tak mama suruh bakal suami kamu yang kejutkan !" ugut mama
Aku yang mendengar terus tegak berdiri di atas katil lalu pergi ke cermin di dalam bilik ku ya Allah !
Ya Allah ! Ni muka aku ke ni apasal macam orang yang baru keluar dari kolam renang air kapur ni masyaallah ! Ni kalau bakal suami aku tengok maunye kena heart attack ni tapi biar la terus kubur tak payah kahwin kan ? Hahahha !" bisik aku di dalam hati
Usai sahaja melihat cermin aku menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diriku yang seperti albino ni ..
SUASANA DI RUMAH HASHRUL...
ASH awal pagi lagi dia pergi jogging kerana itu memang rutin harian Ash di awal pagi lagi ..
Ash juga resah kerana dengan satu lafaz sahaja dia akan jadi suami orang dan hidupnya tidak akan sama lagi seperti dulu totally change !Setelah siap membuat rutin hariannya dia pun pulang ke rumah terus masuk ke dalam bilik dan mandi untuk untuk membersihkan diri
"Ash cepat ash dah nak dekat jam satu dah ni nanti lambat pula nak sampai !" jerit mamynya ditangga
"Ye dah siap dah ! " balas Ash yang sibuk meneliti dirinya setiap inci dalam memakai baju melayu berwarna putih dan berzampin berwarna hitam disulam benang berwarna emas
Segak pula aku harini ! Bisik ash di dalam hati
Selesai dia memakai songkok di pun menuruni anak tangga lalu memakai kasut dan melangkah pergi ke kereta sambil membelek iphone 6 nya ..
SUASANA DI RUMAH LYNN PULA.
LYNN di make up dengan makciknya Riana yang suka rela mahu menghias aku pada majlis akad nikah ku yang
sederhana iniMakeup aku tidak terlalu over malahan makeup itu cuma simple sangat. Aunty Riana cuma memakaikan aku foundation dan ditempek sedikit pemerah pipi , kening aku diukir agar lebih menonjol sedikit , dia juga memakaikan aku eyeshadow berwarna pink pudar selain itu aku juga memakai bulu mata palsu yang melentik tapi dari jauh ia seperti original bulu mata dan diakhiri dengan lipstik berwarna pink pudar berjenama Kylie itu.
"Dah siap Lynn pergi la pakai baju tu nanti panggil Aunty ya sebab nanti Lynn pakai tudung.."ujar Aunty Riana lalu melangkah keluar
YOU ARE READING
Crush Sekolah Ke Pelamin
RandomCerita yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Azlin lynn dalam memendamkan perasaan suka terhadap jejaka yang bernama hashrul sejak di zaman persekolahan lagi bagaimanakah kesudahan Azlin apabila mengetahui bahawa cintanya tidak seindah yang d...