IAM | 2

2.7K 250 10
                                    

Bae Jihyun masuk ke dalam rumah bersama dengan plastik yang berisi bawang dan garam yang dipesan oleh ibu nya tadi. Dengan segera, dia melangkah ke dapur. Tiada sesiapa pun di dapur. Hairan bin ajaib. Dekat ruang tamu pun tiada orang. Jadi, Jihyun ke laman belakang.

Dia tersenyum. Puan Jihyo sedang menyiram pokok bunga rupa nya. Dah senja baru nak siram pokok bunga? Sibuk benar ibu nya tadi dekat rumah. Jihyun terus menghampiri ibu nya dan mencuit bahu Puan Jihyo. Terkejut orang tua itu jadi nya. Jihyun mengekek ketawa. Spontan Puan Jihyo mencubit pinggang Jihyun. Nakal sangat!

"Jahat betul kamu, Ji. Jangan laa kejutkan ibu macam tuey. Dibuat nya ibu niey ada lemah jantung. Dah lama rebah dekat sini."

"Sekali - sekala, bu. Bukan nya hari - hari. Hurmm bu. Jom laa masuk dalam rumah. Dah senja niey. Tak elok duduk dekat luar. Ji dah beli apa yang ibu pesan tadi."

"Jom laa masuk."

Puan Jihyo menutup pili air dengan segera. Dan mereka dua beranak itu melangkah masuk ke dalam rumah beriringan. Dalam rumah banglo tersebut, ada Puan Jihyo, Bae Jihyun, Bae Kihyun, Bae Yuna dan juga pembantu rumah mereka. Tuan Sungji sudah lama meninggal akibat kemalangan lima tahun lepas.

×××

Bae Jihyun menyerabutkan rambut nya dihadapan almari. Baju yang mana satu yang nak dipakai? Kejap lagi dia ke majlis hari jadi sepupu Jun Rina. Kalau Rina tidak paksa nya pergi, jangan harap dia nak. Kali ini dia menggaru kepala pula seraya mengambil gaun berwarna merah jambu.

Setelah beberapa minit, ahirnya dia dah siap. Muka nya dipakai mekap sedikit agar kelihatan cantik. Rambut nya dibiarkan lepas dan ditarik ke depan agar bahu nya yang terdedah tidak kelihatan sangat. Bae Jihyun tersenyum di hadapan cermin. Da berpuas hati melihat diri nya. Eh? Nak pergi majlis hari jadi sahaja, bukan nya nak pergi majlis tari.

"Kak Ji!! Kawan akak dah sampai!"

"Ye, dik!"

Kelam kabut Bae Jihyun mengambil tas tangan nya dekat atas meja. Sampai di tangga, dia lihat ibu dan adik nya, Bae Yuna tersengih - sengih melihat kepada nya. Jihyun pelik. Ada yang tak kena ke dengan pakaian yang dipakai? Dia tengok elok sahaja.

"Kenapa, bu?"

"Cantik laa kakak! Macam princess!"

"Haah. Anak ibu cantik nya luar biasa malam niey. Dah lama tak tengok kamu berdandan macam niey."

"Hmph! Biasa je laa. Luar biasa apa nya. Ibu dan Yuna niey melebih pulak. Dah laa. Ji dah lambat niey, bu. Ji pergi dulu laa."

"Okey. Jaga diri yea."

"Baiklah!"

Kasut tumit tinggi diambil dalam rak kasut. Kemudian, dia dengan cepat pergi ke arah kereta Jun Rina yang dari tadi sedang menanti nya. Seperti ibu dan adik nya tadi, Jun Rina tersenyum melihat penampilan luar biasa cantik Bae Jihyun. Kata nya sama macam Puan Jihyo. Bae Jihyun sekadar menggelengkan kepala. Apa - apa sahaja lah.

×××

Bae Jihyun mengikuti kawan nya dari belakang. Asing bagi dia berada dalam rumah yang luar biasa besar nya itu. Dah macam villa. Tetamu juga apa kurang nya. Orang yang ternama sahaja. Dia tertanya. Sepupu Jun Rina ini orang apa? Majlis hari jadi pun buat majlis besar. Jihyun terperanjat tatkala bahu nya dicuit oleh Rina.

"Apa, Rin?"

"Ini aku nak kenalkan kau dengan sepupu kesayangan aku. Nama dia, Kim Taehyung."

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now