IAM | Final.

1.9K 132 34
                                    

Kacau bilau jadi nya apabila semua orang sudah tahu yang Kim Taehyung mahu batalkan pertunangan tersebut. Dia buat pengakuan dihadapan keluarga dia dan juga keluarga Bae Jihyun.

Walaupun bukan ini yang dia mahukan terjadi, tapi terpaksa dia lepaskan orang yang dia cinta kepada orang lain. Dia menganggap nya yang jodoh dia bukan dengan Bae Jihyun.

"Hyun dah ada orang lain ke?"

Soal Puan Suna sambil menggenggam kedua tangan Bae Jihyun. Memandangkan semua sudah tahu, dia mengangguk. Puan Suna mengeluh. Dia menepuk tangan Jihyun perlahan.

"Siapa?"

"Abang, ma. Abang Yoongi."

Celah Kim Taehyung. Sebab dia tahu susah untuk Bae Jihyun menjawab soalan itu. Puan Suna dan Tuan Yujae terkejut. Manakala Puan Jihyo sudah dapat menggagak siapa gerangan anak nya cintai. Dia hanya beriak biasa sahaja.

"Maafkan saya, aunty."

"Tak. Mama yang patut minta maaf pada kamu sebab dah paksa kamu bertunang dengan Tae. Mama dan papa dah tersalah sangka pada korang berdua. Kami fikir, korang berdua bercinta."

"Tae dulu yang salah. Ye lah. Sebab dah ceritakan yang bukan - bukan pasal Tae dan Hyun bercinta. Padahal, tak sebenarnya."

Puan Suna tersenyum tipis. Malu juga dia pada Puan Jihyo. Macam dia dan keluarga sahaja yang bersungguh. Kemudian, Bae Jihyun minta nak masuk ke dalam bilik. Mereka hanya mengiakan sahaja.

Sementara Bae Jihyun tidak ada bersama mereka, kesempatan itu diambil Taehyung untuk berbincang dengan mereka pasal perkahwinan tersebut. Cadangan yang diberikan Taehyung memang dipersetujui mereka semua walaupun hati nya tergores, pedih.

×××

-Kau lelaki stalker tuey kan? Kenapa kau suruh aku call kau? Eh! Niey bukan call tapi mesej. Argh! Lantak lah! Haa jawab lah, kenapa kau beria nak suhh aku hubungi kau?-

Kim Taehyung menerima mesej daripada seseorang dan membaca ia dengan perlahan. Tanpa sedar, bibir nya membentuk senyuman. Tidak sangka perempuan itu akan mesej dia hari ini.

Mesej tersebut dibalas. Kata nya, dia mahu berjumpa. Kemudian, telefon diletakkan dekat tempat duduk sebelah. Dia kembali memandang lautan yang luas dihadapan nya itu dengan satu keluhan berat.

"Mulai hari ini, aku kena move on lah nampak nya. Aku kena berusaha dapatkan hati si perempuan semalam."

Kata nya perlahan. Sekali lagi, keluhan dilepaskan. Dia mahu melupakan insan yang bernama Bae Jihyun dari minda dan hati dia mulai dari hari itu. Tumpuan nya kini pada perempuan semalam.

×××

Sampai sahaja dekat Korea, Min Yoongi terus pergi ke rumah Bae Jihyun. Dia mahu berjumpa dengan Bae Jihyun dan mahu gadis itu jelaskan semua nya sebab dan musabab kenapa bertindak bertunang dengan adik nya secara tiba - tiba.

Lama dia berada dalam kereta. Selepas itu, dia turun dan masuk ke dalam halaman rumah tersebut. Loceng ditekan ditepi pintu. Tak lama selepas itu, pintu dibuka seseorang. Ianya Bae Kihyun.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now