"Explain!"
Kata Kim Taehyung dengan nada tegas nya. Bae Jihyun mengetap bibir. Habis kantoi dengan adik Yoongi. Kalau dia tahu apa hubungan mereka sebelum ini, macam mana? Perlahan - lahan, Bae Jihyun melangkah pergi namun dihalang pula oleh Kim Taehyung. Jihyun mendecit perlahan.
"Awak buat apa kat sini?"
"Errr…Say---"
"Abang suruh dia teman abang pergi pejabat tadi, pastu file pula tertinggal kat rumah. Kita orang datang ambil lah."
Celah Min Yoongi apabila melihat Jihyun yang tergagap mahu menjawab pertanyaan itu. Dengan cepat, Bae Jihyun mengangguk beberapa kali. Kim Taehyung melepaskan pegangan nya pada bahu Jihyun. Jihyun menarik nafas lega.
"Wait! Korang dua niey bukan nya ada kerjasama apa pun dengan syarikat. Macam mana lakk abang boleh ajak dia?"
"Macam niey lah, Tae. Abang tadi dalam perjalanan nak ke pejabat, pastu ternampak lah Hyun dekat bahu jalan sebab kereta rosak. Abang tumpangkan dia jap sekaligus nak ke pejabat. Then, file abang tertinggal dekat rumah. Ingat, lepas ambik file niey, nak hantar dia balik rumah. Faham?"
Kata Min Yoongi dengan penjang lebar. Harap nya Kim Taehyung percaya lah pembohongan dia itu. Kim Taehyung mengangguk perlahan. Sekali lagi, Bae Jihyun menarik nafas lega. Namun, selepas itu, dia dikejutkan Taehyung yang tiba - tiba sahaja menyuruh nya masuk ke dalam rumah. Muka Taehyung dan Yoongi dipandang bersilih ganti. Min Yoongi tersenyum sinis.
×××
Bae Jihyun meramas jari - jemari nya akibat gementar. Keluarga mereka sangat baik dan tidak jemu melayan nya. Puan Suna lah yang paling gembira menerima kunjungan Bae Jihyun. Siap disuruh memanggil nya 'mama' lagi. Janggal dan berasa tidak selesa pula apabila dilayan sebaik itu.
"Dah lama kawan dengan budak berdua tuey?"
"Huh? Err baru je, aunty."
"Owh baru aje. Ini kali pertama mama dapat kunjungan dari mana - mana perempuan. Dorang tuey mana pernah bawa balik perempuan. Sebab tuey mama happy sangat bila dorang bawa kamu ke sini."
"Yeke, aunty?"
"Ye lah!"
Mendengar kata - kata Puan Suna, meragukan hati Jihyun. Tak pernah bawa balik perempuan? Takkan Min Yoongi tak pernah bawa teman wanita dia ke sini. Bae Jihyun tersenyum tipis apabila disenggol oleh Puan Suna. Boleh pula termenung depan dia.
"Eh? Awak masak?"
"Haaa…malam niey ada orang temankan mama masak. Mungkin one day, dia akan jadi sepenuh nya teman mama masak."
Kata - kata yang tersirat itu dilontarkan dari Puan Suna. Bae Jihyun bingung. Apa maksud Puan Suna? Sepenuh nya teman dia masak? Puan Suna tersenyum penuh makna kepada Bae Jihyun. Kim Taehyung menderam perlahan sambil membuka peti ais.
"Abang kamu mana?"
"Ada kat atas. Buat apa entah. Dari tadi tak keluar bilik. Dah macam perempuan lagak nya."
"Dia…selalu macam tuey ke?"
Soal Bae Jihyun. Serentak Kim Taehyung dan Puan Suna memandang Jihyun. Jihyun dengan cepat meminta maaf atas keterlanjuran dia menyoal. Mesti mereka pelik.
"Tak lah! Kekadang aje. Kalau mood tak baik, terperap aje lah dalam bilik. Ini mesti ada yang tak kena lah tuey sampai terperap dalam bilik."
Kata Puan Suna. Bae Jihyun tersenyum tipis menutup rasa gundah di hati. Min Yoongi cemburu ke tengok aku dan Taehyung bermesra tadi? Takkan lah! Lamunan nya terhenti apabila sekali lagi siku nya disenggol dek Puan Suna. Buat malu sahaja!
YOU ARE READING
[C] Let Me Love You | myg
FanficSelepas 2 tahun, mereka ditakdirkan untuk bertemu semula dalam suatu majlis. Pertemuan yang tidak disangka, menemukan satu pasangan yang saling merindui.