IAM | 15

1.3K 120 3
                                        

Keesokannya, Bae Jihyun lebih banyak menghabiskan air mata nya. Dia berkurung dalam bilik. Langsung tidak mahu makan dan minum. Berlegar di minda nya apa yang Puan Suna dan Tuan Yujae katakan semalam. Esok, adalah hari pertunangan dia dan Kim Taehyung. Seakan tidak percaya dia akan ditunangkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda dari nya.

"Yoongi…Kenapa awak tak pertahankan cinta kita? Kenapa harus orang lain yang bertindak dulu dari awak?"

Kata nya perlahan. Pandangan nya dihalaakan pada telefon yang berbunyi. Panggilan daripada Kim Taehyung. Lagi. Sudah banyak kali dia call dan juga mesej. Tapi satu pun Bae Jihyun tidak ambil peduli. Dibiarkan berbunyi sendirian. Kalau senyap, makna nya dah penat lah tuey.

Semalaman dia berfikir. Dari pertemuan dia dan Min Yoongi, lelaki itu tidak bertindak apa - apa pun. Sama ada nak kenalkan sendiri dia pada Puan Suna dan Tuan Yujae sebagai kekasih dia. Selalu dia kata nak jadikan Jihyun sebagai isteri nya namun itu cuma kata - kata sahaja. Tiada langsung tanda - tanda mengajak nya kahwin. Bertindak apa pun tidak.

Gelang dan rantai pemberian Min Yoongi dipandang seketika sebelum dia membuang ia dari terus tergantung pada tangan dan leher nya. Dia letakkan gelang dan rantai tersebut ke atas meja. Dia nekad. Dia akan terima sahaja pertunangan itu walaupun hati nya berkata jangan. Telefon diambil.

"Jumpa saya, Tae."

×××

Min Yoongi mendecit perlahan. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada salah seorang pembekal di Auckland, mengatakan disana ada masalah. Dan dia kena pergi kesana selama 3 hari.

"Tolong carikan tiket kapal terbang ke Auckland untuk tengah hari. Dengan kadar segera."

"Auckland? Kenapa, tuan?"

"Pembekal dekat sana ada masalah. Tak dapat nak keluarkan barang dari sana ke sini. Entah lah kenapa. Awak tolong carikan tiket tuey sekarang juga yea."

"Baik, tuan."

Min Yoongi masuk semula ke dalam pejabat nya. Meja yang berselerak dikemaskan. Selepas itu, dia melayani perasaan nya sendiri sampai lah dia dikejutkan dengan suara pembantu nya. Tiket untuk ke Auckland pada waktu tengah hari, ada.

×××

"I'm sorry. Kalau tak kerana mulut saya, pasti semua niey takkan terjadi kan? Saya akan cakap dekat mama dan papa hal sebenarnya. Kita takkan bertunang atau berkahwin pun."

Kata Kim Taehyung sambil melihat tepat pada Bae Jihyun. Bae Jihyun pula hanya menundukkan kepala sambil bermain dengan jari nya sendiri. Dia bermain perasaan. Apa betul keputusan yang dia buat ini? Bagaimana pula dengan Min Yoongi nanti kalau dia bertunang dengan Kim Taehyung? Bae Jihyun mengeluh.

"Jihyun…"

"Saya akan bertunang dengan awak, Taehyung."

"What?"

"Saya akan bertunang dengan awak."

Ulang nya sekali lagi. Kim Taehyung bagaikan tidak percaya. Dia memandang Jihyun sedalam nya, mencari kepastian. Bae Jihyun kembali menundukkan kepala nya dari terus melihat Kim Taehyung. Kim Taehyung memegang kedua bahu Jihyun.

"Serious? I mean, kenapa dengan tiba - tiba? Awak tak rasa terpaksa ke untuk terima semua niey?"

"Saya dah fikir masak - masak. Saya rasa ada baik nya kita bertunang. Awak nakkan bertunang dengan saya, kan?"

"Saya dah tipu awak, Hyun. Tipu mama dan papa saya. Saya cakap dekat mereka yang kita bercinta lah apa lah dan awak masih lagi nak bertunang dengan saya? This is so sudden! Kenapa, Hyun? Awak ada masalah ke? Saya fikir, awak akan marahkan saya."

Bae Jihyun diam. Dia buat ini kerana marahkan Min Yoongi. Langsung tidak bertindak apa - apa. Takkan dia tak dengar semalam. Padahal, dia ada aje dekat rumah. Kim Taehyung menaikkan dagu Jihyun agar melihat nya.

"Tell me, Hyun."

"Saya memang nak bertunang dengan awak. Dah lah, Tae. Jangan tanya kenapa lagi. Kita bertunang aje esok."

"Tap--"

Kim Taehyung tidak dapat nak teruskan cakap nya apabila ternampak anak nya, Jaemin bersama Jeonghan dan juga nenek Jaemin. Bae Jihyun pelik melihat Taehyung dan turut memandang ke belakang tapi dengan cepat Taehyung memanggil nama nya.

"Hyun, jom pergi dari sini."

"Kenapa pula?"

"Jom. Kita bercakap dekat tempat lain aje lah. Macam tak best je dekat cafe niey."

"Huh?"

Bae Jihyun pelik. Kim Taehyung lantas menarik tangan Bae Jihyun agar keluar dari situ. Pandangan nya dihalakan kepada Jaemin sekejap. Nasib baik mereka tidak nampak kehadiran dia dan Bae Jihyun di cafe itu. Kalau tidak, kantoi lah nanti.

×××

Kim Taehyung dikhabarkan oleh mama dan papa dia bahawa Min Yoongi dah berangkat ke Auckland tengah hari tadi. Kim Taehyung sekadar mengiakan sahaja dan terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Telefon dibuka apabila ada mesej yang baru masuk. Mesej itu daripada Jeonghan.

-Sape perempuan tadi? Omma baru Jae ke, bro? Walaupun aku tak nampak muka dia, tapi aku yakin dia cantik. hahaha-

Kim Taehyung mendecit. Jeonghan nampak rupa nya. Ingatkan tak nampak. Dia ketawa kecil. Mesej dibalas.

-Yes. Omma baru Jae. Tapihurmm ntah lah, bro. Aku dah tipu dia pasal niey. Aku tak cakap apa - apa pun pasal Jae. You know what, esok kami akan bertunang.-

Kim Taehyung mengeluh. Ada sebab lain juga kenapa dia beria nak bertunang dan berkahwin dengan Bae Jihyun. Dia cintakan gadis itu dan pada masa yang sama, dia ingin jadikan gadis itu sebagai omma kepada Jaemin.

"Salah ke apa aku nak buat niey? Kalau Hyun tahu, mesti lah dia akan marahkan aku. Aku dah tipu dia."

Mesej daripada Jeonghan tadi, dibiarkan. Mesti lelaki itu membebel dekat dia. Dalam tak sedar, Taehyung terlelap.

×××

to be continued.

haih makin lama makin merapu aje ctew niey. so, please tahan dengan ctew niey hahaha.
so guys, nkk double update tak?

baca Meant To Be.
cast; Park Jimin.

vote.
comment.

[C] Let Me Love You | mygTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang