IAM | 16

1.4K 122 6
                                        

Segala nya berjalan dengan sangat lancar. Bae Jihyun dan Kim Taehyung kini dah bertunang. Tidak tahu bagaimana Jihyun mahu gambarkan perasaan nya. Gembira? Sedih? Menyesal? Terkilan? Dia tidak tahu.

Dia melihat Taehyung tadi, lelaki itu tampak sangat gembira. Jihyun sudah tahu yang lelaki itu mencintai diri nya. Kim Taehyung sendiri yang cakap semalam. Kim Taehyung menghampiri Bae Jihyun yang sedang berada di halaman rumah belakang.

"Buat apa?"

"Tak de buat apa."

Jawab Bae Jihyun sekali dengan senyuman tipis nya. Kim Taehyung mengangguk seraya duduk disebelah Bae Jihyun. Dia seperti tidak percaya yang Bae Jihyun kini sudah menjadi tunang nya.

"Kita dah bertunang."

"Tahu…"

"Apa yang awak rasa?"

"Rasa apa?"

"Like…awak happy ke? Atau awak bertunang dengan saya sebab terpaksa? Saya nampak awak tadi macam tak gembira aje."

Kata Kim Taehyung. Senyuman Bae Jihyun mengendur. Memang dia tidak seberapa gembira tadi. Kalau Kim Taehyung pun nampak bagaimana riak wajah nya, bagaimana dengan orang lain? Mesti mereka juga perasan.

"Tak lah! Saya okey."

"Saya tak tanya pun awak okey ke tidak, Hyun. Awak niey ada masalah sebenarnya kan? Cuba bagitahu saya apa masalah awak."

"Eh!? No. Saya tak de masalah lah, Tae. Hurmm Taehyung. Can I ask you something?"

"Tanya lah."

"Err…Abang awak pergi mana eah sebenarnya? Saya tak nampak pun dia tadi."

"Ohh. Abang pergi Auckland. Kata nya ada masalah dekat sana. Lusa, baru dia balik sini semula. Itu pun kalau semua nya dah selesai."

Bae Jihyun mengangguk. Patut lah langsung tidak menelefon nya. Pergi Auckland rupa nya. Dalam diam, Jihyun mengeluh. Kemudian, Kim Taehyung mengajak dia masuk ke dalam rumah.

×××

Kim Taehyung memeluk anak nya seerat mungkin. Dah berapa hari mereka tidak bersua muka. Betapa rindu nya dia dekat anak nya itu. Kedua pipi Kim Jaemin, dicium nya bertalu - talu.

"Dah lah, appa."

"Mianei. Appa rindu Jae."

"Jae pun rindu appa."

Kata Kim Jaemin seraya memegang muka Kim Taehyung. Kim Taehyung tersenyum. Lantas, dia menarik Jaemin pergi dekat ruang tamu. Taehyung ada membeli mochi kesukaan Jaemin.

Diberikan Jaemin makan. Manakala dia hanya melihat sahaja anak nya makan. Mata nya melilau mencari Jeonghan. Dia datang tadi, lelaki itu tiada pula nak munculkan diri dia. Hanya Jaemin dan omma Jeonghan sahaja tadi.

"Appa Han mana, sayang?"

"Keluar."

"Pergi mana?"

"Ntah!"

Jawab Kim Jaemin. Kim Taehyung mengeluh seraya dia bangun dan tinggalkan anak nya dekat ruang tamu. Dia pula masuk ke dalam dapur. Puan Choi lagi sedang memasak rupa nya.

"Han pergi mana, omma?"

"Ish! Kamu niey, Tae. Terkejut omma dibuat nya. Han keluar dengan kawan dia tadi. Dah lama juga lah dia keluar. Kenapa?"

[C] Let Me Love You | mygTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang