Anak Cikgu.

17 1 0
                                    

Ibu aku berkata,

"Anak cikgu kena pandai. Kena baik hati, kena sopan".

Ibu aku juga berkata,

"Jangan mau buat perangai, jangan nak malukan ibu dan jatuhkan maruah ibu, tahu."

Sedangkan aku hanya ingin menjadi diri aku sendiri,

Aku hanya ingin menikmati zaman remaja aku sebelum terlambat,

Sebelum aku menyesal atau sebelum aku menutup mata :')

Adakah dengan menjadi anak cikgu, aku perlu menjadi baik dan mengikut sahaja peraturan sekolah ?

Adakah dengan menjadi anak cikgu, aku harus atau mesti pandai dalam akademik dan co akademik ?

Adakah dengan menjadi anak cikgu, aku hanya perlu mengikut apa yang orang di sekeliling ku buat dan mengikut mereka walaupun aku tidak suka ?

Maafkan aku. Kerna aku ini lain daripda yang lain.

Maafkan aku kerana aku ini hanya ingin berseronok sahaja menikmati memori-memori zaman muda-mudi ku ini.

Aku cuma ingin menjadi diri aku sendiri.

Aku cuma mahu keluar dari kotak yang sempit yang dibina oleh pandangan-pandangan ibu dan orang lain.

Aku hanya inginkan kebebasan. Tanpa ada tali yang menarikku.

Namun aku tahu.

Aku ini siapa. Aku tidak layak untuk meminta begitu.

Maafkan aku.

Oh diri, moga esok kau akan menjadi kuat dan lebih tabah menghadapi segala dugaan duniawi ini. Allahu.

Oh diri, menangislah sepuasnya harini. Sesungguhnya, kau ini hanya manusia biasa yang punya perasaan. Bukannya robot. Bukannya boneka.


Moga-moga kau akan terus memakai topeng itu. Tanpa penat, tanpa putus asa.

Moga-moga suatu hari nanti, kau akan berani mencabut topeng-topeng itu dan gagah menyuarakan,


"AKU IALAH AKUUUUU !!!!!!"

"TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGAWALKU KECUALI TUHANKUUUU 










Harini ini pun, seperti biasa, kedengaran suara rintihan aku :')






-SELASA. 8/2/2017. 10:57P.M. di atas meja study menghadap laptop. (harini aku tidur awal :3)-

3:00Where stories live. Discover now