Kosong.

5 0 0
                                    

Dia membuka matanya.

Dan melihat dirinya berada di tempat yang sangat asing bagi dirinya.

Di tempat itu, dia tak berjumpa jalan keluar, lorong atau pintu.

Di tempat itu, dia bagaikan dipenjara oleh seseorang.

Makanan, minuman dan pelbagai barang yang disukainya berada di tempat itu.

Namun, dia pelik, mengapa dia masih rasa kosong. Di sini, di hati ini.

Tetapi, dia tidak tahu apakah yang ruang kosong yang ada di hatinya ?

Hari demi hari, diisi dengan pelbagai perkara yang dia cuba untuk mengisi hatinya yang kosong itu.

Namun, ia tidak berhasil.

Dia berlari ke arah jalan yang hitam itu tanpa hala tuju.

Jalan yang hitam legam. Tidak mempunyai dinding dan infiniti.

Kadang kala, dia tersungkur.

Kadang kala, dia berehat sebentar.

Kadang kala, dia putus asa untuk mencari.

Kadang kala, dia terus berlari walaupun kakinya sakit.

Semuanya demi mencari apa yang perlu diisi di ruang kosong hatinya.

Terdetik di hatinya, peristiwa-peristiwa di tempat asalnya.

Kesemua orang yang dia kenal membicarakan sesuatu.

Namun, dia tidak mengingatinya dengan lebih jelas.

"...give up."

Tapi perkataan itu menarik perhatiannya.

Dia cuba untuk mengingatinya.

Dan dia terkejut.

Dia kecewa.

Dia terkilan.

Dan dia tahu mengapa dia berada di tempat ini.

Kerana dia terlalu jauh dengan Tuhan nya.

Dan dia terlalu mengagungkan manusia.

Lantas, dia terus berlari sambil air mata mengalir laju.

Meminta ampun dari Pencipta dirinya.

Kakinya berdarah, namun tidak dipedulinya.

Dia terus berlari, lari dan lari.

Cahaya terang mulai memenuhi tempat itu.

Dia terbaring longlai. Lemah dan penat.

Namun, dia gembira.

Kerana,

Akhirnya, dia jumpa jalan yang sebenar.









































31/10/2017 -11.00P.M.-

3:00Where stories live. Discover now