Aku terbangun dari tidur mendengar sesuatu bunyi,
Lalu aku tersedar itu bunyi hujan,
Aku memejamkan mata,
Dan mula menghayati bunyi itu,
Aku suka akan hujan,
Aku pun tidak mengerti mengapa.Hujan,
Hujan memberi satu ketenangan buat diri ini,
Hujan membuatkan aku gembira, sedih,
Aku suka akan hujan.Aku juga suka akan bunyi hujan,
Bau di sekelilingku selepas tamatnya hujan,
Dan hujan juga mengajar aku supaya tidak mudah berputus asa,Kerana selepasnya tamatnya hujan, mentari mulai menampakkan dirinya,
Dan pelangi akan muncul.
Pelangi itu nampak cantik dengan pelbagai warna,
Ia bagaikan gembira memunculkan dirinya,
Dan memberitahu aku hidup aku ini tidaklah seteruk yang disangka.
Aku terkesima,Lantas,
Membuatkan aku sedar bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan pancarobanya yang tersendiri,
Kadangkala hidup kita akan kelam dan mendung,
Namun selepas itu,
Pelangi pasti akan muncul :)Maka, terima kasih hujan, dan pelangi kerana mengajar aku erti kehidupan.
Terima kasih juga kepada Allah SWT kerana memberikan kesedaran kepada diri ini dengan pelbagai cara.
Aku bersyukur. Terima kasih sekali lagi ❤
Aku menaip sambil berbaring kerana tidak mengantuk dan lagi dua hari nak 2018 yeay tak sekolah uhuk ehem kbye 🙊😂
-28 Disember 2017, Khamis, 3:52 A.M.-
YOU ARE READING
3:00
PoetryMereka kata apa yang kau fikirkan akan membunuh kau. Mungkin benar, mungkin salah. 3:00 A.M. Di mana mata aku masih segar dan otakku mula berfikir macam-macam. From happy to sad memories. Dan di sini, aku ingin menulis apa yang aku fikirkan, apa yan...