Aku berharap terlalu tinggi,
Aku terlalu syok sendiri,
Aku terlalu leka terbang kegembiraan dengan angan-angan yang tingginya di atas langit,
Sampaikan aku lupa,
Aku juga akan jatuh,
Aku juga akan tersembab di muka bumi,
Aku juga akan terlentang jatuh kesakitan di bawah sana.
Namun aku degil,
Aku masih lagi mengharapkan kau untuk membalas cinta aku,
Aku tidak sedar akan keperasanan aku itu,
Hati aku retak,
Seretak-seretak cermin di bilikku,
Retak seribu.
Aku menahan air mata ini agar tidak jatuh,
Kerna bagi aku ia hanya sia-sia sahaja untuk menangis keranamu,
Aku ingin menjadi kuat,
Lalu aku jahitkan kembali, rawat kembali dan gamkan kembali hati yang retak ini,
Seperti biasa. Setiap hari. Setiap masa :')
Moga-moga kau tabah, wahai diri.
Perasaan suka, cinta dan sayang, aku ada satu pesanan untukmu.
TOLONG. JANGAN. KETUK. PINTU. HATI. AKU. LAGI.
CUKUP LAH SAMPAI HARI INI. AKU TAK MAMPU. AKU TAK KUAT "")
-Sabtu (18/2/2017) 1:05A.M. di dalam bilik sambil bermain smartphone dan broken :') -
YOU ARE READING
3:00
PoetryMereka kata apa yang kau fikirkan akan membunuh kau. Mungkin benar, mungkin salah. 3:00 A.M. Di mana mata aku masih segar dan otakku mula berfikir macam-macam. From happy to sad memories. Dan di sini, aku ingin menulis apa yang aku fikirkan, apa yan...