Beban.

10 0 0
                                    

Entah kenapa... sejak menjadi 17 tahun ini (masih belum rasmi lagi bulan empat sepuluh haribulan in shaa allah)... Aku rasa...

Makin banyak beban yang aku kena tanggung.

Makin banyak desakan-desakan, herdikan-herdikan, paksaan demi paksaan yang aku terima.

Hanya untuk peperiksaan awam iaitu SPM.

Kadang kala, aku rasa mahu lari sahaja dari sini. Jauh dari manusia-manusia di sini. Mahu lari jauh nun di sana. Mahu mengembara daripada belajar dan terperuk di tempat yang sama.


Aku inginkan cabaran. Di luar sana, ada lagi banyak pelajaran dari ilmu Alam itu sendiri yang aku terlepas pandang.


Semua terlalu sibuk dengan hal dunia. Sampaikan lupa akan betapa....

Sunyinya hujan,

Lembutnya bayu angin meniup pipi ini,

Gembiranya tupai-tupai di atas sana bermain,

Hijaunya padang rumput yang subur,

Cantiknya pelangi,

Amannya corak awan.

Semuanya terlalu sibuk.


Apa salahnya kita berhenti, berehat seketika dari hal dunia yang sibuk ini untuk menikmati alam yang dicipta oleh Tuhan ?

Sebelum terlambat...



Sebenarnya, aku cemburu dengan alam ini.

Mereka suci, hidupnya sentiasa berzikir kepada-Nya. Mereka tiada perasaan hasad dan tidak tamak haloba.


Hanya pasrah apabila badan mereka diratah untuk dibuat bangunan tempat manusia tinggal,

Pasrah apabila tiada sudah tempat tinggal dan terpaksa tinggal di dalam penjara yang digelar "zoo",

Dipotong badannya hanya untuk manusia yang inginkan kekayaan sementara itu.

Aku kecewa kerana aku juga begitu. Manusia yang kerapat. Maafkan aku, alam. Aku tak mampu lagi untuk melindungi kamu semua. Aku belum ada kuasa dan pangkat, juga harta.

Kau juga tahu, di dunia ini orang hanya akan memandang mereka yang mempunyai harta, pangkat dan kuasa. Sedihnya dunia ini.

Aku mendengar dunia ini menangis kehibaan. Mengenangkan penghuni-penghuni di dalam dirinya semakin hilang keMANUSIAan mereka.


Aku cemburu. Kerana kamu semua tidak perlu menanggung beban. Tidak perlu menanggung stress dan depression bak kata orang putih yang menjajah negara aku dahulu.






Ya Allah Ya Tuhanku, Aku hanya mampu berdoa kepada-Mu. Aku ingin bahagia dunia dan akhirat. Tabahkan hati aku ini. Sucikan kembali hati ini. Serta, bukakan pintu taubat seluas-luasnya untuk aku, Ya Allah. Aku hanya makhluk-Mu yang hina dan dahagakan cinta-Mu, Ya Allah. Aamiin Ya Rabb.













-7/3/2017 12:09 A.M. ketika menelaah buku untuk exam namun tidak mampu untuk bertahajjud allahu ampuni aku :'(-



Wish me luck in exam ye gaiss :'33

3:00Where stories live. Discover now