Api sedang marak membara,
Membakar rumah, hutan,
Dan segala isi bumi,Bumi kini merah berapi,
Panas,
Seperti berada di neraka dunia,
Jeritan kedengaran,
Suara si ibu, suara si anak,
Ingin menyelamatkan diri,
Namun, gagal,Bomba keliru mencari punca,
Rumah itu penuh manusia,
Pelbagai ragam, pelbagai pendapat,
Apakah punca kebakaran ini berlaku,Namun,
Mereka tidak tahu,
Punca itu,
Datang daripada mereka sendiri,Rakus mengejar dunia,
Rakus mengejar harta,
Hingga orang rumah menderita,
Jeritan mereka tidak kamu hendah,Orang di bawah meronta kesakitan,
Orang di atas bersorak gembira,
Orang di bawah berebut oksigen,
Orang di atas berebut jawatan,Akibatnya?
Satu dunia terbakar,
Namun,
Mereka memakai topeng,
Menutup segala kesalahan mereka,
Merayu, menangis, meminta simpati,
Supaya mereka dapat kekal di atas sana,
Walaupun,
Rakyat menderita.- Di atas katil, 1:11 A.M. -
YOU ARE READING
3:00
PuisiMereka kata apa yang kau fikirkan akan membunuh kau. Mungkin benar, mungkin salah. 3:00 A.M. Di mana mata aku masih segar dan otakku mula berfikir macam-macam. From happy to sad memories. Dan di sini, aku ingin menulis apa yang aku fikirkan, apa yan...