“weiiiii tunggguuuu akuuu!”
Dayana mengejar Farah. Mereka ni sebenarnya dah lambat nak masuk ke bilik kuliah. Semua ni gara-gara Dayana yang mengajak Farah bermain video game. Hish, habis terlambat bangun untuk ke kelas
“cepat laaaa!”
Farah mengheret tangan Dayana. Kalau nak tunggu dayana berlari memang sampai esok takkan sampai ke destinasi
Bukk!
Habis terlanggar seorang lelaki. Farah menjadi cuak apabila melihat telefon itu jatuh dan rentak. Dayana pula terkejut, mahu tak melopong mulut dia. Boleh masuk kereta api lagi
“saaaayaa minntaaa maaaff”
Farah mengambil telefon lelaki itu dan menghulurkan telefon tu kepada tuan empunyanya. Takut sebenarnya. Ni semua salah Dayana! Eh kenapa pula? Farah yang langgar. Aduiii
“kami minta maaf”
Dayana cuba menolong Farah apabila melihat lelaki itu langsung tak mengambil telefonnya pada tangan Farah
“kau ingat maaf kau boleh buat henfon aku ni jadi okay balik ke?!”
Herdik lelaki itu setelah lama mendiamkan diri dan mencampak telefonnya di tangan Farah
“aduiii dah lambat sangat ni”
Getus hati Dayana dan selalu mengerling jam di tangannya
“okay aku minta maaf! Tapi kami dah lambat sangat ni! Lain kali kita settle!”
Dayana terpaksa menjadi seorang kurang ajar dan tidak bertangungjawab. Dayana mengheret Farah berlari ke kelas kuliah dan terpaksa meninggalkan lelaki itu yang terkial-kial berseorangan.
Tapi akhirnya mereka sempat sampai ke bilik kuliah. Nasib baik lecturer diorang masuk lambat. Kalau tak mahu mereka kena berdiri di luar kelas atau kena marah dengan lecturer.
“berani betul kau melawan dengan dia”
Farah menepuk bahu Dayana. Sebenarnya dia masih dalam dilema apabila melihat kawannya, Dayana tiba-tiba menaikan suara pada seorang lelaki yang tidak dikenalinya
“aku pun tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu tapi seriesly aku sendiri pun tak percaya tadi tu aku weii”
Dayana mula ketawa kecil dan tawanya terhenti apabila lecturer memasuki bilik kuliah. Farah dan Dayana mula membetulkan kedudukan mereka dan bersedia untuk menimba ilmu
°°°
Izwan Irsyad mengetap gigi apabila dua orang perempuan berlalu pergi meninggalkannya tanpa perasaan bersalah.
“kau tunggu! Aku akan balas dendam balik!”
Sememangnya sikap pendirian Izwan Irsyad memang pendendam, panas baran, dan sukar untuk senyum apatah lagi ketawa. Ketawa yang mula menghilang sejak ibu bapanya meninggal ketika kemalangan. Kini dia hanya tinggal dengan abangnya. Abangnya menerajui segala perniagaan arwah abahnya dan menjadi segalanya baginya. Akan tetapi, Abangnya selalu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuknya. Walaupun begitu, dia memahami abangnya
“aku akan pastikan korang akan terima balasan”
Izwan Irsyad memang mudah melenting dan marah. Sikapnya yang mudah melenting dan panas baran membuatkan semua orang takut berkawan dengannya. Ada yang cuba berkawan dengannya tapi semuanya tidak tahan dengan sikap Izwan Iryad. Walaupun sikapnya begitu, dia selalu terkenal dengan pelajar cemerlang di UPM dan seorang yang aktif dalam semua bidang yang diambilnya. Dia juga amat dikenali dalam kalangan perempuan. Tapi dia langsung tidak ambil perduli
••••
Setelah tamatnya waktu kuliah, Dayana dan Farah berborak rancak dan berjalan beriringan. Mereka ni selalu je ketawa. Apa yang lawak pun tak tahu. Tapi yang pasti kalau diorang ni bersama, mahu tak bergegar satu U ni dengan ketawa diorang tapi jika mereka berpisah dan terpaksa berjauhan. Mereka akan jadi pendiam. Sebagai contohnya bila lecturer membahagikan kumpulan secara rawak membuatkan Dayana dan Farah terpaksa berada di kumpulan lain-lain. Mereka akan jadi seorang yang baik, dengar kata, tak nakal, pendiam, tak banyak cakap dan sebagainya. Tapi mereka berdua, bagaikan dunia ni milik mereka berdua
Izwan Irsyad membawa air minuman melanggar Dayana dengan sengaja dan membasahi baju Dayana
“ops! Aku tersengaja tumpahkan air tu pada kau”
Izwan memang nak cari pasal dengan Dayana. Tapi Dayana ni pelik sikit. Dia boleh jadi dua watak. Kejap jadi penakut dan berani tak bertempat. Tapi kali ni disebabkan bajunya basah melecun membuatkan dia merasa malu bila semua orang melihatnya
Farah yang berada di tepi Dayana turut terkejut dan dengan selamba dia melindungi Dayana daripada dipandang oleh mata-mata yang tidak diundang untuk melihat situasi ni
“weii! Kau dah kenapa hah!”
Kemarahan Farah tersembur. Pasti dia tak sedar ni yang dia sedang marah seorang lelaki. Seorang lelaki! Cipta rekod ni! Biasanya Farah ni pemalu lebih-lebih lagi dengan orang lelaki. Kalau Dayana, biasa je tapi lelaki yang dia rapat dan kenal jelah.
Izwan membuat muka selamba dan meninggalkan Farah dan Dayana dengan tersenyum puas. Dia puas kenakan perempuan yang kurang ajar pada dia
Izwan terfikir sesuatu dan memusingkan badannya pada kedua perempuan yang dibencinya.
“disebabkan kau dah rosakkan telefon aku! Aku nak perempuan kurang ajar tu ganti balik henfon aku”
Izwan menundingkan jarinya pada Dayana dan matanya melihat pada Farah. Dia terus melangkah pergi meninggalkan kedua manusia itu
“dah la Farah. Aku nak balik tukar baju. Kita tak ada kelas kan lepas ni?”
Dayana memandang Farah dengan tenang. Farah tahu sangat dengan kawan dia ni. Farah tahu Dayana ni susah nak keluarkan air mata dia depan khalayak ramai. Cuba kalau Dayana duduk sorang-sorang, tengok cerita doraemon pun boleh menangis. Farah tahu sebab dia selalu melihat Dayana menangis tiba-tiba dalam bilik
“tu la. Nasib baik tak ada class lepas ni. Huh! Kalau aku jumpa lagi mamat tu! Aku lumat diaaa!”
Farah merengus geram membuatkan Dayana tergelak kecil. Tengok?! Tak ada benda lawak pun boleh gelak
“yelahh! Kau ni memang banyak cakap! Cakap je besar! Nak lumat orang konon. Cepat hantar aku balik rumah!”
Dayana mencebik dan ketawa apabila melihat bibir Farah mengukirkan senyuman
“yelah tuan puteri kekwat, patik akan bawa tuan puteri pulang ke istana yee”
Farah mengusik Dayana membuatkan mereka berdua ketawa senang. Tanpa menghiraukan orang masih lagi memandang ke arah mereka
Ada orang tengah berbisik sesuatu tentang mereka tapi mereka langsung tidak mahu ambil tahu kerana mulut orang tak boleh tutup
Izwan Irsyad pula, dia memerhati dua perempuan yang bergelak ketawa dari jauh. Hatinya semakin membara. Rancangan dia nak mengenakan perempuan itu hanya sia-sia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Milik Kita- Far Day Moments💕
RomanceDayana dan Farah sememangnya kawan yang sangat rapat. Mereka adalah anak yang dikutip dari rumah anak yatim piatu oleh Datin Faridah dan Datuk Rozlan. Sebenarnya Dayana dan Farah asal dari keluarga lain-lain tetapi sangat rapat sejak hari pertama be...