PART 2: Takdir Kita

245 7 7
                                    

Sungguh bosan sesi orientasi waktu pagi ini, lebih-lebih P'bank yang masih duduk bersebelahan denganku. Ada sahaja benda yang ingin dicakapnya, aku hanya melayannya dengan tiada perasaan. Kadang-kadang terasa jer tangan tumbuk mukanya yang flawless dan comel tu supaya diam. Tapi ku tahan sahaja niat tersebut untuk mengelak pelbagai masalah akan datang

Sesi pagi pun telah berakhir, dan aku terus pergi ke kafeteria bagi mengisi perut yang sedang lapar. Disana saya terlihat P'Aim sedang duduk bersama rakan-rakannya yang lain. Antara rakan-rakannya yang aku kenal adalah di kalangan kumpulan anjing, salah satunya, Atrit. Tapi aku hanya buat tidak nampak akan dia, terus pergi membeli makanan dan makan dalam bilik.

sesi petang pun bermula dengan cuaca yang amat panas. nasib baik dewan utama ni mempunyai aircond, rasa sejuk sedikit melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dari senior. ketika lagi duduk kebosanan, P'atrit telah memarahi seseorang, lalu telah menarik perhatian saya. orang tersebut adalah farel, dia sekali lagi dengan kehebatan debatnya melawan balik kata-kata P'atrit yang telah melampau. perbalahan mulut mereka berdua membuatkan dewan sunyi dan hanya suara-suara mereka bergema. walau hebat manapun farel dalam berkata-kata, dia sebenarnya orang yang sensitif dan cepat beremosi. daripada pergaduhan itu, farel terus meninggalkan dewan. ingin sahaja saya pergi membantu kawan saya itu kerana mesti dia akan menangis atas semua yang telah terjadi. tetapi, ketika saya ingin berdiri. Bank yang berada disisiku menyentap tanganku dan suruh aku terus duduk sebab ketika itu ada seorang lelaki telah cepat-cepat pergi mengejar farel. Aku rasa marah dengan bank, dia siapa? nak tahan aku untuk berada disisi kawan rapat saya ketika dia lagi sedih.

"awak dah kenapa? apa masalah awak ni? huh?" Soalku dengan geram.

"eh sorry P'rrak. sebaiknya kita tidak perlu masuk campur".

"You know what, he is my friends. you don't have right to stop me, stupid"

"sorry saya tidak tahu akan itu, maafkan saya sekali lagi" jawab dengan rasa bersalah.

Aku berpaling muka ke arah lain, rasa benci terhadapnya membuak-buak. sudahlah sepanjang hari sebelum ni, mulut dia tak pernah senyap. tetapi ada benda penting yang membuatkan saya berfikir. siapa lelaki itu? dah lah tinggi, ada paras rupa dan putih. adakah dia suami farel? hebat juga pondan ini ar. dah sampai tempat baru, suami pun baru juga rupanya. kadang-kadang terasa lonely pula apabila rakan karib kita dah berpunya tapi kita masih single.

setelah tamatnya sesi fotografi bersama senior, maka tamatlah program ini. " tahniah anda semua telah berjaya menghabiskan program ini dengan cemerlang. maafkan saya sekiranya saya telah berkasar dengan anda semua, segala masalah itu adalah dari diri saya. oleh itu, tahniah kerana berjaya memasuki ke universiti ini" kata P'atrit dengan riangnya. Aku berteriakan kegembiraan, kerana tiada lagi program bodoh seperti ini. tiba-tiba anak mataku terlihat bank disisi. rasa benci datang balik membuatkan saya ingin pergi jauh dari dia.  Aku terus bergegas ke kolej kediaman bagi mengelak berjumpa dengan bank.


XXX





hari-hari dalam kelas berjalan seperti biasa, tapi aku sentiasa bersendirian. melakukan kerja seorang diri lebih selesa berbanding bekerja dalam berkumpulan. Iya, saya adalah seorang introvert, dan lebih suka bersendirian, senyap dan tidak hirau orang sekeliling. kadang-kadang terasa lucu melihat gelagat sekumpulan kawan sekelas dengan saya. orang sekililing memangil mereka Diva. bagi saya mereka hanya golongan maknyah yang lemah lembut tapi Diva. mereka menari lagu beyonce dengan cara mereka tersendiri. tetapi yang paling saya lucu akan kumpulan ini adalah, P'golf. dia seorang yang mempunyai badan yang besar tapi sangat hebat menari, gayanya yang melebih-lebih mengoda lelaki dari fakulti lain membuatkan aku tergelak.

beberapa minggu berlalu begitu sahaja tanpa rutin yang menyeronokkan.aku masih lagi mengelak daripada Aim, kerana aku belum lagi bersedia untuk berdepan dengannya.

Tok-Tok-Tok

Pintu bilikku diketuk kuat bagai nak pecah.

"Hoi, Bitch. Awak ada kat dalam kah?"

Mendengar sahaja suaranya yang nyaring itu saya tahu yang orang itu adalah farel. Pondan yang gedik teramat.

"Huh, awak kenapa tiba-tiba datang Bilik saya ni"

"Kenapa ada costumer kau kat dalam?! Dasar bitch murahan"

"Eh melebih-lebih pula pondan hodoh ni. Kenapa?!"

"Tiada, sahaja nak bergossip dengan Awak. Uis, kau nak tahu, ada classmate saya hensem gila."

"Untunglah ada classmate hensem. Siapa nama dia?"

"Nama dia bank my baby"

"Uina ada my baby lagi"

"Mestilahbah, aku kan hot"

"Uwekkk, mau muntah aku. Bank apa dia tu? Bank rakyat, bank muamalat atau bank islam? Hahahahahahhahh" ketawaku dengan girang mengejek farel.

"Ish."

"Mana juga gambar dia tu cuba tengok sikit, mana tahu taste kau hodoh. Nanti rupa macam najib"

Farel menunjukkan aku gambar bank yang dimaksudkannya itu.

"Inilah dia, hensemkan. Kadang-kadang datang bilik."

"Eish. Dia pula. Benci aku sama dia ni. Bising betul. Sudahlah annoying. Secocoklah kamu dua"

"Macam mana kau boleh kenal dia ni. Ee, semualah pun kau mahu rampas."

"Oh please, dia duduk sebelah saya time orientasi . Balik-balik bawa saya bercakap, sudahlah saya ni tiada mood mau layan geng-geng anjing di depan. Dia pula bawa saya bercakap."

"Oohh. Whatever, jangan jak kau jatuh cinta sama dia."

"Whatever lah farel.

Farel terus menceritakan jejaka yang hensem yang berada dalam kelasnya. Ada sesetengah yang hensem dan ada yang tidak. waktu berjalan dengan cepat dan tidak sedar hari sudahpun lewat malam. farel telah pulang kebiliknya, dan aku lagi tidak dapat tidur.

Dua Hati (boyXboy)Where stories live. Discover now