"Assalamualaikum.... Imam.?"
"Assalamualaikum...." Hazwani terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Mustafa berjalan ke belakang rumah. Mungkin Imam Rasyid tengah berkebun fikirnya. Pintu belakang terbuka besar. Dapat dilihat kesan tapak kaki yang berselut memenuhi ruang dapur Imam Rasyid. Mustafa tidak sedap hati. Dia memberanikan diri untuk menjenguk.
"Assalamualaikum,Imam."
"Imam?"
"To..tolong...aku kat bawah ni...."
Mustafa mencari arah suara. Matanya tertacap pada tangan yang keluar dari bawah peti ais.
"Ya Allah,Imam!"Mustafa terkejut sakan. Imam Rasyid tertiarap dibawah peti ais. Dengan sepenuh tenaga Mustafa mengalihkan peti ais. Imam Rasyid tertiarap di lantai di pusingnya supaya terlentang. Wajah Imam Rasyid yang penuh luka dan lebam mengejutkan Mustafa.
"Apa yang sebenarnya terjadi ni,Imam? Awat sampai kena timpa peti ais ni?"
Mustafa mencapai kain tuala yang tersangkut di pintu tandas. Tuala itu di basahkannya sedikit. Perlahan-lahan Mustafa mengelap wajah Imam Rasyid.
"Aku yang salah,Mus. Aku terlepaskan benda yang tak sepatutnya." Tercungap-cungap Imam Rasyid mengambil nafas.
Pergerakan tangan Mustafa terhenti."Ya Allah,bang. Kenapa ni? Ada orang rompak Imam ka?"
Maziah,Hazwani dan Saifiyah berdiri di muka pintu.
"Mus...kau bawak budak tu jauh-jauh Mus. Bahaya kat sini."
Ujar Imam Rasyid sebaik sahaja terpandangkan kelibat Saifiyah. Saifiyah terkejut.
"Tapi kenapa,Imam?" Soal Saifiyah.
"Aku dapat panggilan dari Din pagi tadi. Katanya Pak Bustari dah nazak. Aku baru saja nak kunci pintu belakang tengok-tengok Pak Bustari terpacak tunggu aku kat luar. Aku dah agak yang tu bukan dia. Mata dia lain. Rupanya tu hantu yang dia bela. Benda tu mai nak serang aku. Dia tak mau aku pi jumpa Pak Bustari. Dia mengamok habeh barang dia baling. Sampai peti ais pun dia baling kat aku."
"Ooo...patutlah saya jumpa Imam bawah peti ais." Kata Mustafa.
"Benda tu tak bagi aku pisahkan dia dengan Pak Bustari. Kalau Pak Bustari mati sebelum dia sempat jumpak hang,Peah. Benda tu jadi lemah. Tu yang dia mai serang aku. Baik hang bawak Peah pi jauh-jauh Mus. Susah kalau dia dapat Peah ni. Benda tu susah nak buang kalau dia jumpa badan baru."
Mustafa mengangguk sahaja. Imam Rasyid sudah boleh bangun dan berjalan. Tiga jam dia di bawah peti ais. Nafasnya dirasakan semakin pendek. Tapi bantuan Allah itu tak terduga. Imam Rasyid bersyukur Allah masih panjangkan umurnya.
"Hang bawak Peah ni pi jauh-jauh. Aku nak pi rumah Din. Nak tengok jadi apa dah kat Pak Bustari. " kata Imam Rasyid.
♾♾♾♾♾♾♾♾
"Aaarrrrgggghhhh...... tak guna!! Kau cari pasal dengan aku Ardiman!"
Jerit Bustari tiba-tiba. Wajah Ardiman di pandang tajam. Matanya terjegil seperti ingin terkeluar dari soket mata. Ardiman hanya memandang tanpa perasaan.
"Kau cabar aku?!" Jerkahnya lagi.
Ardiman menghela nafas panjang.
"Masa kau dah tamat Mersik.!" Balas Ardiman.
Mersik menjerit marah. Tubuh Bustari menggeletik di lantai.
"Assalamualaikum!"
"Alhamdulillah...datang jugak Imam. Lama saya tunggu." Ardiman bangun menuju ke pintu. Bustari memalingkah mukanya ke dinding.
YOU ARE READING
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...