Zarina terbaring lemah didalam biliknya. Tubuhnya sakit. Semalam dia di rasuk lagi. Semenjak dia dirasuk di sekolah minggu lepas dia telah diberi cuti oleh pengetua sekolah. Zarina sedih. Peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir. Zarina takut tempatnya diambil orang. Selama tiga tahun dia memegang nombor satu dalam kelas. Dia tidak mahu gagal. Gagal bukan dalam kamus hidupnya.
Zarina melangkah turun dari katil perlahan-lahan. Dia menuju ke tandas. Pintu biliknya telah dikunci oleh abangnya. Ketika dirasuk malam tadi Zarina memecahkan tingkap ruang tamu. Kerana itu dia dikunci.
******
"Dia ada di atas,ustaz. Naiklah. Saya tunjukkan biliknya." Zaid bersama Ustaz Mazwan melangkah ke tangga."Mari naik sekali." Ajak ustaz Mazwan kepada tiga pemuda di belakangnya.
******
"Assalamualaikum,Zarina." Ustaz Mazwan mengetuk pintu. Sepi.Zarina masih lagi membasuh muka di sinki. Selesai mencuci muka dia melangkah keluar. Cermin di almari dipandang sekilas. Langkahnya terhenti. Dia menoleh sekali lagi ke arah cermin.
Seorang nenek tua bertongkat kepala harimau sedang tersenyum padanya. Semakin lama senyumannya semakin lebar hingga ke telinga. Zarina terdorong ke belakang akibat terlalu terkejut.
"Assalamualaikum,Zarina. Ni ustaz ni." Sekali lagi pintu di ketuk. Zarina tergagap-gagap.
"To..tolonggg!!!" Jerit Zarina sekuat hati apabila dia terlihat satu tangan berbulu seperti harimau keluar dari mulut nenek tua didalam cermin.
Bunyi pintu sedang cuba di buka dari luar. Zarina mengesot ke belakang.
"Ustaz. Pintu ni tak boleh dibuka. Tapi ini memang kuncinya,ustaz." Zaid semakin risau. Suara jeritan adiknya semakin menjadi-jadi dari dalam bilik.
"Ke tepi. Biar saya buka". Helmi menawarkan diri.
Mulut nenek tua semakin terkoyak besar. Dua tangan kelihatan cuba keluar darinya. Zarina terketar-ketar di penjuru bilik. Senaskah surah Yasin dipeluk erat didada.
"Auzubillahissami ul alimi minassyaitonirrajimmmm!!" Dengan sekali tendangan pintu terbuka luas.
"Abanggg!!" Zarina menjerit di penjuru bilik. Tangannya menunjuk kearah cermin. Semua mata memandang kecermin serentak mengundur ke belakang. Seekor harimau sedang merangkak keluar dari mulut seorang nenek tua menderam marah. Dia terlambat. Ustaz Mazwan dan kumpulan dari Darul Syifa terlebih dahulu masuk. Si Harimau mengaum marah.
Helmi,Redho dan Zuhail mula membaca sesuatu. Ustaz Mazwan membuka ikatan serbannya. Serban di libas kuat sambil kakinya melangkah mendekati Zarina. Dia membaca sesuatu lalu dihembusnya pada genggaman tangannya lalu di sapu pada kepala Zarina.
Almari cermin bergegar kuat seperti ada sesuatu yang melompat didalamnya.
"Zaid, ambil adik awak." Arah Ustaz Mazwan. Zaid mengangguk. Zarina seperti dalam dunianya sendiri saat dia terlihat harimau itu. Matanya tidak lari walau seinci pun dari memandang cermin.
Ustaz Mazwan yang perasan akan hal itu segera bertindak. Mata Zarina di tutupnya menggunakan serban.Zarina terkulai ke lantai. Tubuhnya di dukung Zaid.
"Prang!!!!"
Cermin almari dengan sendirinya sebaik sahaja kaki Zaid melangkah keluar dari bilik tidur adiknya.
Ustaz Mazwan bersama kumpulan pemuda Darul Syifa' segera mengunci pintu. Tangan Redho melukis sesuatu di pintu.
"Maafkan,saya. Saya terpaksa kandang makhluk ini dalam bilik ini buat sementara waktu. Bawak adik awak ke pusat kami. Nanti saya call Ustaz Faiq untuk selesaikan yang dalam bilik ni."
Zaid mengangguk. Ibu dan ayahnya di hubungi bagi memberitahu apa yang terjadi.
Bunyi ngauman harimau bergema di tingkat atas. Bunyi pintu di tendang berselang seli.
"Ustaz,pintu tu tahan ka kena tendang banyak kali?" Soal Zaid.
Redho dan Zuhail tersenyum.
"Kalau dia kuat sangat roboh la..." Jawab ustaz Mazwan. Zaid telan air liur. Zarina yang masih ditutup serban di pandang sekilas.
♾♾♾♾♾♾♾♾
Saifiyah berlari sekuat hatinya. Dia takut untuk menoleh ke belakang. Laluan di hadapannya di rempuh sesuka hati.
"Ssss.....sssss...." Bunyi mendesis semakin dekat.
Perutnya terasa perit kerana terlalu lama berlari. Tangannya menepis pokok-pokok di hadapannya.
"Gedebushh!!!" Tubuhnya terhumban ke dalam sungai. Saifiyah tercungap-cungap. Dia berpusing ke belakang. Ular hitam itu sedang memerhatinya di tepi tebing. Dengan kudrat yang bersisa Saifiyah cuba berenang ke seberang. Seorang lelaki tua berkopiah putih sedang menghulurkan tangan ke arahnya.
"Capai tanganku. Cepat!" Jerit lelaki itu.
Baru sahaja ingin menghulurkan tangan tubuhnya tenggelam bagai di tarik ke dalam sungai. Ular hitam sedang membelit kakinya.Berhempas pulas dia melepaskan diri. Akhirnya pergerakannya kian lemah.
Saifiyah terlihat satu cahaya terang menuju ke arahnya sebelum tubuhnya timbul di permukaan. Ular hitam hilang entah kemana.
"Anak tidak apa-apa?" Soal lelaki tua itu.
"Uhuk!uhuk! Cek ok...saya ok..."balas Saifiyah sambil terbatuk-batuk.
♾♾♾♾♾♾♾♾♾
"Nama aku Ragas. Aku mahu mencari keturunan Razali!!!" Jerit Zarina. Tubuhnya kini dirasuk Ragas. Sebaik sahaja serban di buka dari kepalanya terus sahaja Zarina menerkam Zaid. Muka Zaid di cakarnya.
Semua yang ada di pusat perubatan Darul Syifa terkejut.
"Hang cari keturunan Razali nak buat apa? Dia manusia!!" Tengking Ustaz Faiq.
"Aku mahu menjadi hambanya. Dia kuat!" Jerit Ragas.
Ustaz Faiq ketawa kecil.
"Keturunan tak semestinya semuanya kuat." Jawab Ustaz Faiz tenang. Berkerut kening Ragas. Tangannya mencakar-cakar lantai.
"Jika keturunanya tidak kuat habis bagaimana dia boleh sedar kehadiran aku?? Dia kuat. Aku mahu menjadi hambanya."
Ustaz Mazwan terkejut.
Siapa yang dia maksudkan sebenarnya.?
"Kau cari siapa sebenaqnya?" Soal Ustaz Mazwan.
"Saifiyah binti Masruddin bin Ardiman bin Bustaman bin Razali!!!"
Ustaz Mazwan terkejut besar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pewaris
ParanormaleSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...