Andika memerhati tubuh tua yang sedang ligat menyerang ayahnya. Semua sepakan dan tujahannya sangat pantas. Andika memerhati setiap pergerakannya. Dia harus merancang sesuatu.
"Bismillahirrahmanirrahim!" Andika menggenggam pasir lalu di hembus ke hadapannya. Angin yang bertiup membuatkan debu pasir terbang lalu hinggap ke tubuh Ragas.
Pergerakannya terhenti. Dia pantas menoleh ke belakangnya. Andika tersenyum sinis.
"Dika.!" Bustaman memberi isyarat menggunakan mata. Andika faham. Dia tunduk menggenggam pasir.
Tuai darah yang manis muda..
Tuai di dalam tempurung kelabu..
Manis kuhulur padamu..
Datang padaku manis duwo..
Duwo... tangan ku hulur memberi manis!Ragas melompat menerkam Andika sesudah membaca mentera penyerunya. Matanya bertukar merah menyala. Tubuhnya mengeletar. Dia menerkam pantas tubuh Andika. Tubuh itu di humbannya ke belakang. Bustaman terbeliak. Tidak menyangka Ragas akan kuat sebegitu.
Bustaman berpusing ke belakang apabila terasa ada angin sejuk menyapa tubuhnya. Tok Mahmod,Tok Arif dan Daeng Rijal muncul membantu. Bustaman tersenyum kelegaan.
"Aku fikir kalian tidak mendengar panggilanku." Kata Bustaman. Tok Mahmod tersenyum. Bahu sahabatnya di usap lembut.
"Kita mesti datang. Kita sudah berjanji kita akan membantumu." Tok Mahmod memandang tajam ke arah Ragas.
Andika menyerang bila berpeluang tapi selebihnya dia banyak mengelak. Baginya kekuatan Ragas ketika ini bukanlah kekuatan manusia biasa. Ragas telah menggunakan khadamnya. Matanya bertukar merah dan kukunya juga bertukar hitam.
Andika terpelanting ke bawah rumah akibat tendangan kuat Ragas. Melur terjerit kecil melihat tubuh kurus anaknya terpelanting. Ardiman memeluk erat tubuh ibunya.
Andika terbatuk-batuk. Dadanya terasa sakit. Perlahan-lahan dia merangkak keluar dari bawah rumah. Kepalanya di geleng pantas bagi menghilangkan pening. Dia mencari kelibat ayahnya. Terkejut Andika melihat ayahnya sedang menyerang Ragas bersama tiga yang lain. Matanya di kecilkan bagi menjelaskan lagi penglihatannya. Akhirnya dia tersenyum kelegaan. Doanya termakbul.
"Tardmizi. Ini janjiku.!" Suaranya bergetar saat mengungkap kata-kata itu. Bayangan sahabat karibnya bermain di mata. Linangan air mata adiknya Puteri Malina juga turut menyerbu sama. Andika menarik nafas dalam-dalam.
Keris Saka yang tersisip di pinggang di cabut dari sarungnya. Bilah keris berkilat hebat apabila terkena pancaran cahaya bulan. Keris Saka sepertinya sudah tidak sabar untuk bertarung.
"Bismillahirrahmaa nirrahim..!" Ayatul Kursi meniti di bibir Andika. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah medan pertarungan. Tok Mahmod yang perasan kehadirannya segera mencari kelemahan Ragas. Tajam matanya memerhati setiap inci tubuh Ragas.
Bustaman mengundur ke sebelah Tok Mahmod.
"Mahmod."panggil Bustaman. Nafasnya tercungap-cungap. Tok Mahmod menoleh. Bustaman mengarahkan matanya ke arah kaki Ragas. Tok Mahmod faham.
"Kaff.. haa.. yaa.. a'in.. sod..!" Tok Mahmod melompat lalu menendang ke arah Ragas.
DUSH!!!
Tubuh tua itu terpelanting ke arah longgokan buah kelapa yang di susun Bustaman di hadapan rumahnya.
"Dika!" Daeng Rijal menepuk belakang Andika. Andika merasakan sakit badannya hilang serta merta. Dia sudah tidak berjalan terhencot-hencot lagi. Keris Saka bergetar hebat di genggamannya. Andika berpaling ke belakang. Daeng Rijal tersenyum.
"Terima kasih, Daeng." Kata Andika.
"Untuk Tardmizi. Pergi cepat!" Andika semakin bersemangat. Langkah kakinya di percepatkan. Andika berlari lalu mengengkat tinggi Keris Saka di tangannya. Kedua-dua tangannya menggenggam kemas Keris Saka.
ZUPP!
"Arghh!!!" Ragas meraung kesakitan. Di tapak kakinya sudah terbenam Keris Saka.
"Itu untuk Tardmizi! Dan ini.. untuk air mata adik aku!" Andika menrentap kasar Keris Saka.
"Arghh....harghhh...ss ssakit...arghh!" Ragas berguling-guling. Tubuhnya mengeletar hebat. Cincin di jarinya mengeluarkan asap putih. Andika mengangkat kerisnya ke hadapan. Kesemua asap yang keluar dari cincin di serap oleh Keris Saka.
"Tidak!!!" Ragas tergapai-gapai cuba menepis asap yang sedang di sedut oleh Keris Saka.
"Kesemua khadam kau aku hapuskan! ". Andika tersenyum sinis. Setelah menyerap semua asap itu Keris Saka di simpan ke dalam sarungnya semula.
Ragas semakin lemah. Terbaring di atas longgokan kelapa hanya mampu menggerakkan mata dan mulutnya sahaja. Ragas kelihatan sungguh menyedihkan.
"Tak guna kau!! Aku akan pastikan keturunan kau takkan hidup senang!" Ragas bersuara dalam kepayahan. Dia terbatuk-batuk.
Daeng Rijal,Tok Mahmod dan Tok Arif menghampiri. Bustaman yang di paut oleh Tok Mahmod tersenyum lega.
"Sekarang bagaimana,Tok?" Soal Andika.
"Biar kami yang bawanya. Kalian berehatlah. Malam yang memenatkan sudah berakhir."kata Tok Arif.
Ragas sudah tidak sedarkan diri lagi. Dia sudah pun kehilangan semuanya. Segala yang di tuntutnya hilang begitu sahaja akibat sifat tamaknya. Kerana begitu ingin memiliki Keris Saka,Ragas sanggup mengintip pergerakan Andika dan Bustaman selama bertahun. Dan akhirnya apabila dia mendapat tahu keris itu ada di dunia manusia dia segera menyerang keduanya. Tapi ini yang dia dapat. Kalah yang terus membunuhnya. Nafasnya semakin lemah.
"Kemana kalian akan membawanya?" Soal Bustaman.
"Kita akan hantar dia ke rumahnya sendiri." Tok Arif menjawab. Tok Mahmod dan Daeng Rijal mengangguk setuju.
"Kenapa kita tak tamatkan sahaja nyawanya ? Manusia macam dia tak layak hidup!" Marah Andika.
Daeng Rijal memeluk bahu Andika. Dia faham perasaan anak muda itu. Andika mengalirkan air mata. Namun pantas di seka sebelum sempat jatuh ke pipi.
"Nyawa itu hak Allah,Dika. Jangan terlalu mengikut kata hati. Jauhkan diri dari sifat marah,Dika. Ingatlah Allah sayang pada hamba yang bersabar." Pujuk Daeng Rijal.
"Mari."Tok Arif melangkah ke arah Ragas. Nadi Ragas di periksanya.
"Dia masih hidup. Cuma terlalu lemah. Mari cepat. Matahari akan terbit tak lama lagi.!" Kata Tok Arif.
Daeng Rijal mencempung tubuh Ragas di bahunya. Tok Arif mencabut kesemua cincin di jari Ragas. Cincin itu kemudiannya di ramas satu persatu lalu menjadi pasir. Kini kesemuanya kembali seperti sediakala. Lalu ketiga -tiga mereka melangkah pergi. Semakin lama semakin menipis lalu menghilang dalam gelap.
YOU ARE READING
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...