Saifiyah mengoyakkan daun kering di tangannya. Hazwani pula duduk mencangkung sambil melukis di tanah. Pak longnya masih belum muncul untuk menjemput keduanya.
"Hisshhh!" Hazwani mencampakkan ranting di tangannya.
"Sabaq la... kot ada apa-apa kat rumah ka...bukan saja-saja nak lambat..." pujuk Saifiyah. Hazwani mengeluh lagi. Dia melabuhkan punggung di sebelah Saifiyah.
"Peah. Hang rasa-rasa kita nampak apa time kat Darul Syiffa hari tu?" Soal Hazwani tiba-tiba. Saifiyah memandang Hazwani sekilas kemudian melangut ke atas. Bahunya di jungkitkan tanda tidak tahu.
"Takkan hak Nyang kot..Ustaz kata Darul Syiffa berpagaq. Sebab tu dia cuma sampai tang pokok tu ja." Kata Hazwani lagi.
"Hemmm....aku pun tak tau nak kata la,Wani. Otak aku macam nak percaya tak percaya ja benda tu. Rasa macam tengok tv pun ada." Balas Saifiyah. Keningnya berkerut-kerut.
"Peah. Hang tak takut ka?" Soal Hazwani.
"Takut apa?"Saifiyah pelik.
"Tu hak Nyang Su punya mai cari hang." Kata Hazwani.
"Aku percaya Allah tu ada untuk bantu aku. Kalau dia nak mai memang dari hari kita keluaq dari Darul Syiffa tu dia dah mai kacau. Tapi tengok? Tak dak kan... " kata Saifiyah. Bibir Hazwani terjuih-juih mengiakan kata-kata sepupunya.
"Ha.!! Rehat tadi Ustaz panggil hang pasaipa?" Hazwani menepuk tangannya tiba-tiba.
"Tak dak apa aih... saja nak ngorat aku."kata Saifiyah. Hazwani menjelir lidah.
"Eee.....kuruih rengkeng ada hati nak Ustaz Mazwan ngorat dia. Bwek!" Hazwani menjelir. Saifiyah ketawa geli hati.
"Ustaz tanya apa, Peah? Bagi tau la..." desak Hazwani lagi.
Saifiyah menarik nafas panjang.
"Tak dak apa pun..cuma ustaz nak tau pasal Zaza ja...pasaipa dia boleh kena rasuk tiba-tiba dalam kelas hari tu... tu ja pun..."
"Aik...tu ja?" Hazwani tidak percaya.
"Ya la...tu ja.."
"Punya la banyak budak lain tapi dia pi tanya kat hang." Kata Hazwani sedikit tidak puas hati. Cemburu.
"Dah aku dok sebelah dia.... hang kan dok depan..mana nampak jadi apa.. " balas Saifiyah. Hazwani ternganga. Selang beberapa saat kemudian dia mengangguk.
"Betoi jugak no."
♾♾♾♾♾♾♾♾
Maisarah termenung sendirian. Rasanya sudah cukup lama dia berada didalam ladang sawit ini. Tapi perutnya sentiasa kenyang. Maisarah hairan. Pondok peninggalan pekerja sawit di huninya buat sementara.
"Mak abah tak cari aku ka? Abang tak pi kerja ka? " Maisarah bercakap seorang diri. Sedih apabila teringatkan keluarganya. Maisarah cuba mencari jalan keluar dari ladang sawit ini. Tapi semuanya kelihatan sama. Kadang-kadang dia mendengar seperti suara pekerja ladang. Tapi bila dia bergegas ke arah suara itu semuanya hilang. Dan akhirnya Maisarah menjumpai pondok ini. Tempat berteduhnya.
Maisarah memandang dirinya. Kakinya yang penuh kesan luka dan calar. Duri-duri halus penuh di tapak kakinya. Tapak tangannya di renung. Duri-duri halus juga menghiasi tapak tangannya. Ada yang sudah bernanah. Maisarah kehairanan. Bagaimana dia mendapat begitu banyak duri ini? Ke mana dia berjalan sebenarnya. Bajunya yang kotor dengan rambut yang tidak terurus. Maisarah merasakan dia seperti watak orang gila yang selalu di tontonnya di tv.
Air mata bergenang kembali.
"Mana semua orang ni...dah tak sayang aku ka...." Maisarah memeluk lututnya.
"Ssss......ssss.....sabar sayang...." suara itu muncul lagi. Maisarah kaku. Wajahnya menjadi bengis.
"Jangan kacau aku!!! " jeritnya tiba-tiba.
"Hahahahahahaha....hahahahahahha....." suara itu mengilai-ngilai di sekeliling pondok. Maisarah menutup telinganya. Sekuat hati dia melaung azan.
♾♾♾♾♾♾♾♾
Puteri Bayu terjaga dari tidurnya. Jari manisnya terasa berdenyut-denyut. Puteri Bayu memandang cincin hijau lumut di jari manisnya. Batu itu pudar dengan tiba-tiba. Jari manisnya terasa bagai di picit-picit. Seketika kemudian ianya berhenti dan kembali terang seperti sediakala.
Puteri Bayu kehairanan. Lama cincin itu diperhatikannya.
"Pasanganmu menanggalkannya,ya?" Puteri Bayu seolah-olah berbicara dengan cinci itu.
♾♾♾♾♾♾♾
"Nah ambik balik. Tak muat la.."kata Hazwani. Cincin itu dipulangkan kepada Saifiyah semula. Saifiyah menyarungkan cincin itu semula ke jari manisnya.
"Sapa bagi kat hang?" Soal Hazwani.
"Tok."sepatah di jawabnya. Hazwani terus mendiamkan dirinya. Mungkin sudah habis ideanya.
♾♾♾♾♾♾♾
Murad semakin bingung. Adiknya sudah sebulan hilang dari rumah. Seluruh kawasan ladang sudah di carinya bersama kawan-kawannya. Tapi dia tidak menemukan Maisarah. Ibu dan ayahnya pula asyik bergaduh. Ada saja yang tak kena di mata ibunya. Murad mengeluh. Hidupnya sudah tidak seperti dulu lagi.
Ustaz Hashim dan Imam Rasyid datang petang tadi. Esok mereka akan cuba mencari lagi. Kerana menurut Ustaz Hashim adiknya masih lagi berada di dalam ladang sawit itu. Cuma terlindung oleh sesuatu sahaja. Murad mengelap air matanya. Rindu pada Maisarah.
"Assalamualaikum.!" Sergah satu suara. Muarad terkejut. Dia menjenguk keluar rumah. Zakaria bersama Muiz tersengeh-sengeh.
"Oooh...hangpa...waalaikumsalam. Naik la." Pelawa Murad.
"Ad,hang tak mau kerja dah ka?" Soal Zakaria sebaik sahaja melabuhkan punggungnya ke lantai. Muiz pula duduk di muka pintu.
"Weh, mak abah hang mana? Sunyi ja?" Soal Muiz pula.
"Mak abah aku pi pekan.. aku nak kerja...tapi aku kena cari adik aku...adik aku hilang tak jumpa-jumpa lagi." Jawab Murad. Dia tunduk merenung kakinya sendiri.
Muiz dan Zakarian terdiam.
"Kalau di ikutkan ladang sawit belakang rumah hang ni bukan besaq mana pun. Pasaipa tak boleh jumpa?" Soal Zakaria dengan kening berkerut.
"Hemm...aku pun tak tau nak kata apa. Ustaz Hashim kata adik aku kena sorok hantu. Tu yang pi cari tak jumpa-jumpa tu." Murad menghala matanya ke arah ladang sawit di belakang rumahnya.
"Ad, jom kita cuba cari adik hang. Kot-kot jumpa." Cadang Muiz. Terbeliak Zakaria dan Murad. Lama Murad memandang wajah kawannya itu. Senyuman terukir di bibir.
"Jom!" Murad bangun dengan bersemangat. Zakaria masih lagi dengan wajah tidak percaya.
"Hang nak ikut dak?" Soal Muiz pada Zakaria. Kepala di garu walaupun tidak gatal. Akhirnya Zakaria mengangguk lemah. Mereka bertiga melangkah turun lalu menuju ke ladang sawit di belakang rumah.
"Bismillahirrahmanirrahim!" Setelah tiga minit terpacak di hadapan ladang barulah mereka bertiga melangkah masuk di mulakan dengan nama Allah.
YOU ARE READING
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...