Selesai membaca potongan ayat dari surah As Soffat itu Tok Mahmod menghembus ke dalam segelas air di tangannya. Ayat surah itu di baca sebanyak sepuluh kali lalu di niatkan sepenuh hati. Selebihnya mereka berserah pada Allah.
"Ini suapkan pada Saifiyah." Kata Tok Mahmod. Masruddin menyambut lalu perlahan-lahan air itu di sudukan ke bibir Saifiyah. Bergenang air matanya ketika menyuap anak perempuannya itu.
*******
Saifiyah merasakan sesuatu yang sejuk meresap ke dalam rengkungnya. Tubuhnya di luruskan. Matanya meliar ke sekeliling cuba mencari jikalau terdapat khadam Jugam di sekitarnya."Kenapa,Saifiyah? Ada apa-apakah?" Soal Puteri Bayu. Dia sedikit cemas melihat kelakuan Saifiyah itu.
Saifiyah menggeleng laju. Dia memandang jam di tangannya. Pukul tiga petang.
"Allah! Aku belum solat Zohor lagi.!" Saifiyah sedikit terjerit. Puteri Bayu juga terkejut. Begitu cepatnya masa berlalu. Sedangkan tadi suasana masih lagi gelap Subuh.
"Mari kita solat dahulu. Kita mohon pada Allah agar segala urusan di permudahkan." Kata Saifiyah. Puteri Bayu mengangguk.
*****
Jugam merengus kasar. Dengan tak semena-mena dia meludah ke tanah."Tak guna!!" Tiang rumah di tepuk kuat.
"Dasuri!!" Nama khadam kesayangannya di seru kuat.
"Woi,Dasuri.!!!" Jeritnya lagi. Kali ini lebih kuat.
"Tuan." Dasuri muncul sekelip mata di hadapan Tuannya. Kepalanya menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan Tuannya yang sedang naik angin itu.
"Kau pergi pantau apa yang dua ekor tu sedang buat. Panas badan aku ni.!" Kata Jugam sambil menanggalkan bajunya. Hidungnya kembang kempis menahan marah.
Dasuri mengangguk dan pantas melayang pergi.
*****
"Subhanallah !
Alhamdulillah!
Allahu Akhbar!Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahu Akhbar..."Saifiyah dan Puteri Bayu berzikir sepenuh hati di atas sejadah. Selesai solat zohor mereka berdua memulakan rancangan baharu.
Kali ni pasti berjaya.!
Saifiyah sudah bertekad. Kali ini dia akan berusaha sehabis mungkin. Badannya terasa ringan selepas dia mengalami rasa sejuk di rengkungnya. Dia tidak mengetahui apa itu tapi yang pasti dirinya menjadi berani selepas mengalami rasa sejuk itu. Tapak tangan Puteri Bayu tidak di lepaskan. Cincin di jari bagaikan mempunyai magnet yang kuat. Genggaman keduanya sukar untuk di pisahkan.
Puteri Bayu juga mempersiapkan dirinya. Dia harus cepat. Jika dia melengahkan waktu nyawa Saifiyah mungkin terancam. Masuk hari ini sudah tiga hari lima hari Saifiyah di dalam kurungan ini. Bermakna Saifiyah sudah tidak makan selama lima hari. Bagi Saifiyah mungkin dia merasakan baru sehari masa berlalu. Tapi Puteri Bayu lebih tahu perbezaan dua alam itu. Jadi dia harus cepat. Nyawa Saifiyah di tangannya.
BURMMM!!!!!
Dinding mula runtuh satu persatu. Puteri Bayu terpinga-pinga. Zikirnya terhenti. Saifiyah tersenyum sinis. Dia menoleh ke arah Puteri Bayu di sebelahnya. Alunan zikir di kuatkan lagi. Puteri Bayu sedikit tersentak lalu segera menyambung zikirnya kembali.
"Subhanallah!!
Alhamdulillah!!
Allahu Akhbar!!"Laung keduanya tanpa menghiraukan suasanan sekeliling yang semakin musnah. Dunia ciptaan Jugam mula roboh satu persatu.
"Diam!!" Tengking satu suara. Saifiyah dan Puteri Bayu terkejut lalu terdiam sebentar. Puteri Bayu meliarkan pandangan ke segenap ruang. Genggaman tangannya di goncang. Saifiyah menoleh sambil mengangkat kening. Puteri Bayu memuncungkan mulutnyake suatu arah.
YOU ARE READING
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...