"Apa perancanganmu Jugam?" Mangut muncul di belakang Jugam. Jugam yang sedang mengasap sabit hitam tidak terkejut pun dengan kemunculan itu. Mentera syirik di baca bagi menguatkan lagi sihir pada bilah sabit.
"Jugam.!" Jerkah Mangut. Dia hilang sabar dengan manusia di hadapannya ini. Kalau bukan kerana Ragas tidak ingin dia bertuankan Jugam. Jugam selalu bertindak bersendirian. Jugam bukanlah yang suka mendengar cadangan orang lain. Selama dia di bawah jagaan Jugam hanya beberapa kali sahaja dia di suruh melakukan kerja. Itupun jika keadaan sangat-sangat memerlukannya. Selebihnya di lakukan oleh Dasuri khadam Jugam sendiri. Mangut menderam marah.
"Nanti aku khabarkan setelah datangnya Dasuri." Jugam menjeling sekilas ke arah Mangut.
Mangut mendengus marah lalu menghilang.
♾♾♾♾♾♾♾
Saifiyah mengambil wudhu. Air yang mengalir terasa sungguh sejuk. Mengigil-gigil tubuhnya. Telekungnya di capai lalu menghampar sejadah. Saifiyah tergelak seorang diri apabila dia menemukan telekungnya. Betapa bodohnya Jugam kerana mengurung dirinya bersama telekung ini. Saifiyah mula menunaikan solat sunat. Dia solat berpandukan jam di tangannya sahaja. Jika jarum menunjuk ke pukul lima maka dia akan mengandaikan sudah masuk waktu Asar. Begitulah dia sepanjang hari ini. Saifiyah juga hairan apabila dia tidak merasa lapar.
Saifiyah solat dengan tenang tanpa mempedulikan keadaan di sekelilingnya yang mula runtuh satu persatu.
******
Jugam membuka bajunya. Tubuhnya terasa panas. Panas tapi tiada setitik peluh pun yang muncul dari permukaan kulitnya. Jugam menjerit marah.Mangut hanya memerhati sahaja gelagat Jugam. Dia bertindak untuk melihat sahaja. Jika keadaan memerlukan dirinya barulah dia akan bergerak. Jugam mencapai surat khabar di meja lalu mengipas-ngipas tubuhnya. Walaupun sudah berada dihadapan kipas dia tetap juga menggunakan surat khabar itu.
Mangut melemparkan senyuman sinis lalu menghilangkan diri.
Mangut muncul di hadapan pintu bilik Saifiyah. Gadis itu sedang khusyuk solat. Mangut memandang tajam ke arah Saifiyah. Wajah itu kelihatan tenang. Tidak seperti tahanan-tahanan yang pernah di kurung oleh Jugam sebelum ini. Ada yang seperti orang gila dan ada juga yang membunuh diri. Berlainan sekali dengan Saifiyah. Mangut dilanda rasa gerun. Entah kenapa dia sedikit kecut perut melihat wajah bersih itu.
Mangut mengundur dua tiga langkah lalu menghilang kembali.
Saifiyah sedar kehadiran Mangut hanya membiarkan sahaja. Malas mahu melayan syaitan itu. Kelak dirinya akan di sakiti juga jika melawan.
Saifiyah merenung sejadah yang menjadi tempat sujudnya. Hatinya tidak putus-putus berzikir memuji Allah. Bibirnya juga begitu. Setiap saat yang berlalu hanya selawat yang meniti bibirnya.
Saifiyah menegakkan belakangnya. Lenguh akibat duduk terlalu lama. Dengan telekung yang masih membaluti tubuhnya dia merangkak memanjat katil. Tubuhnya di rebahkan dengan kaki yang terjuntai ke bawah. Matanya di pejamkan tapi bibirnya masih lagi setia dengan kalimat suci memuji Ilahi.
♾♾♾♾♾♾♾
Puteri Bayu tersedar dari tidurnya apabila terasa ada angin lembut yang menyapa wajahnya. Mata yang kelat di gosok perlahan. Dia mula memandang ke kiri dan kanannya. Tapi ada sesuatu yang berat di betisnya membuatkan matanya jatuh ke arah itu.
"Allah!!" Puteri Bayu terjerit. Cepat-cepat dia menolak tubuh yang elok menyandar di betisnya itu dan melompat turun dari katil.
Tubuh yang berbalit telekung itu mula membuka mata. Terbeliak dia memerhati tempatnya sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...