Maisarah meronta-ronta sambil di pegang oleh abang dan ayahnya. Imam Rasyid sedang membacakan sesuatu dengan menggenggam kepala Maisarah.
"Sakitlah bodoh!!" Jerkah Maisarah.
"Siapa hang?pasaipa hang ganggu budak ini??" Soal Imam Rasyid.
"Aku tak ganggu pun. Dia yang biarkan aku menumpang dalam badannya. Dia biarkan aku hisap darah dia!" Kata Maisarah.
"Aku tak percaya!" Kata Imam Rasyid.
Maisarah meronta kuat. Pegangan Murad terlepas. Terpelanting Murad di sepaknya. Mansur terkejut. Maisarah mengalihkan mukanya ke arah Mansur. Wajah ayahnya di pandang tajam.
"Keluar kau dari tubuh anak aku ni!!!" Jerkah Mansur.
Maisarah ketawa mengekek. Sengaja mengejek Mansur.
"Kau bukan sayangkan anak kau sangat pun. Kau lebih sayangkan bini muda kau saja.!" Kata Maisarah.
Mansur tersentak. Lama matanya berhenti di wajah Maisarah. Hatinya berdebar-debar. Rahsianya sudah pecah.
"Abang?" Suara Zulaikha menyedarkannya.
"Betoi ka bang?" Bergetar suara Zulaikha. Bunga-bunga tangis mula kedengaran. Mansur kelu.
"Kalau kau nak tahu kau pergi saja cari didalam beg di bawah katil kau. Bukti laki kau berkahwin di siam semuanya ada di situ." Kata Maisarah.
Zulaikha segera bangun menuju ke bilik.
"Ika!" Mansur turut mengejarnya.
Kini hanya tinggal Imam Rasyid dan Murad sahaja yang masih lagi menahan Maisarah. Murad hanya mendiamkan dirinya. Bibirnya luka kerana tersembam di sepak Maisarah tadi. Lengan adiknya di pegang kuat.
"Kau,orang tua??! Bila kau nak mati,hah?" Jerkah Maisarah pada Imam Rasyid.
Tangan Imam Rasyid di tepis kasar. Sekali lagi Imam Rasyid memegang kepalanya.
"Heheheheheheheh.........hahahahahahaha.....kau takkan berjaya,orang tua! " kata Maisarah. Mulutnya ternganga luas. Ketawa sepuas hatinya.
Berpeluh-peluh Imam Rasyid meruqyah Maisarah namun hasilnya masih sama. Masih begitu juga. Akhirnya Imam Rasyid bangun. Serban di kepalanya di buka perlahan-lahan.
Mansur dan Zulaikha bergaduh di dalam bilik tidak di pedulikannya.
"Allahu akhbar!" Serban di libas ke belakang Maisarah.
Terdiam seketika Maisarah akibat libasan itu. Matanya mencerlung tajam ke arah Imam Rasyid.
"Keluar kau dari tubuh anak ini!" Kata Imam Rasyid keras.
Maisarah menderam marah. Kakinya menendang-nendang. Pegangan tangan Murad cuba dilepaskannya.
"Herr!!" Dia menderam marah.
"Ssup!!" Libasan kedua mengenai bahunya.
Maisarah mengeliat kesakitan.
"Bagitau aku siapa yang hantar kau?!" Soal Imam Rasyid.
"Bodoh!" Jerit Maisarah. Murad ditolaknya kuat. Tapi kali ini Murad lebih bersedia.
"Cepat bagitau aku sapa yang hantaq hang?!" Kata Imam Rasyid lagi. Tangannya sudah bersedia untuk melibas buat kalinke tiga.
"Mungkin kerna kau sudah tua sebab itu kau cepat lupakan aku! Apa kau lupa siapa yang kau bebaskan? Hahahahahaha" Maisarah ketawa mengilai.
Imam Rasyid terkejut.
Mersik?!
"Hahahahahahaha.....sudah ingatkah wahai orang tua?" Soal Maisarah sinis.
"Jadi hang dah dapat rumah baru la?" Soal Imam Rasyid. Kejutan di wajahnya di sembunyikan sebaik mungkin.
YOU ARE READING
Pewaris
ParanormalSafiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik te...