Lawan Sebenar.

2.8K 215 1
                                    

Sabit hitam di asap penuh semangat. Kemenyan di tambah lagi untuk memperbanyakkan asap. Sabit hitam di hayun lemah gemalai pada asap yang menerawang. Tidak di peduli lagi mata yang memerah dan pedih. Dendam kesumat merajai hati. Kering sahaja cairan yang melekat pada sabit di celupnya semula pada bekas tempayan di tepinya. Di hayun lagi pada asap kemenyan. Begitulah hingga selesai upacara syirik itu. Bersorak-sorak kegembiraan Syaitan melihat tersesatnya anak Adam itu.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah menoleh ke sekelilingnya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Puteri Bayu turut memandang ke sekelilingnya.

"Kenapa,Saifiyah?" Soal Puteri Bayu. Berdebar-debar hatinya melihat kelakuan Saifiyah. Sejujurnya dia tidak begitu memahami sifat manusia. Jadi setiap kelakuan Saifiyah menjadi perhatiannya. Dia teringatkan Zarina. Hatinya di landa serba salah.

"Saifiyah?" Panggilnya. Saifiyah menoleh walaupun hanya gelap yang terlihat.

"Bagaimana keadaan Zarina? Dia sudah sihat?" Soal Puteri Bayu.

"Sihat dari apa?" Soal Saifiyah. Dia terkejut dengan soalan Puteri Bayu.

"Maksud Bayu...ermmm....semasa kali terakhir Bayu melihatnya..dia pengsan. Ada sesuatu yang menyerangnya. Tolong jangan salahkan Bayu, Saifiyah. Bukan Bayu yang lakukannya. Bayu.."

"Saya tau... Zaza pun bukannya betul sangat. Dia tu suka sangat nak ambil tahu hal orang. Mungkin tu balasan dia kot. " Saifiyah memotong kata-kata Puteri Bayu.

Senyum kelegaan terpancar di bibir Puteri Bayu walaupun Saifiyah tidak boleh melihatnya.

"Bayu tengok apa waktu Zarina pengsan?" Soal Saifiyah.

"Bayu berdiri di pohon besar itu.. niat Bayu cuma ingin menegur Zarina sahaja. Tapi Zarina sudah tersalah sangka. Dia melarikan diri. Pada masa yang sama ada angin berwarna hitam melanggar Zarina. Dia terjatuh lalu menoleh ke arah Bayu. Mungkin dia fikir Bayu yang lakukannya. Kemudian dia bangun untuk mencari Saifiyah. Bayu ikut dia. Anggra yang menyerang Zarina. Tok kata itu bukan lagi Anggra. Anggra yang sebenar sudah mati. Itu mungkin jelamaan Ragas. Zarina kemudian pengsan di terkam oleh jelmaan itu. Bayu berkata benar ,Saifiyah." Segala yang berlaku di ceritakan tanpa tertinggal satu pun.

Saifiyah ternganga.

Macam tu rupanya..kesian Zaza jadi mangsa keadaan. Hmmh...nasiblah hang..busybody sangat kan..

Saifiyah tersenyum seorang diri. Puyeri Bayu mengerutkan keningnya. Sedikit hairan dengan perangai Saifiyah. Sekejap serius sekejap lagi tersenyum seorang diri.

"Kamu tersenyum,Saifiyah?"

Saifiyah terkejut besar. Matanya terbeliak. Terlupa yang Puteri Bayu boleh melihat dalam gelap. Dia tersengeh seorang diri.

"Ehehehe....tak...teringat perangai Zarina tu..dia tu suka nak ambil tahu hal orang. Banyak tanya pulak tu. Rimas saya. Kat sekolah dia tak banyak kawan sebab perangai dia tu." Jelas Saifiyah.

Puteri Bayu ternganga.

"Ooh..begitu.." hanya itu yang mampu dia lafazkan.

Betul kata Tok.Manusia memang pelik.

♾♾♾♾♾♾♾

TUK! TUK! TUK! TUK!

Andika terjaga. Bunyi itu menganggunya. Dia segera bangun untuk memeriksa tubuh Saifiyah. Semuanya masih seperti biasa. Tiada darah dari bibirnya. Tapak tangannya masih lagi sejuk.

TUK! TUK! TUK!

Bunyi itu muncul lagi. Andika melangkah ke arah Toriq. Ternyata Keris Saka yang mengeluarkan bunyi itu. Keris Saka bergerak-gerak seperti ada seseorang yang sedang memegangnya. Pemegangnya menghentak dinding berkali-kali.

Andika segera mencapai keris pusaka itu. Terasa berat saat dia mengangkatnya.

"Kenapa,Saka? Apa yang kau mahu khabarkan padaku?" Keris Saka di pandang lama.

Andika menoleh ke arah tubuh kaku Saifiyah. Keris Saka berhenti bergetar. Andika melangkah ke arah Saifiyah. Dahi cucu di rasa dengan belakang tapak tangan. Panas.

"Apa yang berlaku sebenarnya,Ya Allah.?" Andika berkata perlahan.

Keris Saka di letakkan di dada Saifiyah.

♾♾♾♾♾♾♾

Dadanya di gosok perlahan-lahan. Saifiyah baru saja mahu memejamkan matanya apabila dadanya tiba-tiba menjadi sejuk.

"Bayu?" Panggil Saifiyah. Tiada sahutan. Saifiyah meraba-raba sisinya. Kosong.

"Bayu?" Panggilnya lagi. Sunyi.

"Bayu? Janganlah main-main... Bayu?" Panggilnya lagi. Tetap sunyi.

"Allahu Akhbar.!" Saifiyah terjerit melihat sesuatu yang muncul di hadapannya. Suasana mula terang. Terang yang menampakkan sesuatu yang menakutkan. Bibir Saifiyah terkunci. Matanya terbeliak besar. Air mata mula bergenang di kelopak mata.

"Makkk...!!" Saifiyah bangun dan terus menerpa ke arah sebujur tubuh yang terlentang berdarah tidak jauh darinya.

"Makk....bangun mak... makk!!" Saifiyah menggoncang tubuh yang sudah kaku di hadapannya itu.

"Hahahahahahahahaha....hahahahahahahaha...." bunyi ketawa membingit seluruh ruang. Saifiyah menutup telinganya. Berdesing telinganya mendengar ketawa nyaring itu.

"Subhanallah!!
Alhamdulillah!!
Allahu Akhbar.!!" Saifiyah melawan dengan zikrullah.

"Itu yang kau dapat sebab bunuh Dasuri aku!" Jugam muncul sambil bercekak pinggang. Matanya terjegil marah. Memerah. Sesekali bawah matanya bergetar. Perasaan benci dan marah membuak-buak melihat wajah gadis di hadapannya.

"Dia memang layak pun mati!" Jerkah Saifiyah. Kepala ibunya di pangku penuh kasih.

"Mak... mak bangun mak!" Pipi ibunya di tepuk lembut.

"Bayu... Bayu!" Panggil Saifiyah.

"Ooo...kau cari kawan kau ya. Kasihan dia..hahahhaa" Jugam ketawa lagi.

Tubuh Puteri Bayu tiba-tiba muncul. Di belakang Jugam. Puteri Bayu terkulai lemah. Ada satu tali yang mengikat leher Puteri Bayu. Tali itu sedang di pegang oleh Mangut. Mangut hanya memandang tanpa perasaan wajah Saifiyah di hadapannya.

"Ya Allah.! Bayu..." Saifiyah terjerit. Dadanya berombak menahan marah.

"Apa yang kau dah buat,hah?" Jerkah Saifiyah. Jugam masih lagi dengan senyuman sinisnya.

"Keris itu sahaja. Cuma itu sahaja. Dan aku akan lepaskan semuanya." Kata Jugam.

Bergetar tapak tangan Saifiyah menahan geram. Giginya berlaga-laga.

"Untuk kali yang terakhir aku cakap untuk orang yang tak faham bahasa macam kau ni,Aku tak dak keris tu,bodoh! Bangang! Aku tak tau keris apa yang kau dok gila sangat tu. Aku tak tau! Aku tak dak benda tu, Bengong!!" Saifiyah meludah kerana terlalu geram.

Jugam sedikit tercabar melihat kelakuan gadis di hadapannya.

Mangut melangkah menghampiri Jugam.

"Mungkin benar dia tiada keris itu. Aku melihat dia tidak menggunakan keris itu sewaktu Dasuri mati. Dia memang tidak mempunyainya,Jugam!" Kata Mangut.

Jugam merengus marah.

"Kalau begitu aku terpaksa hapuskan kau. Buang masa aku saja mengurung kau!" Kata Jugam. Langkahnya di buka.

Saifiyah bangun dan memasang langkah.

PewarisWhere stories live. Discover now