Setibanya aku dirumah tiba-tiba teringat kejadian semalam.Kenapa aku care lagi kat dia?Adakah sebab aku masih sayang dia?kenapa?
Tapi aku rasa happy bila jumpa dia.Tapi bila aku ingat balik saat dia curang dengan aku,aku jadi benci dengan dia sampai sanggup lontarkan kata-kata kesat kat dia.
#throwback
"Siapa lelaki ni lisa?kenapa awak dengan dia?"
"Oo meet hairi.and hairi ni ryan."
"kenapa dengan awak ni lisa?awak makin lain lately ni!Saya call awak tak angkat.. saya mesej awak tak reply.. rupanya awak dengan jantan ni?"
"Jantan nilah boyfriend saya!"
"Ap..ap..apa?boyfriend?apa awak cakap ni?"
"Ya..boyfriend saya..awak tak faham ke apa saya cakap ni?"
"Apa ni?kenapa dengan awak ni lisa?sejak bila?"
"Since last year..Awak saja yang buta tak nampak semua ni"
"So selama ni awak ada affair lah dengan jantan ni di belakang saya?"
"Definitely yes!..and soon he will be my fiancee..mama pun dah setuju so kalau dah green light we should end up this relationship ke pelamin lah jawabnya"
"Sampai hati awak lisa.So selama 5 tahun kita bekawan ni awak tak serious lah dengan saya?"
"Saya malas lah nak ungkit benda yang membosankan ni..so i got to go sebab nak beli barang hantaran"
#end of throwback
Aku malas nak ingat benda yang lepas tu.Tapi aku tak boleh lupakan peristiwa dimana dia dah hancurkan hati aku.
Aku tau dia sedih masa aku cakap kata-kata kesat masa kat hospital tu.Tapi kenapa mesti dia sedih? kan dia yang buat perangai bukan aku!.kalau dia benci aku kenapa dia masih simpan tabung pemberian aku tu?
Kesian jugak aku tengok dia tak ada duit.Dia tak tau kut yang peragut tu tak sempat ambik beg dia.
"Hah mengelamun!"
Jerkah mommy.kus semangat.. terkejut aku bila dijerkah macam tu.
"Hish mommy ni terkejut ryan tau"
"Dah mengelamun mommy tegur lah.hah dah sampai mana ryan mengelamun tu?dah sampai london dah ke?"
"Tak adalah sampai damansara je"
"Aik?damansara?still kat malaysia tu"
Lawak mommy pulak sambil ketawa
"Ni kenapa ni?tak pernah-pernah mommy tengok ryan sampai mengelamun macam ni.Ryan ada masaalah ke sampai tak balik rumah semalam"
Soal mommy pulak.Mommy memang tau kalau aku tengah serabut ke apa ke.Macam mana eh?perlu ke aku bagitau mommy yang aku jumpa lisa?
"Mommy.."
"Ya?"
"Ryan jumpa lisa"
"What?kat mana?"
"Ryan tolong lisa semalam.Dia kena ragut"
"Ya allah.How come dia kena ragut?so how is she?"
Tanya mommy dengan panik.Mommy masih sayang rupanya dekat lisa kalau tak mommy takkan risau macam ni
"Mommy I need you to calm down.She's fine.semalam kena admit then petang tadi dah discharged"
"Kenapa tak bagitau mommy?"
"Mommy she's nobody kenapa mesti ryan nak bagitau mommy?"
"Nobody to you but not me.lisa dah macam anak angkat mommy even though dia dah tak ada apa-apa dengan ryan"
Tegas mommy pulak.see?mommy memang sayang dia sampai
anggap anak angkat."Now tell me macam mana ryan boleh jumpa dia?"
"Ryan lepas lepak tadi dengan riz. dalam perjalanan ryan nak ke car park tetiba pulak nampak seorang perempuan kena peluk dari belakang.I thought tu suami isteri so ryan ignore je lah tapi orang tu pakai topeng bila ryan tengok dekat-dekat kat tangan dia ada pisau yang menghala ke muka perempuan tu.Ryan cuba untuk tolong and ryan nampak longokkan kayu tak jauh dari situ lepastu ryan ambik dan pukul badan dia.Malang tak berbau mommy dia jatuh tersembam dekat that girl and tertusuk dekat lengan.bila ryan nak pukul for the second time peragut tu lari.ryan terus pergi kat perempuan tu then tengok that girl tu lisa.Lagi terkejut bila darah makin banyak keluar.Ryan tak tau nak buat apa then ryan dukung dia and bawak dia kat kereta ryan masa tu lisa dah pengsan dah bila sampai kat hospital.Then I think her family should know about her condition memandangkan dah lewat malam dah confirm family dia risau.mana handphone dia kong lagi.bila ryan charge phone dia banyak missed call dari mama and kakak dia lepastu ryan call lah bagitau lisa admit.baru ni ryan lepas dari rumah auntie za lepas antar auntie dengan lisa balik"
"Ya allah kesiannya lisa"
Kata mommy sambil menekup mulut.
"Wait ryan kata lepas dari rumah auntie za?damansara ke?"
"A'ah"
"Ryan pergi naik atas siap sekarang and teman mommy"
"Pergi mana?"
Tanyaku hairan.
"Rumah lisa.mommy nak tengok dia"
"Tak payah lah mommy.Esok-esok je lah kan dah malam ni"
"No!mommy nak malam ni jugak"
"Mommy pleaselah ryan penat esok je"
"Kalau ryan tak nak teman mommy bagi mommy alamat dia biar mommy dengan papa pergi sana"
Ugut mommy pulak.Alamat?aku tak ingat lah setakat lalu sana memang aku ingat alamat tak tau pulak.
"Mommy ambik je ni handphone dengan beg dia.Mommy tolong serah semua ni kat dia"
"Kenapa mommy pulak?"
"Yelah dah mommy nak sangat jumpa dia kan?alang-alang dah jumpa dia tu bagilah sekali barang dia ni"
Lalu aku bagi mommy beg dan handphone milik lisa.Aku tak nak lagi simpan apa-apa yang berkaitan orang yang dah hancurkan hati aku.
🌹🌹🌹🌹
YOU ARE READING
Cinta Masam Manis
RomanceLisa terpaksa meninggalkan kisah cintanya bersama Ryan yang dibina selama 5 tahun lamanya demi orang yang tersayang..Sehingga lisa dibenci oleh Ryan dengan perbuatan yang dilakukannya..Tapi apakan daya.. takdir tiada siapa menduga yang mereka akan b...