Bab:13

117 3 0
                                    

Aku beristighfar dalam hati.Nasib baik aku tak ada penyakit jantung.Kalau tak..aku dah kena heart attack dah sekarang ni akibat terkejut kena sergah macam ni.

"Apa kak ngah ni?terkejut orang tau"

Marahku dekat kak zehra.

"kau tu lah..tengok apa kat luar tu?Ni yang mata sembap ni kenapa?"

Tanya kak zehra bertubi-tubi.

"Tak payah sibuklah"

Terus aku naik keatas dan mengendahkan panggilan kak zehra.Biarlah dia cakap sorang-sorang kat bawah tu.Yang aku tau aku kena rest sekarang.Kepala aku dah berat dengan permintaan gila si ryan tu.

Aku tak faham dengan ryan ni.Semudah tu dia percaya dengan semua cerita ni?haritu bukan main benci.Sekarang ni boleh pulak nak kat aku balik.Habis si maria tu nak campak kat mana?dia kan nak kawin dengan ryan.Gila betul ryan ni.

Lepastu terus aku turun bawah nak call mommy.Nak inform yang handphone aku ada kat anak dia

Bila aku nak turun bawah terdengar suara orang bercakap.Siapa?aku amati betul-betul suara tu.Ryan!dia buat apa kat sini?Aku berkira nak naik tiba-tiba aku terdengar suara mama sebut nama aku.

"Lisa memang macam tu suka sangat nak tinggalkan barang.Dia ni careless sikit.Kejap ya auntie panggil lisa"

Bila dengar mama cakap macam tu.Aku pun terus naik ke atas dan masuk bilik.

"Lisa turun sekejap.Ada orang nak jumpa lisa"

Terdengar suara mama dari luar bilik.Ada orang nak jumpa aku?dah tau dah siapa.Aku pun buka pintu dan benarkan mama masuk.

"Lisa peninglah ma"

Kataku beralasan.

"Lisa..cepat turun.Mama tak ajar anak mama layan tetamu macam ni"

Leter mama lagi.

"Yelah yelah"

Aku mengalah akhirnya.Lepastu aku pun turun dan diikuti mama dari belakang.

"Ryan sembang-sembang dulu dengan lisa..auntie nak ke dapur kejap ya?"

Ujar mama lalu berlalu kedapur.

"Nak apa?"

Soalku dingin seraya tu aku pun melabuhkan punggungku dikerusi yang bertentangan dengan ryan

"Saya datang nak serah ni"

Terangnya sambil memberikan handphone milikku.

"Thanks..so kalau tak ada apa-apa lagi saya nak naik dulu.Saya nak rehat"

Terangku.Kemudian aku pun beredar naik ke atas.Bila aku tengok..dia masih stay tempat duduk dia.Aku tak nak fikir banyak dah.Aku nak rest.Aku tak naķ semakkan otak aku dengan semua yang berkaitan dengan dia.

Bila sampai bilik aku pun terus mandi dan solat.Aku nak selesaikan hutang aku dulu kemudian barulah aku dapat tidur dengan aman.

Curious jugak aku pasal ryan ni.lepastu aku pun pergi dekat balkoni dan seperti yang aku jangka kereta dia masih lagi terpacak dekat beranda.Dia buat apa kat sini sebenarnya.Tak balik lagi ke?Kepala aku dah makin berat sekarang ni so aku tolak tepi soal ryan dan yang aku tau aku cuma nak tidur je.Esok bolehlah aku korek dari mama kedatangan dia ke sini selain bagi handphone dekat aku.

                      🌹🌹🌹🌹

"Morning ma"

Ucapku lalu mencium kedua belah pipi mama.

"Morning jugak.Awal lisa harini..selalu tu kalau belum pukul 8 tak adanya nak nampak batang hidung lisa kat bawah ni"

Tegur mama.

"Lisa nak pergi butik nak kira stock."

Terangku sambil mengunyah roti bakar.

"Drive sendiri?"

Soal mama pulak.

"Yelah..dah kak long dengan kak ngah busy..kenalah lisa drive.Mama nak hantar ke?boleh jugak.sekaligus mama boleh teman lisa handle butik"

Sengihku dekat mama.Best jugak kalau mama ikut.Dapat jugak mama tengok perkembangan butik tu.

"Tak dapat lah sayang.mama nak pergi jumpa pak long kamu nak bincang pasal kak maya nak kawin ni.Kalau petang ni atau hari lain nak bincang memang tak dapat.Pak long kamu sibuk.Tu yang dia suruh mama datang jumpa dia pagi ni"

Hah?mama nak jalan?habistu aku macam mana?Kenapa mama tak bagitau semalam?kan aku boleh tumpang kak maya awal pagi tadi.

"Macam mana lisa nak pergi butik kalau mama nak pakai kereta?mama tak dapat hantar lisa ke?"

Bukan apa kereta kitorang ada 4 buah je.sebuah kereta dah lama dah rosak.so sekarang ni tinggal 3 buah kereta aje yang available.Dah kak maya dengan kak zehra pakai sorang satu jadi yang tinggal kat rumah ni adalah satu-satunya kereta pemberian arwah baba kat aku.

Kalau mama nak pakai kereta yang arwah baba bagi tu aku nak pakai apa?Nak pakai kereta rosak mama tu?Nak bagi aku mampus ke apa?Nak service kereta mama memang kitorang tak mampu.Sebab mekanik tu cakap spare part kereta mama tu mahal.Mungkin mencecah ribuan ringgit.Nak dapat dari mana duit sampai ribu macam tu?so kita simpan jelah kereta mama tu dekat rumah.Buat perhiasan.

"Bukan mama tak nak.Mama takut tak sempat.Mama nak uruskan cepat hal ni.lagipun lisa tau kan pak long kamu ni susah sangat nak jumpa dia"

Pak long ni abang mama.kerja dia adalah ketua hakim majistret.Memang susah nak jumpa pak long ni.Yelah banyak nak handle kes.Kata mama..dulu arwah atuk pernah suruh pak long berhenti dalam bidang guaman ni sebab pak long kekadang tak dapat nak spend time dengan keluarga..tapi pak long tak nak sebab minat dia dah mendalam dalam bidang ni.

"Habistu?takkan lisa tak pergi hari ni?semalam dah tak pergi takkan hari ni pun tak?"

Rengekku.Semangat nak pergi butik dah mula terkubur.Aku tak nak butik yang baru 3 bulan beroperasi tu jatuh macam tu aje.

Lot butik tu adalah pemberian arwah baba dekat kitorang 3 beradik sebab arwah baba ada beli tanah kat sana.Kak zehra dan kak maya kemudiannya keluarkan modal untuk bina butik tu dan mereka amanahkan aku untuk uruskan butik tu memandangkan aku tak kerja.Aku dah cuba dah apply dekat banyak-banyak syarikat kat malaysia ni tapi satu pun tak dapat.So aku dah give up dan mungkin rezeki aku ada kat butik ni.

Pekerja untuk butik tu pun kak maya dan kak zehra hire 4 orang saja.Nak ambik ramai-ramai kitorang tak mampu.Kita ni bukannya orang kaya.Jadi sedar diri sikit dengan kewangan yang tak berapa steady ni.

Mama kemudiannya mendail seseorang dah berjalan keluar untuk bercakap dengan seseorang.Mungkin pak long kut.fikirku.Malas nak ambik tau aku pun teruskan sarapan dan minum jus apple buatan mama ni..Sedap!

"Lisa tunggu ek.Kejap lagi ada orang datang ambik lisa"

Beritahu mama tiba-tiba.Aku terus berhenti minum apabila mama cakap macam tu.Siapa nak ambik aku?teksi ke?

"Siapa ma?"

"Lisa tunggu je"

                    🌹🌹🌹🌹

Cinta Masam ManisWhere stories live. Discover now