Harini masuk dah masuk seminggu aku terperap kat rumah.Lengan aku pun sekarang dah tak tak sakit lagi.Jadi aku dah dapat gerak sedikit tangan aku.
pagi ni aku teringin nak buat sarapan,yelah asyik terperap je tak buať apa-apa.Aku cadang nak masak mee goreng mamak tapi rasa malas pulak.So in the end pikir punya pikir aku pun masak Nasi goreng cornbeef.
"Ya allah budak bertuah ni"
Sergah kak zehra ketika aku memasukkan nasi goreng cornbeef kat dalam mangkuk untuk dihidangkan.Terkejut jugak aku bila disergah macam tu.
"Hish angah ni buat terkejut lisa jelah"
Marahku kat kak zehra
"Kau ni kan lisa tak padan dengan sakit.Boleh pulak masak-masak kat dapur ni"
Marah kak zehra.
"Lisa masih mampu lagi lah"
"Mampu ke tak mampu ke jangan buat hal boleh tak?kang tak pasal-pasal kena jahit lagi hah baru padan muka lisa nanti"
"Yelah tu"
Balasku pendek.
"Ma,cuba mama tengok si lisa ni hah dia masak ni ma"
Adu kak zehra dekat mama yang baru nak turun.Dia ni memang kuat mengadu.Apa-apa yang aku buat semua dia akan bagitau mama.Yelah aku kan anak bongsu jadi aku ni bawah tanggungjawab kakak-kakak aku yang garang tu.
Kalau jadi apa-apa kat aku mama mesti marah kak maya dan kak zehra sebab dorang tak jaga aku elok-elok.Bermula haritulah kak zehra kuat mengadu sebab dia kata dia tak nak tanggung apa-apa kalau jadi kat aku.Tulah sebabnya dia akan bagitau mama semua benda yang aku buat
"Apa dia buat"?
Tanya mama.selepas tu mama jenguk kitorang kat dapur.Muka dia tak payah cakap lah dah nampak dah muka dia nak marah tu
"Lisa apa kamu buat ni?kan mama suruh rehat ni yang pegi turun ke dapur ni kenapa?ya allah budak bertuah ni..tak tau macam mana nak nasihatkan.degil betul lah"
Bebel mama pulak.lepastu kak maya pulak turun.kalau dah tiga-tiga orang ni bertemu jadi satu kepala..mulalah sorang-sorang nak membebel.
"Kau ni kan dik dah sakit tu buat cara sakit boleh tak?kang siapa susah nanti?mama dengan akak jugak kan?boleh tak dont be childish sangat sampai nak kena tegur bagai macam ni?adik tu dah besar.Dah nak masuk 28 tahun dah.Umur macam adik ni dah patut dah ada suami.Hah nanti kalau dah ada suami ubah-ubahlah perangai adik ni.Jadi matang sikit boleh tak?dah tua bangka dah adik tau"
See?kak maya lah orang yang paling kuat membebel selain mama dan kak zehra.Cakap aku patut ada suami.Dia tu?dah nak masuk 32 tapi tak jugak kawin-kawin.Nak nasihat orang..dia sendiri pun sama tak kawin lagi.
"Adik bosanlah kak long"
Balasku pendek.Nanti kalau aku jawab panjang-panjang pun aku akan kena bebel jugak.
"Tak ada maknanya nak bosan.Lengan tu belum sembuh lagi kan?pergi berehat je lah tak payah nak sibukkan diri kat dapur ni"
Marah kak maya kat aku.
"Yelah yelah..Ni lisa masak nasi goreng cornbeef ni jangan lupa makan tau"
Beritahuku sambil berlalu ke ruang tamu.Rasa bosan mula menerpa diri.Aku nak pergi butik sebenarnya tapi macam mana?mama dan akak confirm tak bagi aku jalan.
Dahlah mama tak bagi aku drive.macam mana aku nak pergi butik.minta hantar akak jelah alang-alang dia cuti harini.kemudian aku pun pergi kat dapur semula dan join mereka makan sekali.
YOU ARE READING
Cinta Masam Manis
RomanceLisa terpaksa meninggalkan kisah cintanya bersama Ryan yang dibina selama 5 tahun lamanya demi orang yang tersayang..Sehingga lisa dibenci oleh Ryan dengan perbuatan yang dilakukannya..Tapi apakan daya.. takdir tiada siapa menduga yang mereka akan b...