BAB 5" PENYELAMATKU"

66 2 0
                                    

Selepas Hawa mengadu segala masalahnya kepada penciptanya terasa segala masalah hilang begitu sahaja. Hawa bangun menuju ke dapur untuk membuat puding strawbery kegemarannya bagi menghilangkan tekanan yang di alami.

Setelah selesai membuat puding,Hawa menuju ke biliknya dan mencapai laptopnya.Hawa menonton drama² melayu,movie diruang tamu sambil menikmati puding yang dibuatnya.

Beberapa minit selepas itu telefonnya berdering.

"Assalamualaikum,Hawa sihat?" tanya Azri dihujung talian

"Waalaikumsalam,alhamdulillah sihat.Kenapa Azri call?" tanya Hawa

"Salah ke call?janganlah panggil Azri, panggil abang je boleh?" tanya Azri pula.

"Salah ke?.Erm macam tak biasa.Tak salah call tapi pelik" jawab Hawa bersahaja.

"Okey. Erm boleh keluar tak?abang ada nak bincang something" jelas Azri.

"Diana tak ad laa abang,sorry" balas Hawa.

"Depan taman rumah sewa saja.boleh? Tanya Azri lagi.

" okey. Kejap yer"balas Hawa.

Hawa menutup komputer ribanya dan bersiap.sebelum keluar,Hawa membawa puding strawbery yang dibuatnya tadi untuk di beri kepada Azri.

Ditaman rumah Hawa, dia terlihat Azri sedang bersandar di keretanya.

"Assalamualaikum.abang nah" hawa memberi kan puding tadi kepadanya.

"Waalaikumsalam,eh Hawa bagi abang ke?sapa buat?" tanya Azri.

"Haah.Hawa lah yang buat.abang nak bincang apa tadi?" tanya Hawa.

"Terima kasih adik,nanti buat lagi yer tapi puding apple pula,adik abang pernah buat..sedap." usik Azri.

Azri menerangkan hajatnya untuk bertemu Hawa, Azri berkata pihak pentadbiran ingin berjumpa dengan mereka pada esok hari. Hawa hanya mengangguk faham walaupun masih tidak mengetahui tujuan sebenar pentadbiran memanggil mereka.

Selepas itu, Hawa meminta diri ingin masuk ke dalam rumah. Belum sempat Hawa ingin melangkah, sebiji telur mentah pecah dimukanya akibat dibaling seseorang.Selepas sebiji telur itu pecah Hawa dibaling pula dengan tepung.Hawa hanya mampu mendiamkan diri diperlakukan seperti itu.

Azri yang terkejut melihat kejadian itu segera mencari orang yang membaling telur itu dan sekali lagi dia terkejut apabila melihat Shasha Adrina sedang memegang sebiji telur yang terakhir.Belum sempat telur itu sampai ke muka Hawa, Azri terlebih dahulu menangkap telur ayam itu mencampakkannya di tar.Percikan telur ayam itu terkena kasut Shasha membuatkannya mengamuk dan berleter.

Azri segara menarik lengan Hawa yang masih berlapik ke hadapan rumah sewa nya.Hawa hanya mampu menundukkan kepalanya dihadapn Azri. Selepas mengucapkan terima kasih, Hawa terus meminta izin masuk ke dalam untuk membersihkan diri.

Selepas menghantar Hawa, Azri segara kembali ke arah Shasha yang masih berada di situ.Hawa yang tadinya ingin membersihkam diri menangguhkan niatnya da melihat Azri dibawah.

"Hei perempuan kau ni kenapa? Dah tak betul ke?" tengking Azri.

"You yang tak betul tu you apa yang U pandang sangat budak murah tu?I ni lebih cantik.Dan ofcourse cantik dari dia tau" balas Shasha yang mula ingin menggedik.

"Sedap mulut kau cakap dia murah,?setahu aku kau tu yang murah.berapa banyak lelaki yang kau couple lepas aku tolak cinta kau dulu?Dan aku beri amaran dekat kau,sekali lagi kau kacau dia kau akan menyesal seumur hidup." ugut Azri.

Miss Strawbery& Mr AppleWhere stories live. Discover now