Hawa dikejar kan ke hospital berdekatan. Doktor melaporkan bahawa Hawa hanya mengalami tekanan darah rendah yang menyebabkan dia pengsan.
Azri, Diana dan umi Hawa yang mendengar berita tentang Hawa bergegas ke hospital.Mujur tiada perkara yang buruk terjadi.
Selepas doktor membenarkan mereka melawat Hawa,Azri masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan Hawa yang masih belum sedarkan diri.
Selepas beberapa minit menunggu akhirnya Hawa telah sedarkan diri tetapi Azri sudah terlena disisinya kerana Azri baru sahaja pulang dari Kedah semalam.Hawa yang tersedar Azri disisinya hanya tersenyum dan terdetik rasa simpati melihat bakal tunangnya itu.
Sedang Hawa ingin melelapkan mata semula kerana tidak mahu mengganggu Azri,Azri menyapanya terlebih dahulu.
"Hawa dah sedar..Okey tak ni?Nak apa-apa?"tanya Azri bertubi-tubi.
"Haah..Hehehe.. Hawa okey,takyah risau ea..Hawa tak nak apa-apa.Umi,ibu dengan Diana mana?"tanya Hawa kepada Azri pula.
"Ada dekat luar.. Hawa nak Azri panggilan?"tanya Azri lagi.
Hawa hanya mengangguk.Selepas itu seorang demi seorang masuk melihatnya.
Sehingga lah tiba giliran Shahril,mereka hanya membisu sehingga lah Shahril menyapa dahulu."Erm..Ril minta maaf, disebabkan Ril Hawa pengsan dan masuk hospital."jelas Shahril bersalah.
"Bukan salah Ril dan bukan sebab Ril Hawa pengsan. Hawa yang sepatutnya minta maaf buat Ril macam ni.. Hawa harap Ril dapat maafkan Hawa."tutur Hawa sambil menundukkan mukanya.
"Ril dah maafkan Hawa. Ril baru sedar yang cinta tak boleh dipaksa.Ril juga dah lupakan hal tu.mungkin ada hikmah.Walaupun Ril hampa dan kecewa Ril tetap akan bangkit demi Hawa"balas Shahril yakin..
"Terima kasih..Tapi Hawa nak Ril bangkit sebab Allah dan mama. Dan kalau Ril tak keberatan,Hawa sebenarnya dah ada calon untuk Ril."jelas Hawa
"In Shaa Allah Ril akan ubah niat Ril yang tak betul tu..Siapa orangnya?Ril kenal ke?"tanya Shahril sedikit teruja.
"Bagi Hawa dia yang terbaik untuk Ril.orang tu Ril kenal."balas Hawa sambil memberi kan secebis kertas yang tertera nombor telefon.
Shahril hanya mengangkat kening meminta penjelasan.
"Call nombor tu.. Nanti Ril akan tahu..Dan Hawa doakan korang ada jodoh sampai akhir hayat.
Shahril terus mengambil nombor itu dan mengangguk faham.
"Tapi boleh Hawa janji dengan Ril?"tanya Shahril kembali.
"Apa?Kalau Hawa boleh tunaikan Hawa akan tunaikan."jelas Hawa berminat.
"Lepas ni tolong anggap Ril macam abang kandung Hawa sendiri, boleh?"tanya Shahril.
"Boleh tu boleh tapi kena tanya mama,umi, isteri abang dan yang paling penting dengan Azri."jelas Hawa
"Azri,mama,umi semua dah benarkan.. Tinggal Hawa seorang je.Jadi macam mana setuju?"tanya Shahril lagi.
"Kalau semua setuju Hawa pun setuju je"jelas Hawa ceria.
Petang itu Hawa dibenarkan untuk pulang memandang kan keadaannya telah stabil.
-----------------------
1 minggu selepas itu,
Hawa digemparkan dengan berita, bahawa minggu itu Diana akan berkahwin."Siapa bakal suami dia? Kenapa aku tak tahu apa-apa?"Hawa berkata sendiri.
Selepas itu Hawa mencapai telefon bimbitnya dan segera mendail nombor telefon Diana.
Belum sempat panggilan diangkat, Diana sudah terpacak di depan pintu biliknya.
"Kau kenapa call aku,Dah sihat belum?Tanya Diana.
YOU ARE READING
Miss Strawbery& Mr Apple
RomanceNur Hawa Nazifah seorang gadis yg tinggi dan cantik..Dia menjadi kegilaan ramai dikolejnye..Dia dan rakannya membuat jualan untuk menampung duit bulanan mereka. Fattah Azri jejaka tampan yang menjadi kegilaan semua gadis di kolej termasuklah Shasha...