"Aku rasa sampai sini je hubungan kita."
Tersentak Ariana mendengar pengakuan dari lelaki itu. Lepas mereka dah lalui hari hari bahagia bersama, takkan dengan mudah lelaki ini mengatakan ingin berpisah dengannya?
"Maksud awak kita putus? tapi kenapa?" Ariana rasa seperti ingin menangis.Kenapa perlu jadi begini?
"Sebab aku dah tak cintakan kau. Aku dah takde perasaan langsung dekat kau.Perasaan tu dah kosong. Sanggup kau curang belakang aku kan?"
Ya Allah! Terkedu Ariana mendengar kata kata dari mulut lelaki itu.Tergamak dia berkata begitu pada aku.
"Saya tak pernah curang dengan awak. Saya cintakan awak seorang. Saya takkan tergamak nak buat macam tu kat awak."
"Kau tak payah nak tipu aku la perempuan! Diam-diam kau jumpa mamat tu tanpa pengetahuan aku. Kau ingat aku tak tahu ke? Selama ni kau tipu aku hidup-hidup! Kau dengan lelaki tu memang ada hubungan sulit belakang aku kan? Perempuan jenis apa kau ni? Betina jalang!!"
Pang!!
Lelaki itu terkedu. Terasa perit pipinya apabila ditampar oleh tangan mulus itu.
"Aku bukan perempuan sehina itu. Aku masih tahu jaga batas pergaulan aku dengan lelaki. Tolong jangan pijak maruah aku!!"
"Baiklah kalau itu yang kau nak. Mulai dari hari ini,cinta aku pada kau dah mati.Dan kau,dah mati dalam hidup aku".
Selesai berkata kata, aku membuka langkah meninggalkan lelaki itu. Dia dah tak sanggup berlama lama lagi dengan lelaki itu.Lagi lama dia disitu, lagi banyak airmata yang mengalir keluar.
YOU ARE READING
Dia Milikku
RomanceAriana Sofea,hidupnya berubah selepas percintaan bersama lelaki yang dicintainya putus ditengah jalan.Baginya,cinta tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Hariz Qaiser, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar cintanya Ariana Sofea. Ariana ter...