Mata Ariana meliar ke sekelilingnya. Persekitaran pantai itu sangat tenang. Hanif dilihat sibuk berbual bersama dengan rakannya.
Ariana melangkah perlahan lahan menjauh dari sekelompok rakan rakan Hanif. Ariana cukup tidak suka dengan suasana itu.
Ada beberapa rakan Hanif cuba untuk berbual dengan Ariana namun Ariana menolak. Ariana menolak bersebab.
Ariana berpeluk tubuh. Matanya terpejam saat angin mula menyapa tubuhnya. Sangat tenang...
"Hai... "
Ariana menoleh. Kelihatan seorang lelaki menghampiri dirinya.
Ariana terkedu. Kaku.
"Awak rupanya... "
Hariz mendekati Ariana yang berdiri seperti patung. Riak mukanya jelas terkejut. Hariz pelik melihat riak wajah Ariana. Seperti nampak hantu.
"Awak okay?! "
"Oo... okayy" Senyuman palsu terpaksa diukir. Jarak kedudukan dia dan lelaki itu sangat hampir. Ariana gelisah. Dia bergerak menjauhi lelaki itu.
Hariz perasan Ariana seperti tidak mahu berbual dengannya. Dari tadi lagi Hariz perhatikan Ariana yang langsung tidak bergaul dengan sesiapa.
"Saya Hariz... Hariz Qaiser! "
Hariz perkenalkan dirinya. Tangannya dihulur sebagai salam perkenalan namun, tiada sambutan dari Ariana. Ariana hanya memandang sepi.
"Ha... Hariz?? " soal Ariana gagap.
Hariz mengangguk.
"Nama awak?? "
Ariana terdiam seketika. Dia merenung seraut wajah tampan milik Hariz. Hariz hairan dengan sikap gadis di hadapannya.
"Awak...? "
Hariz melambai lambaikan tangannya di hadapan wajah Ariana. Ariana seperti baru tersedar dari lamunannya.
"Ariana... "
"Ariana... beautiful name... like you"
Ariana hanya tersenyum nipis mendengar pujian dari lelaki itu.
"Tak sangka kita boleh berjumpa lagi... cikgu! " Perkataan cikgu ditekankan sedikit. Ariana hanya mampu tersenyum.
"Mungkin jodoh kita kuat kot.. "
"Dunia ni kecil.... tak semestinya orang yang kita jumpa itu adalah jodoh kita..."
Hariz ketawa. Seperti Ariana buat jenaka yang lucu.
"Dan tak semestinya 'orang yang bercinta' itu adalah jodoh kita. Itu lagi parah kan? Sebab hati boleh terluka teruk...bercinta punya lama... bertahun tahun. Tapi akhirnya... berpisah jugak"
Hariz membalas kata kata Ariana. Ariana tergamam dengan kata kata yang keluar dari mulut Hariz.
"Jodoh itu rahsia tuhan.. manalah tahu yang tengah bercakap dengan awak ni adalah jodoh awak...? "
Sekali lagi Ariana terdiam. Kelu. Gamam.
"Hahahaha... takdelah saya gurau je. "
Hariz ketawa saat melihat wajah Ariana seperti pucat tidak berdarah. Takut sangat.
"Kenapa awak tak bergaul dengan diaorang? Awak ni jenis anti sosial ke? "
"Takdelah... "Ariana tersenyum kelat.
"Then.. what are you doing here? Alone? "
Ariana senyap.
Hariz memandang seraut wajah Ariana yang cantik itu. Memang tidak disangkal lagi Ariana memang cantik. Lebih cantik.
"Awak.... Hariz? "
Hariz mengerutkan keningnya. Pelik dia dengar soalan yang keluar dari mulut Ariana.
"Ya.."
Ariana dilihat seperti gelisah. Akhirnya dia ingin melangkah pergi namun Hariz cepat cepat menyambar tangan Ariana. Tangan Ariana digenggam.
"Hey! What's wrong with you? "
Ariana cuba melepaskan tangannya dari genggaman Hariz namun tidak berjaya. Makin erat Hariz menggenggam.
"Fia... "lembut Hariz memanggil namanya.
Ariana sekali lagi tergamam. Nama yang sudah lama tidak disebut. Nama itulah yang mengingatkan dia pada seseorang. Hanya dia seorang sahaja yang memanggil namanya dengan panggilan itu.
"Macam mana awak tahu nama saya? "
"Saya tengok dekat buku awak yang tercicir tu. Dekat situ ada nama panjang awak. Ariana Sofia binti Mustafa. "
Ariana terdiam...
"Fia...? "
Ariana memejam rapat matanya. Nama yang sudah lama tidak didengar. Tidak disebut oleh sesiapa. Hanya dia sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Dia yang dah hancurkan hatinya sehingga Ariana mengambil keputusan untuk menutup rapat pintu hatinya. Ya! Dia!!
YOU ARE READING
Dia Milikku
RomanceAriana Sofea,hidupnya berubah selepas percintaan bersama lelaki yang dicintainya putus ditengah jalan.Baginya,cinta tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Hariz Qaiser, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar cintanya Ariana Sofea. Ariana ter...