10 | Pengakuan

17 0 0
                                    

Ariana gelisah. Bibirnya digigit menandakan dia dalam keadaan gementar serta takut apabila berhadapan dengan keluarga kawan baiknya, Fara. Makanan yang terhidang di depan mata langsung tidak dijamah. Kornea matanya hanya menunduk memandang nasi yang masih belum diusik lagi.

Fara menjeling rakannya disebelah. Riak gelisah Ariana kelihatan di wajah cantiknya.

"Arin..kenapa tak makan?"

Suara Fara mengejutkan Ariana. Ariana hanya mampu tersenyum nipis apabila teguran Fara menyebabkan seisi keluarga Fara memandang dirinya dengan beribu soalan. Termasuk juga abangnya, Hariz!

Pipi gebu Ariana membahang apabila dirinya diperhatikan tajam oleh Hariz. Nak pulak Hariz duduk berhadapan dengan dirinya.

Dengan payahnya, nasi di dalam pinggan diusik sedikit bagi tidak menjadi persoalan kepada Fara lagi.

Ariana sendiri masih tidak biasa dengan keluarga Fara. Dia sendiri terkejut dengan paksaan Fara yang menyuruhnya bersiap pagi tadi tanpa memberitahu dimana dia akan dibawa. Tanpa ragu-ragu, Ariana bersiap ala kadar. Mungkin Fara mahu dia teman kan pergi beli barang. Jadi, ikut sahaja kehendaknya. Namun, dia sendiri terkejut apabila sewaktu di dalam kereta, Fara memberitahu yang dia akan membawa Ariana pergi berjumpa keluarganya. Itu yang sehingga sekarang, keadaan Ariana gelisah semacam. Duduknya juga tidak selesa.

"Ariana..umur Ariana berapa ye? Sebaya dengan Fara ke?" Setelah lama keluarga itu diam, kini Datin Aminah membuka mulut bertanya tentang diri gadis cantik yang dibawa oleh anaknya itu. Mata Hariz tajam memandang mamanya.

"Ye Datin..umur saya sebaya dengan Fara."

"Tak payah Datin-datin dengan saya. Panggil Aunty je. Kalau nak sedap, panggil je mama."

Ariana terbatuk kecil. Fara menggeleng lalu air minuman dihulurkan pada rakannya. Jelas wajah Ariana yang putih gebu itu kini kemerahan apabila diusik mamanya sebegitu.

"Ma..apa mama ni? Tengok muka dia dah merah." Hariz menegur mamanya setelah lama dia berdiam diri. Dia terlalu khusyuk melihat Ariana di depannya. Kadang kadang, matanya akan curi-curi memerhatikan Ariana. Wajah cantik yang tidak pernah hilang dari ingatannya.

"Eh..maaf Ariana..Aunty saja je. Tapi, Aunty lagi selesa kalau Ariana panggil Aunty, mama." Datin Amina mengenyitkan matanya pada anak bujangnya. Hariz menggigit bibirnya melihat telatah nakal mamanya. Saja je nak mengusik.

"Alah abang ni...mama cakap macam tu sebab mama dah bagi green light dah dekat abang. Tinggal abang je yang bertindak." Kini, Fara pula menyampuk. Lagi giat dia mengusik abangnya, lagi merah pipi gebu Ariana. Usikan nakal mereka menyebabkan Ariana malu.

Dato Shukri hanya mampu menggeleng namun bibirnya tetap mengukir senyuman tipis. Dah masak sangat dengan perangai anak dan isterinya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Eh..Ariana tak payah susah-susah nak basuh. Letak je pinggan tu dalam sinki." Terhinjut sedikit bahu Ariana apabila Datin Amina menegurnya dari belakang sambil mengusap bahunya lembut. Ariana tersenyum tipis.

"Takpe..Tak susah pun. Aunty jangan risau." Balas Ariana tenang. Dia menyambung kembali mencuci pinggan tanpa menghiraukan Datin Amina di sebelahnya yang sudah tergeleng-geleng kepalanya.

"Ariana ni single lagi ke? Ke dah berpunya?" Soalan mengejut Datin Amina menyebabkan perbuatan Ariana terhenti. Dia terjeda seketika. Tubuhnya berpusing menghadap Datin Amina yang berpeluk tubuh di belakangnya.

"Saya single."

"Hmm..ade chance lagi la ni nak buat Ariana jadi menantu Aunty?"

Ariana terpaku. Terkejut bukan kepalang. Menantu? Bermakna dia ingin mengahwinkan Ariana dengan anak bujangnya. Tapi..takkanlah...no..no..dia takkan kembali semula kepada dia.

"Apa yang tergeleng-geleng tu? Ariana fikir apa?"

"Tak Aunty..takde apa."

Datin Amina tersenyum manis pada gadis di hadapannya. Dia terlalu suka melihat wajah gadis itu. Terlalu cantik dan menenangkan. Inilah wanita yang ingin dijadikan menantu. Wanita yang menepati ciri-cirinya.

Datin Amina maju ke depan lalu kedua tangan mulus Ariana diraih dan digenggam dengan erat. Pandangan lembut dihadiahkan buat Ariana.

"Aunty nak Ariana jadi menantu Aunty, boleh?".

Soalan maut. Ariana terkedu kaku disitu. Matanya terkebil-kebil memandang wajah manis Datin Amina yang lembut mengusap pipinya. Satu patah perkataan langsung tidak terlihat dari mulutnya.

"Amboi, ma...sesi berpelukan mesra nampak." Suara Fara mengejutkan mereka. Datin Amina tergelak kecil.

"Biarlah mama nak buat apa pun. Jangan Jealous." Datin Amina berkata dengan nada mengejek. Fara mencebik menyampah.

"Dah ma..bagi Riz pulak dengan Ariana." Sampuk Hariz tiba-tiba di belakang Fara. Masing masing terkejut dengan kehadiran Hariz. Datin Amina tersenyum suka. Harap menjadilah angan-angannya ingin menjadikan Ariana menantu.

Fara tidak sempat ingin menyampuk apabila Datin Amina menarik tangannya keluar dari situ. Kini tinggallah Hariz dan Ariana berdua di dapur itu. Ariana mengelap tangannya yang berbuih sabun.

"Do you still love him, Ariana?"

Ariana mengerutkan dahinya. Apa maksud soalan Hariz tadi. Dia tidak mengerti.

"Who? Do you mean Hanif?"

"No...not him."

Makin berkerut wajah Ariana cuba untuk mengerti soalan Hariz. Dengan tiba-tiba dia terus diajukan soalan sebegitu. Tapi sekejap...takkanlah dia tahu yang aku ni....

"I know, Ariana. Thats why I asked you." Hariz berjalan mendekati Ariana yang masih berdiri pegun di situ. Hariz bertindak mengepung tubuh Ariana sehingga jarak mereka terlalu rapat. Ariana memalingkan mukanya ke tepi. Terasa hembusan nafas hangat Hariz di pipinya.

"Saya dah lama tau, Ariana. Tu sebab bila awak jumpa saya, awak akan menunjukkan riak terkejut." Ujar Hariz dengan tenang. Ariana menggigit bibirnya menahan rasa. Macam mana Hariz boleh tahu hubungannya?

"Tapi saya bukan dia...mungkin bila awak tengok saya, awak akan teringat dekat dia. Awak masih rindukan dia, kan?"

"Tak..Saya dah lupakan dia." Jawab Ariana dalam nada tenang. Matanya berbalas pandangan dengan mata coklat cair milik Hariz. Mata yang terlalu cantik.

"Baguslah kalau awak dah lupakan dia. Lagi senang kerja saya." Tutur Hariz sambil tersenyum penuh makna. Ariana mengerutkan dahinya.

"Maksud awak?" Soal Ariana tidak mengerti.

"Saya dah jatuh cinta dengan awak, Ariana." Ucap Hariz dengan lembut membuatkan Ariana terpaku disitu. Wajahnya seakan tercengang mendengar pengakuan berani mati dari Hariz. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh Hariz itu.

"Trust me, Ariana. I love you. Saya dah lama simpan perasaan ni dekat awak. Cuma, masa tidak mengizinkan saya waktu tu."

"What do you mean, Hariz?"

"I love you since you still have a relationship with my twin."

Ariana tergelak kecil mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Hariz. Dia cintakan aku sejak aku masih dengan kembarnya? Mengarut.

"Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya?"

"Fariz pernah cerita dengan saya pasal awak. Dan dia pernah tunjuk gambar awak pada saya. Saya dengan dia memang rapat sampai rahsia dia saya boleh tahu semua. Mama, papa dengan Fara langsung tak tahu pun. Cuma saya yang tahu waktu tu. Bila dengar macam mengarut kan. Hanya dengan gambar, saya boleh jatuh hati dekat kekasih adik kembar saya sendiri." Hariz ketawa kecil.

"Masa tu saya cuba buang jauh-jauh perasaan saya sebab saya tak nak disebabkan perasaan saya, hubungan awak dengan dia hancur."

Ariana memejam rapat matanya. Dia cuba menenangkan perasaannya ketika ini. Bibirnya dikemam rapat. Terasa sentuhan lembut pada pipinya dan apabila matanya dibuka, wajah penuh harapan dari Hariz menjadi latar matanya.

"Will you be mine, Ariana?"

Sekali lagi Ariana terkedu disitu.

Dia MilikkuWhere stories live. Discover now