6 | Amaran

26 0 0
                                    

Hariz memutar mutarkan pennya.Ingatannya teringat pada perempuan yang perlahan lahan menambat hatinya itu.

"Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Hariz mengeluh halus. Posisi duduknya dibetulkan.

"Dengar la. Aku rasa macam malas la nak pergi reunion tu.Lagipun tak penting. So aku decide yang aku tak nak pergi."

Hariz kembali bermain dengan pennya.

"Weii janganlah macam ni.Kalau kau tak pergi rugi la bro. Lagipun, aku dengar yang ex classmate perempuan kita dulu sekarang ni dah lawa. Ini la peluang kau nak cari bakal isteri"

Farhan tidak putus putus memujuk rakannya supaya menghadiri majlis reunion yang bakal diadakan hujung minggu ini.

"Nanti la aku fikirkan dulu." Hariz menjawab dengan malas.

"Fikir tu jangan lama sangat. Aku harap sangat kau pergi bro. Ini je peluang kita nak relax dari tension kerja ni"

Farhan meminta diri untuk menyambung kerjanya semula. Hariz masih memikirkan kata kata Farhan yang mengajaknya menghadiri majlis tersebut.'Patut ke aku pergi? Kalau aku pergi pun bukan dapat apa.Dapat penat je' Hariz menyambung semula kerjanya yang tergendala.

****************

Ariana mengemas barangnya semula di atas mejanya.Dalam leka mengemas, satu suara garau menegurnya.

"Cikgu Ariana dah nak balik ke?Awalnya cikgu nak balik."

Cikgu Raziq, antara salah satu cikgu lelaki yang sering mengganggunya.

"Ye cikgu.Sekarang kan memang waktu pulang.Jadi,saya nak pulang ke rumah saya la. Kenapa cikgu Raziq tanya?"

"Baru nak berbual dengan cikgu Ariana. Tapi cikgu nak balik awal pulak. Hmm..apa kata kalau hujung minggu ni saya ajak cikgu keluar,boleh?Kita pergi jogging ke,tengok wayang ke."

Cikgu Raziq memandang Ariana atas bawah.

'Cantik..'

Cikgu Raziq tersenyum gatal memandang Ariana.

"Maafkan saya cikgu. Bukan niat saya untuk menolak pelawaan cikgu tapi tak manis kalau kita keluar berdua. Nanti apa pulak kata isteri cikgu. Lagipun saya anak dara, cikgu pulak suami orang. Tak manis orang tengok"

Ariana melembutkan suaranya agar cikgu Raziq faham bahawa dia tidak berminat dengan lelaki itu. Kemudian, Ariana menyambung semula

"Hujung minggu ni saya kena teman kawan saya pergi reunion dekat pulau perhentian. So I'm really sorry about this cikgu. Saya harap cikgu faham."

Sebenarnya Ariana ingin mengelak daripada keluar dengan lelaki itu.

"Kawan Ariana lelaki ke perempuan?"

Ada nada cemburu terselit dalam percakapannya.

"Lelaki.!"

Ariana ingin melangkah beredar dari situ. Malas mahu berlama lama dengan cikgu lelaki itu.

"Saya minta diri dulu la ye cikgu,assalamualaikum"

"Waaaikumussalam." salam Ariana dijawab dengan malas oleh cikgu Raziq. Nampaknya peluang untuk dapatkan cikgu Ariana terlepas lagi. Arggghhhh!!!!

Ariana berjalan menghampiri keretanya. Belum sempat kakinya sampai di keretanya, seseorang menyambar lengannya. Lengannya terasa sakit akibat dicengkam. Terkejut Ariana apabila yang mencengkam tangannya adalah Cikgu Rania.

"Kau ni memang tak reti bahasa ke apa?Ke kau ni memang spesis perempuan gatal. Aku dah bagi warning kat kau dari awal lagi kan? Cikgu Haziq tu tunang aku. Yang kau dok mengendeng dekat dia,kau goda dia tu buat apa? Aku tau la kau cantik,tapi jangan guna kecantikan kau untuk dapatkan perhatian semua cikgu lelaki kat sekolah ni! Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat? Dasar perempuan gatal!"

Menyirap darah Ariana mendengar makian dari cikgu Rania.

"Cikgu! Jujur saya cakap yang saya tak pernah dan tak terlintas langsung untuk goda tunang cikgu tu. Cikgu sepatutnya warning dekat tunang kesayangan cikgu supaya berhenti bagi segala macam hadiah dan berhenti dari mengganggu saya.Saya taknak pun semua ni. Saya rimas! Tapi apa yang cikgu cakap yang saya ni perempuan gatal adalah silap sama sekali. Saya bukan jenis perempuan seperti itu."

Ariana menarik nafas dan menghembuskannya lalu menyambung semula

"Cikgu jangan risau. Saya takkan ganggu hubungan cikgu dengan cikgu Haziq. Saya pun bukannya jahat sangat."

"Bagus la kalau kau cakap camtu. Kalau boleh lepas ni, kau jangan ganggu cikgu Haziq lagi."

"Sepatutnya...cikgu yang patut cakap benda ni dekat tunang cikgu."

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya!"

Ariana hanya mampu tersenyum sinis. Lengannya yang dicengkam ditarik.

"Kalau kau tak cari pasal, aku takkan biadap macam ni.."

Panggilan Ariana pada cikgu Rania sudah bertukar menjadi kau dan aku.

"Terus terang aku cakap, aku langsung takde niat nak ganggu sesiapa pun. Dan aku tak sejahat yang kau sangka. Aku masih ada akal nak membezakan yang mana milik orang atau tak. Jadi...kau patutnya jaga hubungan kau dengan tunang kau tu. Jangan kau cari kesalahan orang lain, tapi kesalahan tunang kau sendiri kau tak nampak. Tu lah kelemahan kau."

Rania terdiam. Mulutnya seolah terkunci.

"Kalau kau masih sayangkan dia, tolong jaga hubungan kau baik-baik. Jangan sampai dia minta putus. Kau kira beruntung sebab cikgu Haziq masih sayangkan kau. Bukan macam aku yang kena tinggal sebab dikatakan curang.."

Rania terkejut. Terkedu. Wajah Ariana yang bertukar mendung dipandang.

"Kau.." Rania kehilangan kata.

"Kau nak cakap aku ni perempuan murahan kan? "

Rania terdiam.

"Aku tak kesah...Aku dah lali dengar perkataan tu."

Ariana terus berlalu meninggalkan Rania yang masih terkedu.

Air mata Ariana tiba-tiba mengalir. Sakit bila mengenangkan kisah silamnya. Sudah bertahun dia lupakan namun parut itu masih kekal dan takkan hilang.

Dia MilikkuWhere stories live. Discover now