8 | Girlfriend

29 0 0
                                    

"Arin... siapa lelaki tadi?" nada suara Hanif kedengaran seperti cemburu. Riak wajahnya juga jelas menunjukkan bahawa dia cemburu melihat Ariana bersama lelaki lain. Lagi-lagi apabila dia terlihat adegan tadi.

"Lelaki mana ni?"

"Lelaki yang pegang tangan you tadi. You ada apa-apa ke dengan dia?"

"Hanif... you tak perlu caring pasal I." Rimas Ariana bila Hanif sibuk bertanya itu ini.

"I bukan apa cuma I macam kenal la dengan lelaki tu. Is that him, Ariana?" Hanif menyoal Ariana yang ketika itu mereka berada di sebuah kedai cenderamata. Mata Ariana masih lagi ralit memerhati cenderahati yang tergantung dan masih memikirkan sama ada ingin membeli ataupun tidak.

"Oh no, Ariana... better you stay away from him. I taknak you terluka lagi." Hanif tidak putus -putus untuk mengambil hati Ariana. Kalau boleh sebagai kawan, dia tak mahu Ariana terluka lagi.

"Can you shut your mouth, Hanif.!"

"No if you don't answer my question, Ariana. Who's that guy? Is that him?"

"No!"

"Then who's that guy?"

"I.. don't know. Tapi yang I tahu.. dia adalah abang kawan I, Fara." Ariana membelek cenderahati yang tergantung itu.

Hanif hanya mengeluh. Dia masih tak dapat terima jika hati Ariana akan beralih pada lelaki lain. Kalau boleh, dia nak hanya dia sahaja yang bertakhta di hati Ariana. Tapi, nak memasuki hati Ariana amat sukar dan susah. Jadi dia terpaksa perlahan lahan mencuri hati gadis idamannya.

"Fia.?" Ariana terkejut. Lantas dia berpaling melihat gerangan yang memanggil dirinya itu. Hanif juga turut terkejut dengan kehadiran lelaki yang menegur Ariana. Masing masing terkedu.

"Tak sangka kita jumpa lagi..." Hariz tersenyum manis melihat gadis idamannya di situ. Dia bersama dengan Farhan singgah di kedai itu. Masing-masing nak bawa ole-ole untuk keluarga lagi-lagi adik manjanya, Fara yang meminta macam-macam darinya. Tu yang dia mengajak Farhan datang ke situ. Tak sangka boleh berjumpa dengan gadis cantik ini.

"Wow! Hanif... girlfriend kau ke?" usik Farhan pada Hanif yang berdiri bersebelahan dengan Ariana. Matanya tak lepas dari memandang Ariana.

"Yup... girlfriend aku." Hanif terus meraih pinggang ramping Ariana. Ariana tergamam. Hanif memang melampau!

"No! He just my friend! " Ariana merungkaikan pelukan Hanif di pinggangnya. Pandangan dari lelaki yang bernama Hariz tidak menyenangkannya.

Kelihatan sungguh hampa di wajah Hanif apabila Ariana terang-terangan menolak dirinya di hadapan lelaki itu.

"Maknanya... I masih ada peluang la ni?" soal Farhan dengan muka yang gatal. Pantang nampak perempuan cantik! Hariz di sebelahnya sudah merenung tajam seolah-olah hendak makan hidup-hidup.

Mamat ni memang melampau!

"Fia... awak jangan dengar cakap mamat buaya ni."

"Jangan risau... saya tak suka sangat dengan spesis buaya."

"Err... Arin.,. jom teman aku pergi sana pulak!" Hanif terus menarik tangan Ariana meninggalkan mereka. Tak betah dia melihat lelaki yang persis lelaki yang pernah Ariana cintai itu cuba berborak dengan wanita idamannya.

Ariana terpinga-pinga namun dia ikut juga langkah kaki Hanif kerana tangannya berada dalam genggaman lelaki itu.

Sebelum dia meninggalkan dua orang lelaki itu, dia dapat melihat senyuman manis dari Hariz. Senyuman yang pernah membuatkan tidurnya tak lena. Senyuman yang membuatkan dia jatuh cinta pada lelaki itu. Ya! Senyuman itu amat mirip dengan dia.

Dia MilikkuWhere stories live. Discover now