Matanya ralit memerhatikan pelanggan keluar masuk ke dalam kafe.Kafe itu mempunyai ramai pengunjung kerana mempunyai tarikan yang menarik pelanggan untuk berkunjung disitu.Dan tidak mustahil juga tempat itu menjadi tempat kesukaannya kerana dekorasi di kafe itu yang sangat cantik.
"Assalamualaikum! Lama ke tunggu? Maaf I lambat sampai. ade hal yang tak dapat dielakkan"
Ariana hanya tersenyum mendengar kata kata lelaki di hadapannya. Ini semua alasan!konon ade hal. cakap je la lupa.
"You order la makanan you dulu. I tak tahu nak order ape. takut I order nanti you tak makan pulak."
Lelaki itu memanggil pelayan kafe untuk mengambil order.Menu dihadapannya dibelek belek.
"Bagi saya iced lemon tea"
"Makan?"pelayan itu mula menulis sesuatu diatas sehelai kertas kecil.
"Makan taknak. Tu saje"
Selepas pelayan itu pergi,lelaki dihadapannya merenung tajam kearah Ariana.
"Ariana! You look pretty.."
"Tak payah nak puji I sangat, Hanif... I tahu mesti ada sesuatu yang you nak cakap ni... " duga Ariana. Hanif hanya mampu tersengih.
"Ariana... you tau kan perasaan I pada you? "
Ariana mengeluh. Dia faham sangat apa yang dimaksudkan oleh Hanif namun, dia mampu tersenyum.
"Of course... you kan kawan baik I"
"Perasaan I bukan setakat kawan baik, Ariana... "
"Hanif!,you promise to me yang you tak nak cakap pasal ni kan? I dah bagitau you yang I tak sedia nak bercinta apatah lagi berkahwin. You know me right? I tak pernah percaya pada cinta so Hanif, please jangan berharap pada I. I takut you kecewa Hanif"
Hanif menahan rasa gelodak dihatinya apabila Ariana mentah mentah menolak cintanya.
"Tapi Ariana, you takde ke rasa nak bercinta dengan lelaki? Sampai bila you nak hidup macam ni?"
"I lebih suka hidup I macam ni Hanif daripada I sakit hati dengan cinta yang tak pernah wujud tu. Biarlah orang nak cakap ape pun dekat I janji I bahagia"
Ariana malas mahu menerangkan pada Hanif bahawa dia tidak suka bercinta tetapi lelaki itu tak pernah serik mendapatkan cintanya.
Pelayan kafe itu menghantar minuman yang dipesan. Ariana menyedut sedikit airnya menghilangkan rasa dahaga di tekaknya. Fuh lega! Hanif cuma memandang minuman dihadapannya. Jiwanya kosong. Apa yang dikatakan Ariana membuatkan hatinya sakit.
Ariana selamba menyedut airnya sehingga habis. Langsung tidak memikirkan perasaan lelaki dihadapannya.
"Ada apa you nak jumpa I ni?"
"Nothing! I cuma rindu dekat you."
"Hanif! I ingat you ade perkara penting nak bagitau I,rupa rupanya you cuma nak bagitau perasaan you je. Buang masa I je datang sini. Okay la Hanif,I need to go now. I'm sorry about that Hanif. I dah cuba tapi I tak boleh. I pergi dulu,assalamualaikum"
Hanif cuma memandang sepi langkah Ariana pergi meninggalkannya seorang diri.Minumannya langsung tidak berusik.'Kenapa susah sangat Ariana kau nak terima aku' rintihnya dalam hati.
**************
Ariana membelokkan kereta myvinya ke dalam rumah teresnya.Seharian penat di sekolah tambahan pula Hanif yang selalu mendekatinya.Ariana menyandarkan kepalanya yang kusut memikirkan masalah di sekolah yang timbul. Lepas satu satu masalah datang mengganggunya. Dalam Ariana mengelamun,seseorang mengetuk tingkap keretanya. Ariana menoleh.Seorang lelaki dalam lingkungan 20 an tersengih sengih.
'Haish dia lagi. Ni lagi satu masalah.Kalau nak datang jumpa awek pun,janganlah ganggu aku'
Ariana membuka pintu keretanya. Lelaki di hadapannya tersenyum gatal.
"Baru balik ke? Penat betul muka tu.Tapi tetap nampak cantik."
Ariana membuat muka meluat mendengar pujian lelaki itu. Malas Ariana mahu melayan lelaki di hadapannya, Ariana membuka pintu belakang mengambil barang barang di tempat duduk. Sebelum kaki Ariana melangkah pergi,lelaki itu bersuara
"Ariana! Awak free tak malam ni?Kalau free,teman saya dinner jom.Banyak kali saya ajak awak,tapi awak mesti bagi alasan. Boleh tak kalau sekali ni je awak terima pelawaan saya"
Ariana mengeluh.
"Kau datang sini nak jumpa Nadia je kan? Boleh tak jangan ganggu aku. Aku penat ni. And one more thing! Kalau aku balik dalam keadaan penat macam ni,jangan harap aku nak keluar. Aku penat!. Lagipun kau nak keluar dengan Nadia kan?Ajaklah Nadia teman kau dinner. Haishh menyusahkan betul la"
Ariana laju melangkah masuk ke dalam rumahnya. Lelaki itu menahan marah dalam hatinya' Takpe,mungkin hari ni aku tak dapat kau,mungkin hari lain,kau tak boleh lari daripada aku lagi' Lelaki itu tersenyum sinis memikirkan bagaimana ingin mendapatkan Ariana
Nadia pelik melihat Ariana pulang dalam keadaan marah. Ariana masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan pintu dengan kuat. 'Aik dah kenapa minah ni tiba tiba baran? Mungkin penat kut' Nadia mengetuk pintu bilik Ariana.Sekali,dua kali tiada respon.
"Ariana!! Aku nak keluar ni. Kalau kau nak makan,Maggi ada dalam kabinet dapur. Ke kau nak kirim?"
Pintu bilik terbuka.Terjengul wajah Ariana yang kepenatan.
"Takpelah aku tak nak."
"Betul ni?Lepasni kau jangan mengadu kat aku yang perut kau sakit sebab tak makan."
"Ye. Kau jangan risau la.Maggi ade kan?Aku makan tu jela.Dah pergi la.Lama dah boyfriend kau tunggu."
Ariana menutup kembali Pintu biliknya.
"Ok lah aku pergi dulu.Jangan lupa kunci pintu rumah.Kang jadi apa apa kat kau,aku jugak yang susah. Dengar tak?"
Terjerit jerit Nadia mengingatkan Kawan serumahnya.
"Ye aku tahu la"
Nadia malas mahu melengahkan masa.Kakinya melangkah ke arah lelaki yang sudah lama menunggunya
"Biy! sorry lambat.Jom kita pergi" Nadia menarik lengan kekasihnya. Lelaki itu buat muka menyampahnya melihat keletah gadis itu.'Bila la perempuan ni nak blah dari hidup aku. Menyemak je'
YOU ARE READING
Dia Milikku
RomanceAriana Sofea,hidupnya berubah selepas percintaan bersama lelaki yang dicintainya putus ditengah jalan.Baginya,cinta tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Hariz Qaiser, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar cintanya Ariana Sofea. Ariana ter...