Sudah seminggu perkara di Pulau Langkawi itu berlalu. Dan sudah seminggu juga Hariz tidak bertemu dengannya. Simcard yang telah dipatahkan oleh Hariz telah diganti dengan yang baru. Nombor Hariz tersimpan kemas dalam contact telefonnya. Teringat kembali pertemuan terakhirnya bersama dengan Hariz seminggu yang lalu. Waktu itu, Hariz menghantarnya pulang.
"Saya dah masukkan simcard baru awak dalam phone. Nombor saya pun ada dalam tu. Kalau awak perlukan saya, awak call saya." Pesan Hariz lalu telefon bimbit Ariana diberi semula kepadanya.
"Kalau awak perlukan pertolongan atau rindukan saya, awak call nombor saya dalam tu. Inshaallah saya akan datang." Ucap Hariz dengan tenang sambil menghadiahkan senyuman pada gadis idamannya itu. Ariana terpukau seketika dengan senyuman yang mencairkan hatinya itu. Telefon bimbitnya dipegang kemas.
Ariana sedikit tersentak apabila terdengar bunyi barang jatuh di tingkat bawah. Dia yang baru sahaja lepas mandi itu mengerutkan dahinya. Rambutnya yang basah dibiarkan mengurai panjang.
Tombol pintu dipulas. Ruang tamu bawah cuba diperhati dari atas. Mungkin Nadya baru pulang. Teka Ariana.
"Nad...Kau ke tu?" Tiada jawapan. Senyap tanpa sahutan di bawah. Jantung Ariana berdebar laju. Ketakutan kini merajai hati Ariana kerana kini dia keseorangan di rumah pada waktu begini. Lewat malam.
"Nad..Kau dah balik ke?" Masih sama tiada jawapan.
Baru Ariana ingin beredar masuk ke biliknya semula, sekali lagi telinganya menangkap bunyi pecah di bawah sana. Makin laju jantung Ariana ketika ini. Saat itu, pelbagai bayangan seram terfikir dalam mindanya.
"Kau jangan takutkan aku, Nad." Ariana menjerit garang. Kadang kadang, kawan serumahnya tidak boleh diduga. Ariana resah disitu. Dia menjengukkan sedikit kepalanya di bawah. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Meremang bulu romanya tika ini. Lantas Ariana terus berlari masuk ke biliknya semula. Pintu bilik dikunci. Tubuhnya dibawa menuju ke katil. Dia duduk memeluk lutut. Sekali lagi, Ariana diganggu dengan bunyi pintu yang cuba dibuka dari luar. Makin menggigil badannya apabila tombol pintu itu dipulas dengan kasar. Ariana memejam rapat matanya.
Saat ini, dia memerlukan pertolongan siapa? Nadya? Macam mana nak hubungi Nadya kerana dia sudah menukar simcard yang baru. Aduh! Dia lupa untuk meminta nombor telefon Nadya walaupun mereka serumah. Dengan keadaan nazak begini, dia terpaksa mengerahkan otaknya berfikir dengan siapa dia meminta pertolongan.
Hanif? Lelaki itu tiada di Malaysia. Baru semalam dia menghantar lelaki itu ke KLIA. Ariana buntu. Tombol pintu biliknya dipulas dengan kasar oleh seseorang diluar. Ariana tiada pilihan.
Telefon bimbitnya diambil lalu nombor seseorang yang tersimpan kemas itu didail. Ye! Saat ini dia perlukan pertolongan Hariz. Hanya dia sahaja yang boleh tolong Ariana memandangkan nombor telefon dia sahaja yang berada di dalam telefonnya.
"Hello..."
"Hello fia...kenapa Ni?"
"Riz...tolong datang rumah saya sekarang...Saya takut." Beritahu Ariana dengan perlahan. Air mata merembes laju ke pipinya.
"Fia...Whats wrong?"
"Please datang sekarang. Saya takut,Hariz. Tolong..."
Bamm..
Pintu bilik Ariana terbuka luas. Lelaki yang menendang pintu bilik itu tersenyum galak melihat Ariana yang berada di atas katil. Ariana terkedu. Lelaki itu! Ya dia kenal lelaki itu. Itu adalah teman lelaki Nadya. Irfan!
"Hai sayang.." Irfan menayangkan wajah psiko di hadapan Ariana.
"Kau buat apa kat sini. Lebih baik kau keluar sebelum aku jerit!"
YOU ARE READING
Dia Milikku
RomantikAriana Sofea,hidupnya berubah selepas percintaan bersama lelaki yang dicintainya putus ditengah jalan.Baginya,cinta tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Hariz Qaiser, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar cintanya Ariana Sofea. Ariana ter...