"Kau jangan gerak lagi. Kau tunggu sampai aku datang!" Beritahu Fara pada Ariana. Ariana mengeluh lemah. Jam tangan ditilik dengan wajah tidak berpuas hati. Dia terpaksa menunggu kedatangan Fara untuk mengambilnya di rumah. Pelik juga dia apabila Fara mengajaknya keluar pada hujung minggu ini. Memandangkan Ariana bosan duduk di rumah, dia hanya bersetuju sahaja dengan pelawaan Fara memandangkan hanya dia seorang di rumah. Nadya awal awal pagi lagi sudah keluar.
Ariana terkejut saat bunyi hon kereta ditekan sehingga menyebabkan bising. Ariana mendengus. Dia lantas berjalan keluar dari rumah dan menapak mendekati kereta yang terparkir di luar. Langkah kakinya terhenti apabila menyedari bukan kereta Fara yang berada di hadapan rumahnya. Sebaliknya, kereta yang sangat asing di penglihatan matanya. Ariana mengerutkan dahinya. Kereta siapa pula ni?
Pemandu kereta itu keluar dari tempatnya. Dia berjalan mendekati Ariana yang tercengang melihatnya disitu. Tergelak kecil dia dibuatnya melihat reaksi wajah Ariana yang kelihatan comel di matanya itu.
"Hey, are you okay?" Soal Hariz apabila melihat Ariana tidak berkelip memandangnya.
"What are you doing here? Where's Fara?"
"Fara cakap dia tak jadi nak keluar sebab dia kata dia senggugut. Jadi, dia minta saya yang ganti tempat dia memandangkan yang adik saya dah berjanji nak keluar dengan awak harini. So....let's go." Jelas Hariz lalu tangannya dihulurkan pada Ariana yang masih terkebil kebil disitu. Hariz tersenyum dengan reaksi wajah Ariana. Ya allah, indahnya ciptaanMu.
"Fia...come let's go! We're late now!" Beritahu Hariz apabila melihat Ariana masih kaku di tempatnya. Tanpa berlengah, disambut juga Huluran tangan Hariz itu. Hariz tersenyum. Tangan itu digenggam dengan erat lalu dibawa tubuh Ariana ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka buat Ariana lalu dia memboloskan tubuhnya ke dalam kereta. Saat pintu tertutup, Hariz bersorak riang. Rancangan Fara memang menjadi. Tak sia-sia dia ada adik seperti Fara.
Hariz memandu dengan tenang. Sesekali dia melirik Ariana di sebelahnya yang dari tadi hanya diam membatu.
"Fia..awak okay ke? Senyap je."
"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Ariana menyoal Hariz tanpa menjawab pertanyaannya. Hariz dengan tenang menjawab
"Kita ke Langkawi."
Terbuntang mata Ariana mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hariz itu. Langkawi? Buat apa pergi ke situ. Dah buang tebiat ke apa
"Buat apa kita ke sana? Jangan nak mengarutlah."
"Saja..makan angin"
"Makan angin sampai ke Langkawi? Seriously? Dah takde tempat lain ke sampai ke Langkawi sana?" Ariana tanpa sengaja telah meninggikan nada suaranya pada Hariz.
"Nope! Lagipun tak salahkan kalau kita pergi sana?" Soal Hariz dengan riak tenang. Ariana menjeling tajam. Memang tak salah tapi tempat tu jauh.
"Its okay..Kalau Awak rasa penat, awak boleh tido. Saya masih larat lagi nak memandu sampai sana." Beritahu Hariz saat Ariana terdiam. Ariana melirik sekilas pada Hariz. Wajah tampan itu direnung secara curi-curi.
Dia akui bahawa Hariz kelihatan tampan pada hari ini. Pakaian casual yang dikenakan di tubuh sasanya menampakkan dia kelihatan segak. Mata Ariana nakal meneliti wajah tampan Hariz yang sedang tenang memandu itu. Wajah yang saling tak tumpah dengan bekas kekasihnya yang dah lama meninggalkannya. Wajahnya memang mirip dengan dia. Wajah yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.
"Saya tau saya handsome harini."Hariz bersuara memecah kesunyian lalu dia melirik sekilas pada Ariana yang sudah malu apabila dirinya sudah Kantoi dengan Hariz. Hariz tersenyum menampakkan lesung pipit sebelah kirinya.
YOU ARE READING
Dia Milikku
RomantizmAriana Sofea,hidupnya berubah selepas percintaan bersama lelaki yang dicintainya putus ditengah jalan.Baginya,cinta tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Hariz Qaiser, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar cintanya Ariana Sofea. Ariana ter...