02

7.4K 972 269
                                    


************

Kelopak mata dicelik berulang kali, keluhan berat dihela. Jungkook baru sedar yang dia dah tertidur dalam bilik persalinan tu, dan apa yang paling jelas dia tak join pun latihan hari ni. Sebaik sahaja dia cuba untuk bangun, pantas Jungkook kembali terbaring apabila mendengar deruan tapak kaki dan perbualan dari luar semakin mendekat.

"Hua penatnya!"

Dalam diam tangan Jungkook menarik kain putih kemudian menutupi wajahnya.

"Aigoo Kook still tidur? Nasib baiklah coach tak ada hari ni kan. Kalau tak memang dengan kita semua sekali bai kena lesing. Pehhhh." kedengaran suara Hoshi memasuki ruang.

"Kook, Kook, kenapa dia cakap Yeowi teruk? Padahal assistant baru kita tu dah lah baik! Comel! Masuk air! Haa aku suka bai tengok dia." giliran Hoseok mencelah.

Sementara Jimin sudah pun tersengih sendirian seraya mengemas lokar miliknya. Dia lah pemain yang tak ada masa berkumpul tadi. Kening Taehyung berkerut, dia dapat tangkap senyuman pelik kawan baik dia tu.

"Deo waegurae? Jatuh cinta dengan Yeowi?" soal Taehyung dengan nada mendatar.

"Wuuuu aku tengok rapat semacam je kau dengan Yeowi tadi." usik Jeonghan.

Jimin tertawa halus, "Aniya. Pernah dua tahun sama sekolah dengan Yeowi dekat Busan dulu sebelum aku pindah Seoul. Tak sangka boleh jumpa dekat sini."

"Ececeh patutlah mesra semacam! Aum!"

"Aiguuu ada ada je." Jimin menyekeh kepala Mingyu yang tak habis nak usik dia.

Riak wajah Jungkook yang di balik kain itu cemberut bingung. Yeowi ada kaitan dengan Jimin? Lelaki tu suka budak perempuan yang selekeh tu ke? Ew.

"Ala Jimin kau try lah! Dah lama single bila nak album? Yedakkk?!" DK menyokong dengan nada kuat. Kemain semangat budak ni.

Jimin menongkat dagu seraya tersengih segan, tidak menjawab. Taehyung pulak dah tumbuk lengan lelaki tu dari sisi bila dia sedar Jimin tak henti senyum macam dah angau.

"Kau tak nak cuba?"

"Wuuuu~" berjemaah mereka mengusik Jimin yang cuping telinga dah naik merah. Bahang sangat topik ni. Malu dia jadinya.

"Em tengok lah macam mana."

"CEHHHHHHH~~~" hanat dorang ni main bahan bahan member yang dah tengah malu menebal tu. Hoseok terus menggaru dagu Jimin dengan lagak manja.

"Tak lama lagi kita dapat berita baru! Anyonyo tak sabar nak tengok perkembangan!"

Mereka menghambur gelak tawa.

"Weh jom lah keluar makan, kebulur doh perut aku dah joget joget ni."

"Kaja!"

"Err, Kook?"

Sesaat Namjoon nak terpa tubuh budak lelaki tu, pantas tangannya dipukul oleh Yoongi. Nampak macam slow je dia pukul, tapi rasanya tu berbisa amert.

"Wae?"

"Kau berani nak kejut dia? Kalau dia mengamuk? Biar je lah. Dia penat tu."

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now