24

4.3K 746 314
                                    


❀ ; niat nak update esok je, sebab hambar do tapi lantak ah. HAHA.
.
.

*****************

Sunyi.

Luahan sebentar tadi membuatkan suasana kelam seketika sebelum lelaki itu mengerdip kedua belah kelopak mata menatap wajah aku. Entah, cuma dapat rasa dia tengah tengok. Aura kot.

"Kalau aku jawab ya?"

"Hajima. Lupakan." Mungkin Aehyun perlukan awak, saya akan tunggu apapun pilihan akan datang. Tapi bukan sekarang.

"Malas. Kenapa kita kena cakap pasal benda ni time kau tak sedar? Buang masa."

"Saya sedar. Cuma.. saya penat. Mungkin, penat sangat. Nak tidur." jawab aku tanpa memandang reaksinya walaupun suara dia tadi kedengaran kesal. Aku dapat rasa sofa ni bergerak sedikit sebab Jungkook ubah posisi dia bersandar bertentangan dari sisi muka aku.

"Kalau kau sedar. Kita boleh cakap sekarang."

"Cuba awak bukak laci depan mata awak." hebat betul aku bab bab tukar topik. Lambat lambat lelaki dingin tu menurut jugak. Aku dah berani nak celik mata sebab sekarang topiknya dah lain. Jungkook merangkak menuju ke arah laci meja yang ada tv di atasnya.

"Dah."

"Ada kotak kecik. Dalam tu ada gula gula. Awak ingat tak budak lelaki Bumblebee yang awak tolong tu? Tak tahu macam mana dia cam muka saya, tapi dia suruh saya kasi tu dekat awak." tawa perlahan terletus dari mulut aku, teringat telatah comel budak tu bila dia panggil Jungkook hyung handsome. Bwerk.

"Gomawo." Jungkook mengukir senyuman seraya bermain dengan gula gula tersebut. Dia pusing pusing membelek setiap inci plastik.

"Macam mana awak jumpa dia?"

Lelaki itu menoleh semula ke arah aku, "Sebelum kau datang, aku cemburu dengan dia. Sebab dia mintak eomma dia dukung. Masa tu aku teringat aku pernah buat benda yang sama dekat eomma aku."

Tangan aku perlahan lahan naik menyentuh rambutnya. Aigu, budak baik.

"Lepas tu.. dia baru perasan mak dia tak ada. Jadi budak kecik tu menangis. Aku dapat rasa, takut sangat bila mak kita hilang. Hilang dari pandangan. Walaupun sekejap. Siapa tahu boleh jadi selamanya. Geuji?" sambungnya lagi dan buat aku sebak.

Memang betul, sejak appa tak ada. Aku selalu melekat dengan eomma. Tapi since aku kena kerja untuk sambung belajar, aku terpaksa tinggalkan dia sensorang. Hmmm. Walaupun baru berapa hari balik, tapi dah rindu mak cik Goo tu. Suka cari gaduh. Tapi tetap baik hati.

Kepala aku angguk perlahan.

"Maja. Saya pun takut.. hilang orang yang saya sayang."

"Aku?"

*****************

Berpakaian smart coat labuh berwarna beige, dan rambutnya yang disikat rapi. Mingyu berdehem menarik perhatian budak budak roommate dia iaitu Jungkook yang sedang baca komik, Taehyung yang sedang facetime dengan June, dan Wonwoo yang sedang korek hidung. Maklum lah katanya hari ni dia akan blind-date dengan calon yang ditetapkan oleh Jungkook. Janji tetap janji. Kena lah tunai.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now