♡ EPILOGUE ♡

4.3K 708 471
                                    


[ EPILOGUE ]

♡ ; do read 'Final Chapter' okie. ⬆️

**************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

**************************

Coach Hyun Bin dengan tangan bersilang di belakang badannya memerhati setiap gerak geri anak buah. Dia mengecilkan bola mata mengikut langkah susuk tubuh seorang budak lelaki yang langsung tidak fokus. Kehilangan bola dengan mudah, tiada daya berlari, cepat lelah, seperti orang yang dilahirkan tanpa motivasi. Kepala digeleng perlahan, selalunya apa yang mengganggu mereka sudah pasti urusan peribadi. Tapi tidak diterapkan untuk atlet mencampurkan urusan sebegitu dengan sukan kerana prestasi sebegitu amat mengecewakan serta mengundang padah.

Tapi dia faham, kalau soal perasaan, tak ada siapa boleh kawal selain diri kita sendiri. Mulut boleh menipu tapi hati yang terkurung tu tak.

PRRT!

Wisel panjang ditiupkan. Mereka berlari berkumpul di hadapan coach Hyun Bin. Suara keluhan nafas tidak henti didengari. Mengah.

"Jeon Jungkook, report."

Lelaki itu dengan lemah berjalan ke tengah, yang lain memerhati seraya menghantar mesej melalui mata. Dorang faham kenapa Jungkook harini main macam budak tadika. Hatinya punah.

"Saya tak sihat."

"Lain."

"Joseonghamnida."

"Kalau itu saya boleh kira sebagai alasan. Kamu ada masalah lain? Jawab!"

"Tak. Joseonghamnida." dia meminta maaf sekali lagi mengharapkan semua tu selesai. Kepalanya menundukkan pandangan sejenak. Dari suara dah dapat kesan betapa lemahnya lelaki tu sekarang. Kepala dia pening tak mampu nak fokus, terasa berat.

Coach Hyun Bin masih menjengil tajam. Tak boleh nak terima alasan tu.

"Saya tak suka kamu semua mix masalah peribadi ketika bersukan. Jelas sangat prestasi kamu. Macam orang tak pernah berlatih! Lemau! Lambat! Tak cekap! Bagus kalau bola tu hentam muka kamu, biar sedar!" amarahnya diletuskan, mereka semua hanya mampu terdiam. Marah disebabkan Jungkook, apa lah sangat. Bukannya lepas ni dorang boleh serang Jungkook, malah persen nak kena marah lebih tinggi sebab mood dah barai.

"Saya tahu kamu selesaikan hari ni jugak. Esok saya nak tengok budak yang fresh atau saya kick kamu. Faham?!"

Dengan berani Jungkook tidak menjawab sepatah pun. Macam mana dia nak jawab kalau dia sendiri tak tentu boleh selesaikan masalah tu dalam masa sehari? Coach tu mengharapkan apa? Dia pergi merayu dekat Iyeori supaya tak tinggalkan dia? Itu lah yang bermain dalam fikiran lelaki yang sedang berdiri tegak tu. Memang dia tak fokus sebab putus cinta. Siapa je tak broken kalau kena tinggal dengan orang yang paling dia sayang. Sedangkan dia sendiri tak sayangkan keluarga dia lebih dari budak perempuan tu.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now