15

4.5K 723 248
                                    


❀ ; bf daily update. do check out previous chapter. <3

btw chapter kalini hambar namati terima je lah nyah.

**************

Lelaki itu berjalan keluar dari bilik bersama rambut yang dikusutkan dek kerana terlalu serabut, dia ambil keputusan dengan menuju ke pintu sebelah. Daun pintu ditolak, serentak itu manusia di dalam iaitu Hoseok, Namjoon, Hoshi dan Jimin menoleh ke arahnya.

Mereka terkejut dengan kehadiran Jungkook yang datang secara tiba tiba. Jantung terus berdetak pantas sebab takut ada pergaduhan yang akan berlangsung. Lambat lambat Hoshi acah peka dah standby kamera untuk rakam tapi malangnya dia datang cuma nak bercakap dengan Jimin dan malas nak lewatkan masa.

"Keluar." Jungkook menghalau yang lain selamba tanpa hiraukan yang dorang tengah tengok bola. Mereka terus bangun tergesa gesa seraya melewatinya, pintu ditutup rapat dan dikunci sementara yang dihalau tadi masuk ke bilik Jungkook dan membawang dengan yang lain.

"Ada apa Kook?"

"Ugh. Bapak kesayangan kau suruh aku pujuk kau untuk terima jawatan tah pape tu atau aku yang akan ambil alih."

Kening Jimin berkerut, "Kenapa kau tak nak? Itu kan hak milik kau?"

"Huh. Tak payah nak berlakon. Aku tak nak benda tu. Kau boleh tinggalkan tempat ni dan masuk company tak guna tu. Kau nak tolak?" ayat lelaki itu sedikit sebanyak menyinggung perasaan. Jimin hanya mampu melepaskan keluhan berat.

"Aku tak nak. Itu bukan hak aku."

"Hak kau atau tak. Kau tetap kena terima." Jungkook dengan malas terus bangun dari tempat duduk belajar Hoshi kemudian sempat berpaling semula, "Itu pun kalau kau rasa terhutang budi."

"Sampai bila.. kau nak layan aku macam ni?"

"Molla. Mungkin sampai aku tak dengar nama kau lagi."

**************

Keychain Flamingo dibuang ke dalam tong sampah.

Keychain milik Iyeori dan Jungkook berjaya ragut sewaktu dia berpelukan dengan gadis itu. Niatnya sekarang cuma untuk lupakan budak perempuan tu dan terus jauhkan diri dengan dia.

Sebab, berbahaya.

Ya, bahaya kalau sampai betul yang dia dah jatuh cinta dengan Iyeori sebab semua tu tak akan pernah berlaku dalam kamus hidup Jeon Jungkook. Sempat dia merenung dalam tong sampah kosong di dorm itu yang bersih tanpa sisa. Cuma ada seketul flamingo merah jambu yang tidak bersalah.

"Aku.. benci kau."

Lalu lelaki itu terus keluar dari biliknya tanpa menoleh ke belakang lagi.

**************

Termenung.

Lama jugak aku terpaku macam tu tanpa berfikir apa apa. Iris mata langsung tak gerak malah cuma fokus pada tiang bangunan ni sehingga tiang tu berubah jadi muka Jungkook. Like seriously?

"Yah! Kau dengar tak!"

Aku tersentak, "Eoh?"

June menghela keluhan kesal, makanan disumbat ke dalam mulutnya penuh nafsu tapi percaya lah yang aku tak dengar dan hadam pun apa yang dia bebelkan dari tadi. Boleh salahkan Jungkook lah dalam hal ni, siapa suruh main ciduk ciduk fikiran orang. Tapi apa pun aku masih marahkan dia. Kisah lak an.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now