14

4.6K 695 405
                                    

/sis lemah/

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


/sis lemah/

**************

Hari ini merupakan perlawanan yang paling dinantikan di mana mereka sudah membuat persiapan secukupnya sepanjang 3 bulan terakhir demi menentang pasukan dari Yonhan yang tidak pernah tewas. Bilik itu tidak lagi sepi dengan kesenduan malahan semangat berkobar kobar tinggi.

Iyeori bangga dengan perubahan mereka dari segi mental dan fizikal, kini Namjoon tidak lagi selfish dengan hanya menyiapkan assignment tetapi turut seimbang menghadiri latihan kerana ia juga penting.

"Okay guys! Ini separuh akhir! Please do your best! Jangan rasa yang korang akan kalah tapi lekat dekat jiwa yang korang tak akan pernah mengalah!" ujar Iyeori semangat, dalam diam di hujung sudut ada seorang lelaki dingin memerhati. Bibirnya terukir senyuman kecil, entah kenapa jadi turut berkobar.

"YES! Kali ni tak akan mengalah! Walaupun kita kalah tapi kita kalah bermaruah!"

"OYEH! Kaja kaja!"

Mereka mula membulat bulatan seraya mengulurkan tangan ke pusat tengah, berhimpit antara satu sama lain dan secara tak sengaja Jungkook dan Iyeori bersebelahan. Tapi disebabkan tak nak rasa janggal, Iyeori letak tangan dia atas sekali.

Yoongi si ketua kumpulan mengangguk sedikit tanda bersedia, "Dul set!"

"NONG GU! NONG GU! KAJA!"

Mereka kemudian masuk ke gelanggang, di antara ramai penyokong. Tak sangka ada beberapa ketul ahli pasukan ice hockey yang datang hanya untuk support. Maklum lah kemenangan mereka akan menyerikan nama Hankuk juga, jadi tak ada yang salah kalau sama sama saling memberikan sokongan padu!

Tidak lupa juga June yang datang untuk menyalurkan sumber positif kepada Jimin. Atibeh minah ni.

"GO HANKUK GO HANKUK!" Iyeori menjerit di kawasan pelatih simpanan serta coach. Dia berdiri dan memberi sokongan sama seperti seorang peminat yang hadir ke konsert. Malah melebih.

Pengadil mula melambung bola ke arah langit dan itu bermakna, perlawanan akan dimulakan sekarang. Sorakan demi sorakan mula menguasai tempat perlawanan yang agak padat dan sarat dengan manusia. Wonwoo menghantar bola kepada Yoongi sebelum bola itu dibum ke lantai beberapa kali. Bola mula direbut rebut setiap pemain yang mengawal. Lantas ia dapat disambut kemas, dengan baik bola melekat pada genggaman tangan Jungkook. Saat itu, kehangatan dapat dirasai apabila semakin kuat sorakan yang kuat mengaum.

Iyeori dah berkawad kecil sebab berdebar.

"Jeon Jungkook FIGHTING!"

"Bodoh apa aku buat ni." Iyeori mencarut sendirian apabila dia sedar dia pergi jerit nama lelaki tu dengan lantang.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now